Perangai buruk segelintir pemandu bas express





Sewaktu menaikki bas pulang ke kampung pagi tadi, tiba-tiba CiLiK© rasa kurang selamat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ni. Mana tidaknya, semasa nak naik ke atas bas CiLiK© ternampak kesan calar yang teruk di bahagian kiri bas yang CiLiK© naikki, nampak kesan calar itu adalah kerana kemalangan, mungkin bas ini pernah bergesel dengan tembok besar ataupun sesuatu objek yang setinggi setengah dari ketinggian bas itu memandangkan kesan calar hampir mengenai cermin bas. Kesan itu kelihatan panjang, bermula dari pintu depan, sehingga ke hujung bahagian belakang bas. terdapat juga kesan kopak pada tempat meletak bagasi di bahagian bawah.

Namun begitu kesan calar itu tidak dapat CiLiK© paparkan di sini kerana akan turut memaparkan nama syarikat bas yang CiLiK© naikki tadi. Apa pun apa yang ingin CiLiK© timbulkan pada entry kali ini bukanlah sekadar kesan calar tersebut, tetapi sikap pemandu bas yang cuba mengelakkan diri daripada penumpang mengadu kelakuan atau cara pemanduan mereka kepada pihak tertentu (Pihak syarikat atau pihak berkuasa). Di sini CiLiK© tunjukkan bukti gambar (Sila klik untuk membesarkan gambar)





Lihat pada stiker besar di bahagian kiri cermin di hadapan bas dalam gambar di atas, Nombor telefon untuk aduan penumpang mengadu tingkah laku pemandu atau konduktor sengaja ditutup dengan stiker. Kalau dah nombor ditutup bagaimana penumpang nak mengadu? Inilah sikap sesetengah pemandu bas express kita, harap pihak yang terlibat dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Perbuatan ini boleh menambah kebimbangan penumpang dan mengancam keselamatan.

CiLiK©: CiLiK© bukan nak jaga tepi kain orang, tapi ingatlah para pemandu sekelian anda membawa puluhan nyawa di bawah tanggung jawab anda, memandu bukan sekadar kerjaya untuk gaji semata tetapi anda mempunyai amanah yang sangat besar.

9 Comments

  1. MAYANG SARI..BALIK MUAR KE??

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Saya sebagai pemandu bas ekpress tertanya2 kenapa setiap kali ada masaalah berkenaan bas semua pihak akan menuding jari pada pemandu?.Kenapa tidak mahu menyalahkan pihak berkuasa atau majikan?.contohnya ada kesan calar panjang di badan bas dari depan hingga ke belakang,kenapa penulis tidak rujuk ke JPJ?apakah setiap laporan akan di ambil tindakkan oleh pihak berkuasa?.Buat pengetahuan penulis kami semua para pemandu bas umpama timun majikan dan pihak berkuasa umpama durian.Sebenarnya permasaalahan kami telah kami luahkan ke media dan MP pembangkang namun tiada pihak berani untuk membantu kami.Saya sendiri pernah berjumpa dgn MP sallahudin ayop(pas)supaya masaalah pemandu bas ekpress di bentang di parlimen hingga sekarang tak dengar kabar.Harapkan pada UMNO lagi mengecewakan kerana 70 hingga 80% para pemandu bas ekpress adalah berbangsa melayu kenapa tiada pembelaan.Kebajikan kami di nafikan,gaji asas kami di paras kemiskinan(nak gaji banyak lawan trip tanpa rehat yang cukup)potongan kwsp hanya RM22 sebulan(saya punya)setengah pemandu tiada gaji asas dan potongan kwsp.Kalau penulis ingin ketahui lebih lanjut tentang nasib para pemandu bas boleh berhubung dgn saya atau pemandu bas lain,tanya dan alami sendiri kehidupan para pemandu bas ekpress.Ini hanya luahan ringkas dari saya untuk penjelasan lanjut tanya sendiri pada pemandu bas.sekian.

    ReplyDelete
  3. Mayang sari ni lalu muar, batu pahat, pontian. Cilik balik mana tu? taktaulah kalau mayang sari yang ke utara?

    ReplyDelete
  4. Kamen Rider Black~9 April 2010 at 14:58

    Betul gak kate anonymous yg kate die drebar bas kat atas nie....
    xleh salahkan diorg aje...actually management gak bertanggung jawab....kalo dh tau bastu rosak, kne le syarikat tu yg antar repair..xkn drebar nk repair gne duet poket sdr...


    Tapi bab no telefon kne tampal stiker tu.....mmg drebar yg tampal le tue, gamaknye..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Anonymous, harap tulisan anda akan diambil perhatian oleh pihak yg berkenaan....
    Apa pun fokus artikel ini ialah berkenaan
    SESETENGAH pemandu bas yg menampal stiker pada
    no tel untuk aduan... jadi perkara ini adalah perlakuan
    yang tidak baik bagi saya..... sekian... penumpang juga timun
    kalau pemandu bawak bas secara merbahaya kami tak
    mampu nak marah pemandu bas, nak buat aduan pun no dah kena
    tutup... kesianlah kat kami yg sayangkan nyawa ni....
    sekian...

    ReplyDelete
  6. hairil,
    salam.. aku lak nak luahkan sal penjual tiket yang tak baper nakk mesra.. banyak tempat gak aku kene mcm tu.. contoh aku tanya sal harga tiket.. .. kadang2 aku tanya jadual perjalanan.. dengan suara yang garang jawab soklan aku... ytakut lak rasa.. dia ingat dia tu gaji mahal sangat ker? sedar diri la siket..huhu
    mana budi bahasa anda??

    ReplyDelete
  7. Dicadangkan penjual tiket yg tak mesra alam tu dihantar kursus BTN, amacam, setuju?

    ReplyDelete
  8. bukan semua pemandu bas yang bawak laju dan samseng dan bukannya semua pemandu bas baik sangat.tak kena takpe dah kena baru tauuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  9. Nombor talipon yang di tampal stiker tu tidak memberi makna pada pengadu kerana nombor talipon itu milik syarikat.Sebagai contoh jika bas di hadapan rosak syarikat akan menghubungi pemandu supaya mengambil tempat bas yang rosak.Dalam kekalutan dan kesuntukan masa pemandu akan memandu dgn laju kerana ingin makan atau buang air kecil dan sebagainya.Mungkin anda salah seorang penumpang yg berada didalam bas yang dalam kekalutan itu,anda berada didalam ketakutan dan menghubungi nombor talipon syarikat.Apakah anda rasa laporan anda akan dilayan oleh pihak syarikat?jawapannya tentu tidak kerana pemandu punya alasan untuk memandu laju.Tetapi jika anda melaporkan pada pihak berkuasa JPJ,POLIS TRAFIK dan LPKP(nombor aduan ada di semua kenderaan perdagangan kecuali bas persiaran)mungkin pemandu itu akan diambil tindakan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan