Thursday

Sorang lagi ADUN keluar PKR


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR hari ini.

Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah sebelum digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.

Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu kerana dipermain-mainkan oleh pemimpin partinya.

"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai, tapi yang saya pandai, boleh buat atau tak boleh buat dan mahu buat atau tak mahu buat...itu saja saya tahu.

"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain bermuka dua dan lidah bercabang," katanya yang membacakan kenyataannya.

Wei Shu juga berkata dia akan menjadi Adun bebas dan berjanji akan terus berkhidmat seperti biasa dan berusaha memenuhi kehendak rakyat.

Pada akhir kenytaannya, Wei Shu berkata pengundurannya itu tidak ada kena mengena dengan perlucutan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Kedah.




CiLiK©: Betul ke tak ada kena mengena dengan kes turun pangkat nih? Kita tunggu apa cerita seterusnya.

4 comments

muka dia macam setan dan bodoh.....

malangnya tahun 2008, x semua yang yakin pas, dap, pkr boleh menang besar dan orang yang baik2 x mau jadi calon....celaka2 dan orang sial jadi calon dan menang...

sekarang semua Nateh lari pasal duit di tabur oleh pihak lawan kurap anjing.

tu diaaaa....marah bebeno anon tu kalau keluar PR...kalau masuk PR takpa la pulak...ye dok?

hahahaha.....

apesal klo nak dekat pilihanraya kecik mesti jer ada ADUN PKR kuar parti. kene pancing ker???

kalau dah dasar pengecut tu ni la jadinya.tak tau berterima kasih
nama ja wakil rakyat tapi otak sempit.Apa salahnya mengaku kelemahan diri dan beri peluang pada org lain ganti.Ni tidak
sikit sikit merajuk keluar pati,lompat pati piiirahhh.boleh jalan dahhhh.Jangan harap lagi sekali Pilihan raya nak jadi calon.Kalau jadi pun kambing ngan lembu jadi akan undi dia.Pahan pahan ja la noooo.


EmoticonEmoticon