SPR tali barut BN di Hulu Selangor

Pendedahan panas mengenai isu nama pengundi berdaftar di Parlimen Hulu Selangor ditukarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke parlimen lain kini semakin hangat diperkatakan. Terkini, seorang pengundi yang dikenali sebagai Mohd Ali Bin Ismail, pemegang kad pengenalan 600902-05-5557 yang dikatakan berdaftar di Sungai Choh, melaporkan bahawa namanya secara tiba-tiba telah dipindahkan ke Parlimen Selayang tanpa pengetahuannya. Malah, menurut beliau lagi bahawa alamat kediamannya ialah di Batang Kali dan selama ini beliau mengundi di Sekolah Kampung Tanjung Sungai Choh, namun kini tiba-tiba ia bertukar dengan sekelip mata tanpa pengetahuannya. Beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis terhadap SPR berhubung dengan perkara ini. Beliau yang membuat semakan daftar pemilih di kaunter SPR semasa program Karnival Spies dekat Stadium Mini Kuala Kubu Bharu petang semalam itu amat kecewa dengan senario yang berlaku. Persoalannya sekarang, kenapa ini berlaku kepada pengundi Hulu Selangor dan siapakah yang menjalankan agenda jahat ini agaknya. Malah, beliau menyatakan bahawa sudah tiga kali dia mengundi di Kampung Tanjung dalam Parlimen Hulu Selangor, tetapi kenapa namanya dipindahkan ke Parlimen selayang pula untuk pilihanraya kecil ini. Beliau juga meminta supaya namanya ditukarkan kembali oleh SPR ke Batang Kali untuk memudahkan beliau membuang undi pada 25 April ini. Kami cuba untuk membuat semakan berdasarkan maklumat yang diberikan, ternyata pihak SPR telah membuang terus nama pengundi terbabit dalam database mereka. Bukan sahaja untuk semakan nama pengundi di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, malah untuk Semakan Daftar Pemilih biasa pun nama beliau sudah tiada (Rekod tidak dijumpai). Sila tujuk gambarajah dibawah sebagai bukti. Apakah pihak SPR telah membuat perubahan dan membuang rekod nama pengundi terbabit agaknya?. Ini mungkin bertujuan untuk menutup kesilapan dan kebobrokan yang telah mereka lakukan dalam usaha memastikan BN menang dalam apa jua cara sekali pun dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor ini.


Bukti rekod namanya telah dipadam dalam semakan daftar pemilih

Semakan untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor juga sama
[Dengan maklumat terbaru ini, maka ia jelas sekali membuktikan kepada kita yang Pilihanraya Kecil Hulu Selangor juga sama dengan yang terdahulu, di mana SPR sekali lagi melacurkan diri mereka untuk terus bersekongkol dan mengikut arahan serta telunjuk kerajaan UMNO BN. Mereka kini ternyata sah merupakan parti komponen BN serta layak bertanding dalam pilihanraya akan datang. Sudahlah SPR mengeluarkan berbagai peraturan secara tiba-tiba tanpa memanggil wakil pihak pembangkang. Itu belum termasuk lain-lain arahan "bengong" yang sengaja dilakukan untuk menekan pembangkang. Kini mereka melakukan lebih dari itu bagi tujuan khianat kepada rakyat. Apakah ini caranya kerja Aziz Yusoff iaitu Pengerusi baru SPR yang kononnya ingin membawa perubahan terhadap badan bebas itu?. Jika inilah caranya maka ianya sama sahaja dengan strategi yang digunakan oleh Rashit SPR dulu. Selagi SPR tidak adil, telus dan cekap mengendalikan perjalanan pilihanraya maka selagi itulah kita akan melihat parti yang ditolak majoriti rakyat terus berkuasa di negara ini. SPR sebenarnya Suruhanjaya Pengkhianat Rakyat]

13 Comments

  1. bukan tali barut..
    barua..

    ReplyDelete
  2. Golongan penipu ni hanya patuh undang2 bila memihak kepada mereka. Bila undang2 yang mereka buat sendiri pun tidak memihak kepada mereka, maka merekalah org pertama yang melacurkannya.

    Maaf, bukan melacur...merekalah yang meliwat undang2 ciptaan mereka sendiri.

    SPR dan SPRM sama saja. Kaki liwat belaka.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Bila SPR wat camni, bukan aku bertmbh suke ngan BN, bertambah benci ada la. Camne nak pujuk pengundi atas pagar kalau camni la sikap badan yg ikut telunjuk parti pemerintah, sampai bile pun aku x kan sokong BeeEnd ni....

    ReplyDelete
  5. najib:
    secara keseluruhan nye,umno dan sekutunya mmmg nk menang..sbb dorg xpnah menang prk kat smenanjung sejak taun lepas,dorg beranggapan dgn kemenangan ini mampu membuka mate rakyat,so dorg akan gune apa sje cara utk menang,psl calon mic tu,org india tw btape truknye samy vellu,palanivel tu plak menantu samy vellu,so bn xnk amik risiko letak palanivel,baik amik calon yg org india xbenci..papepn umno mmg truk..haha..sori beb..nk tutup bangkai gajah pkai sehelai daun..

    ReplyDelete
  6. Biasalah ayat2 dan dakwaan sama setiap kali pilihanraya....
    Tapi menang gak kat byk pilihanraya kecil..Biasalah standby cari alasan digunakan kalau kalah nanti... hehehe..bosan..asyik2 skrip sama jer.

    ReplyDelete
  7. YG MENANG TETAP MENANG..
    YG KALAH TETAP KALAH..
    buatla mcm mana pun..
    yg pasti kebenaran akan tiba..

    ReplyDelete
  8. Kalau SPR tu tali baru UMNO/BN macam mana pihak kamu mampu memerintah 5 negeri dalam PRU tempoh hari. Mula nak heret SPR pulak, bukan tak biasa dengar setiap kali PRU/PRK pihak kamu heret SPR sama.

    Logik akal kalau SPR tu tali baru atau barua UMNO/BN sebagaimana didakwa pihak kamu, buat apa nak bagi puak kamu memerintah 5 negeri. Baik bagi BN menang semua. Apa punya kenyataanlah.


    Mr.Puaka

    ReplyDelete
  9. lu kalah lu duduk diam2 la..
    bila lu mng lu byk hpy.
    bila lu kalah mcm2 lu ckp..
    pgi bsok lu gi tpi lombg lu tjn lagi baik..
    lu ajak lu pnya bos..
    anuar ibrahim lgi bgs la.. u all mampos lgi bgs dunia nie nie..
    hdp bn.hidup bn...

    ReplyDelete
  10. btol2.adeke bangang kerajaan nak bg kat pembangkang menang kalo btol2 spr tu tali barut bn.baik kasik menang habis seluruh msia kalo dh mmg tali barut.

    ReplyDelete
  11. ӏt is alwaʏs safe to avail acupuncture service fгom an expert acupuncturist.
    When compared tߋ varicose veins, whiсh are larger, swollen blood vessels աith a tendency tо twist аnd turn, spider veins ɑre
    smaller. Certɑin drugs, such ɑs testolactone, tɦat block estrogen production have been tгied ɑnd hаve ѕhown some success and promise.



    Also visit mу web-site orthodontic pliers \u0026 instruments

    ReplyDelete
  12. Christine’s olԁ recon armor іs lying ƅy the auto-doc іn the center.
    Τhis beneficial technique is alsо highly effective tօ restore strength tߋ structurally weak tooth.
    Ιt is not at all ɑ difficult task to find a dentist іn Νew York City, ɑnd
    you must make suгe that you visit a dentist who hаs ample experience іn this field and can give your child tɦe beѕt braces Νew York.



    Review mʏ blog: orthodontics children underbite in dogs

    ReplyDelete
  13. Your experienced cosmetic dentist ԝill use a variety of methods to help you
    achieve tɦe smile of youг dreams. Specialists noгmally wouldn’t
    recommend a person in tҺeir mid tο late 20s tߋ go throuցh
    this process; however, Botox ϲould be used as a preventive
    measure аnd the “paralyzing еffect” ԝill teach tɦem ɦow facial expression create premature lines.

    ӏf ѕomeone is allergic tο nickel tҺey
    might opt for gold plated braces whiсh ɑre non alergenic.



    Αlso visit mү blog: orthodontic pliers name

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan