Taktik Najib berhasil



CiLiK© baru pulang dari Kuala Kubu Baru untuk menyaksikan keadaan PRK di sana, apa pun tidak terperanjat apabila melihat keputusan rasmi BN menang dengan majoriti yang banyak. Semasa CiLiK© mendengar pengumuman kiraan undi di Stadium Kuala Kubu Baru, CiLiK© sempat bertegur sapa dengan blogger Pahangdaily yang sedang asyik mengemaskini blog pahangdaily.blogspot.com.


Apa pun tahniah kepada Najib kerana taktiknya berhasil. Najib menggunakan senjata terakhir yang sangat berkesan. Dari pengamatan CiLiK© kepada PRK Hulu Selangor, pada awalnya pendapat CiLiK© secara peribadi keputusan adalah 50 - 50 sukar untuk menentukan siapa yang akan menang di PRK kali ini. Mana tidaknya kemenangan calon PKR pada PRU lepas adalah tipis iaitu hanya sebanyak 198 undi di samping ketiga-tiga ADUN dimenangi oleh calon-calon BN. Begitu juga dengan kekalahan Ustaz Ismail Kamus pada PRU 2004 di tangan G. Palanivel menunjukkan Hulu Selangor memang kubu kuat BN.

Namun sebaik sahaja Najib menekan picu senjata terakhirnya, CiLiK© dapat rasakan PKR terlalu sukar untuk menang, dan sekiranya PKR menang juga, pasti akan dilihat sebagai ada sesuatu yang tak kena. Taktik terakhir Najib ni memang 'killer' dan sangat sukar untuk dikalahkan oleh pakatan rakyat di samping dengan bantuan pelbagai pihak yang bertungkus lumus dari seluruh jentera kerajaan termasuk Tun Mahathir dan katak-katak yang bebas melompat ke sana sini. Apakah senjata terakhir Najib yang CiLiK© maksudkan?

Jawapannya D. U. I. T (duit) atau wang! Bila rakyat dah diberikan sejumlah wang yang boleh membuatkan mereka jadi kaya sekejap, comfirmlah gelap mata diorang! Tentu sekali segala kesalahan BN dapat dimaafkan! Rm 50, 000 tu.... Rm 1000 telah diberi tunai manakala Rm 49, 000 lagi kalau BN menang kalau tak menang tak dapat! Orang gila pun akan undi BN! Sape nak lepaskan duit beb! PKR setakat bagi air free, BN bagi Rm 50 000 x 263 = Rm 131 500 000 fuh gila dahsyat! Malah 363 x Rm 160, 000 lagi bakal menyusul! Memang tak terdayalah PKR nak lawan BN berbelanja sebesar itu semata-mata untuk Pilihanraya Kecil. Jadi kerana isu ini sahaja berapa banyak undi penduduk felda dah lari ke BN?

Kalau dilihat, Undi PKR berbanding PRU tempoh hari mencatatkan peningkatan iaitu dari 23 177 undi kepada 23272, tetapi BN juga yang menang jelas sekali Najib sanggup berbelanja besar untuk mengubah keadaan daripada 50-50 kepada menjadi sedikit kelebihan kepada BN walaupun dengan jumlah wang yang banyak. Tahniah sekali lagi kepada Najib!

Tak mengapalah kita dah kalah apa nak buat, kita pun memang dah biasa kalah. Cuma apa yang berlaku seharusnya dijadikan pengajaran, kebanyakkan penduduk felda kurang dapat maklumat, Pakatan Rakyat harus lebih keras berusaha pada masa akan datang!

Dengar cerita akan ada satu lagi PRK berikutan kematian seorang lagi MP, Apapun kita tunggu laporan rasmi! laporan tak rasmi, klik berita berikut,



CiLiK©: Kepada penduduk felda yang menerima durian runtuh sempena PRK Hulu Selangor, anggaplah ini sebagai rahmat dari Allah walaupun Najib pening kepala dengan peruntukan PRK yang telah dikeluarkan, ia hadiah untuk bekas peneroka felda Sungai Buaya beserta waris-waris mereka.

45 Comments

  1. duit2 dimana kau duit...hehehee..tak pela cilik/milo..dah nak kalah nak buat macam mana..PR tak da duit..BN ada duit..hehehe..if PR jadi kerajaan pun benda sama akan berlaku..dulu kini selamanya kalau nak pertahankan kerusi 'panas' pakai duit..x penah nya nak bersih..ada sahaja habuan secara tiba2 bila pilihanraya..kalau tak da..SONYAP jola..if betul2 nak bekerja..buatla dari awal..jgn tgu pilihanraya woooiii..

    ReplyDelete
  2. Ada benarnya :)

    ReplyDelete
  3. Dengar desas desus di Kuala Kubu petang tadi saya tak pasti siapa nama kalau tak silap Dr Nasir Kota Damansara meninggal dunia... dan kita akan ada satu lagi pilihanraya kecil... tetapi itu dari sumber tak rasmi rakan2 PR di kuala Kubu tadi....

    Info rasmi belum dikeluarkan lagi....

    ReplyDelete
  4. haaa..kalu betul ar kata ko CILIK..alamatnye beruntung la org kat tempat berkenaan..keh3..cepat dapat uang secara mudah..peninglah BN nak salur sana sini..keh3..berjanjila kepada rakyat..tapi Tunaikanlah..sekiranya benar,,mari kita sama2 bacakan Al Fatihah terlebey dahulu..pilihanraya atau kutuk mengutuk kemudian jela..

    ReplyDelete
  5. kenapa orang suka kata "if" kalau PR menang pun still tabur duit utk menang pilihanraya. kita bercakap benda yg sedang berlaku laaa, bukannya main agak je. ingat keimanan kita ni main bubuh je tanpa bukti dan dalil yg jelas.

    ReplyDelete
  6. saudara cilik...
    mintak kebenaran copy posting ni.
    boleh???

    -seepot.blogspot.com-

    ReplyDelete
  7. dipersilakan seepot posting dalam blog ni memang untuk tatapan umum dan untuk disebarkan sekiranya ada manfaatnya... :)

    ReplyDelete
  8. Bro, kalau boleh lu buat 'follow up' duit baki yang dijanjikan tu dapat ke tak dapat lepas ni. Kalau sekolah di Bagan Pinang diorang tak buat lepas menang, inikan pulak nak buat 4 buah sekolah di Hulu Selangor. Mari kita tengok siapa yang keeenaaa...

    ReplyDelete
  9. http://www.bernama.com/bernama/v5/newspolitic.php?id=493385

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Melayu memang mudah dibeli cilik@ sebab bangsa melayu ni tak de pendirian dan tak de semangat perjuangan.. RM 50k jer terus tergadai maruah mereka. begitulah rendahnya martabat bangsa melayu.. so lepas ni sesiapa sahaja peneroka atau waris peneroka felda jgn marah kalau polis ambik rasuah sbb korang pun sama jer tak de maruah macam polis2 yang dok tepi jalan sambil cari duit kopi bagi anak bini mentedarah duit haram..

    Dulu raja2 melayu mudah dibeli oleh British, sekarang ni bangsa melayu pulak yg mudah dibeli hanya semata2 kepentingan duniawi.. keuntungan sementara RM 50K tu adalah hasil usaha kamu walaupun maruah anak bangsa serta keturunan kamu gadaikan kepada org2 kaya UMNO. Inilah juga sumbangan kamu utk anak cucu kamu nanti..

    Justeru tu selaku umat islam jangan kita minta Allah uji kita degan kekayaan sebab kekayaan boleh mengubah prinsip perjuangan kita.. ingat pejuang islam tidak akan sangup mengadaikan prinsip perjuangan semata2 kerana kemewahan..

    Tergamak kamu semua peneroka felda bersekongkol dgn Proksi yahudi malaysia ( UMNO )semata2 kerana kenikmatan duniawi yang sementara ini..

    Ingatlah wahai peneroka felda di padang mahsyar nanti anak2 palastine yg tidak berdosa akan menuntut hak mereka di hadapan Allah Taala ke atas kamu kerana kamu dgn secara langsung menyokong serta membantu dana yahudi membunuh anak2 palastin ketika hidup di dunia ini..inilah sumbangan saham kamu terhadap bangsa yahudi laknatullah..

    Kami memang akui hak mutlak kamu ke atas tanah felda tetapi bukan dgn cara ini kamu menuntut hak kamu.. adakah dgn cara bersekongkol dgn proksi yahudi ini perjuangan kamu menuntut hak kerana ianya secara langsung membantu yahudi menambah kekuatan kewangan mereka membunuh kanak2 dan kaum wanita di bumi palastine

    Bersedialah kamu dgn segala jawapan serta alasan kamu di padang mahsyar nanti pabila ribuan anak2 palastin menunding jari mereka ke arah kamu di hadapan Allah nanti..

    ReplyDelete
  13. "Menentang dengan fakta, bukan auta" sejauh manakah maklumat yg anda beri tu tepat dan boleh dikira sebagai fakta?? saper2 pun bleh tulis n ckp any figure pasal duit...tapi apa hujah anda utk meyakinkan pembaca bahawa 'fakta' yg anda bagi tu benar....adakah anda mengauta pembaca???

    ReplyDelete
  14. Melayu bukan setakat boleh di beli tp klu nak kaya melayu lebih gila dr bangsa lain.

    ReplyDelete
  15. si luncai,

    LOL. lu tak baca sok khabar ke. baca la hatta utusan meloya tu pun. kan ada najib bgtau nak bg another 49K? lu tak reti baca ke dudeeee. pegi cari fakta dulu la. cari common ground okeh?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. AKU RASA BUKAN SI LUNCAI TAPI SIBINGAI ADALAH..

    MINTAK MAAFLAH SEBAB TU AKU MALAS NAK BERDEBAT DGN BUDAK2 UMNO NI SBB KEBANYAKAN MEREKA TAHAP PEDIDIKANNYA CUMA SETAKAT SPM JERR SO TAK TERCAPAI DEK AKAL FIKIRAN MEREKA NAK BERFIKIR MACAM ORG YG BARPENDIDIKAN TINGGI SBB IQ DAN EQ MEREKA TERLALU RENDAH..

    MEREKA CUMA BOLEH BERKATA2 TETAPI UNTUK MEMIKIRKAN PERMASALAHN YANG LEBIH TINGGI DAN YG BERSIFAT GLOBAL AMATLAH SUKAR KERANA KEKUATAN DAYA PEMIKIRAN MEREKA TERLALU LEMAH.. DAN RATA2 MEREKA HANYA GEMAR KEPADA HIBURAN RINGAN SEPERTI MENONTON WAYANG, TENGOK KONSERT, TGK TV, BACA MAJALAH HIBURAN, TGK NOMBOR EKOR, BACA KOMIK DAN MEMBUAT KERJA YANG MEMBAZIR WAKTU.. KALAU MELEPAK DGN KAWAN2 CUMA BERCERITA TENGAK SUKAN DAN PEREMPUAN... KALAU YG WANITANYA SUKA SEMBANG PASAL FESYEN..

    AKU BUKAN CAKAP KOSONG SBB AKU DAH MENGKAJI SIFAT SERTA SIKAP GOLONGAN MELAYU UMNO DAN JUGAK TAHAP PEMIKIRAN BANGSA MELAYU YANG PENDIDIKAN MEREKA CUMA SETAKAT SPM SAJA - INI ADALAH KAJIAN ILMIAH YANG GROUP AKU JALANKAN SEMENJAK TAHUN 1998 LAGI.. SO KITA SELAKU ORG MELAYU KENA TERIMA HAKIKAT TERSEBUT..

    MAKA UTK MEMAJUKAN BANGSA KITA HANDAKLAH KITA TANAMKAN MINAT MEMBACA SERTA MENYINTAI ILMU DUNIA DAN AKHIRAT AGAR SUATU HARI NANTI BANGSA KITA AKAN MENJADI SUATU BANGSA YG DIHORMATI DAN SETERUSNYA DIHARGAI OLEH BANGSA2 LAIN DALAM NEGARA KITA NI.. TIDAKLAH SAMPAI BANGSA KITA DICEMUH SEBAGAI SUATU BANGSA YG LEMBAB DAN LEMAH. SUATU BANGSA YG HANYA MELEPAK DI KEDAI KOPI SAMBIL MAIN DAM ATAU CAROM ATAU PUN SUATU BANGSA YG KERAP MEMBUANG ANAK LUAR NIKAH, PENAGIH DADAH, PERAGUT, PECAH RUMAH DAN MEREMPIT..

    INI TANGGUNG JAWAB KITA SELAKU GOLONGAN YANG DIBERIKAN ALLAH SEDIKIT KELEBIHAN AKAL FIKIRAN SERTA IQ DAN EQ SUPAYA KITA SAMA2 BANGKIT MEMBETULAKN SEGALA KELEMAHAN BANGSA KITA DEK KERANA RAMAINYA GOLONGAN KITA YG TUMPULNYA DAYA PEMIKIRAN MEREKA - INSYAALAH...

    ReplyDelete
  18. sedih dgn kklhn ini tp lbh sdh ialah skp org melayu itu s'diri yg x segan silu utk mngundi shbt karib zionis israel, smata2 krn duit, mrk sggup berskongkol ngan israel utk mmbnh rakyat palestin, utk org2 melayu yg ngaku dr tu islam, kembali la kpd islam yg btoi, duit pasti hbs jgk nnt tp akhirat tu kkl abadi....

    ReplyDelete
  19. bro hafszach... aku nak mintak copy kajian ko tu bley x? -anti namex-

    ReplyDelete
  20. oii..cukup2la melabor dosa pitenah..

    kalu hang nak memerintah, mestila hang janji itu ini termasuk kemajuan..kemajuan prlukan duit bro..bukan stakat belanja air kosong.kalau kemajuan yg diinginkan penduduk hulu selangor, maka depa pilih bn sbb itu bn janjikan...dan bn wajib penuhi.pr dah diberi mandat sebelum ni, tapi sayang tak beri kesan pd rakyat...

    aku nampak, kalu pr letak janji itu ini..takpe..
    kalu bn letak janji..takbole..duit..gula gulaaa...

    bila bn, letak calon bukan isle..munafiq..tak menyokong isle..
    kalu pr, letak calon bukan isle..bagus,smangat muhibbah,for all..

    kawan2 semua tak nampak kah ini??lagi satu, pitenah ni jalurnye panjang..pelaburan yg berkekalan..nauzubillah..

    ReplyDelete
  21. rakyat hulu selangor26 April 2010 at 10:19

    org yg xbernama.. sudah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan memberi peruntukan apa2 sekalipun kerana namanya pun dah kerajaan persekutuan dan bukan kerajaan negeri. yang susah ianya diberi pada hampir2 menjelang PRK. apa yang kita nampak pd lintas langsung RTM-BN semalam adalah suatu yang memberi bukti sebenar. YAB PM kata kita akan senaraikan balik apa yg kita dh janjikan dan kita akan laksanakan... kenapa perlu senarai balik?? adakah janji2 selama tempoh kempen hanyalah air liur saja? mungkin YAB PM xsangka bleh menang sbb tu dia ckp lagu tu. apa pon pengundi cina xmkn pujuk mcm bangsa kita. walaupun dijanjikan peruntukan sekolah SRJK bukan 1 tp 3 bijik. diorg pikir lg pnjg.. kalu PR perintah pon PR bleh buat lg baik drpd tu. yang org dok kata apa sumbangan PR kpd kawasan Parlimen2 di Malaysia especially kawasan DSAI... mmg diorg xleh bg sumbangan psl duit tu duit kat BN-UMNO. apa kita bleh buat. dah perintah Malaysia terkubur la konsep dan propaganda 1Malaysia sebagai mana terkuburnya ajaran sesat paklah hadhari... fikir jgn fikir sekerat je. pikir kna kritikal.. jgn pikir cam org kampung blaja stakat spm ja. surat khbr perdana makin hari makin naik harga rakyat merungut tp BN xbising psl hari2 dok bela depa. hari2 kembang sbb hari2 depa tolong pam BN bg beso. tnggu nk letup je la.

    ReplyDelete
  22. oit hafszach,takda pendidikan?



    Aku ada degree..hahahahahhahahahahahhhahahahahaahhaahahha!


    eh...pakcik yang baring tengah jalan depan sultan dulu ada phd? waakakakakakakkakakkkkkaaka....

    nuar berahim? sama level ja dengan aku akademik dia tu..hahaha..

    ReplyDelete
  23. lorr...abes tu kes khalid keluarkan geran kat penduduk kawasan tu tiba-tiba ja...tu kira macam mana tu?

    pastu imbuhan duit rm500 awal-awal kat kawasan hulu selangor...apa cerita beb?

    Takkan la nak hentam BN ja kot...PR buat takkan nak tutup mata.Hentikan lah perangai berat sebelah ni....hehe..




    Dah suam sangat milo ni....jgn beku sudah.


    hahahahahhha.....

    ReplyDelete
  24. hehehehhehehehehehehehehehehehehehehehehehehe...rilek aaa...BN kalau kalah terima jer..yang korang menceceh ni naper?..

    ReplyDelete
  25. (anoymous pengecut.... beri namalah.....) penipuan... terang2 nk bg duit.... ape pnye x pikir bangsa aku..... fed up dgn kekalahan.. akaN DTG kemenangan.... x pelik ke?? selama ni org felda mohon pampasan tanah x penah dpt... tbe2 dpt...... BANGANG NEGARA(BN)

    ReplyDelete
  26. Salam,

    Walau apa jua niat BN, tapi kalau cara dah salah, tetap SALAH. Niat tidak menghalalkan cara, faham tak??

    ReplyDelete
  27. Dok betengkar buat apa.. dah kalah.. keputusan x leh patah balik. Kira Zaid dan PR okey laa tuu... DENGAN JENTERA YG MINIMUM... DUIT X DAK.. meh kita muhasabah diri, tok sah salah, kan sapa2 ada rahmat disebalik sesuatu POSITIFLAH SIKIT UJIAN ALLAH PADA HAMBA2NYA.. kita tunggu Pilihanraya Umum.. sampai bila nak bagi duit DAN TABUR JANJI.. yang kita patut kesihan sekarang niii peruntukan kat sekolah2 x dak... banyak aktiviti tersangkut, cam tu juga dgn jabatan2 kerajaan lain, sampai kena pakai duit sendiri untuk urusan kerajaan. KESIHAN KAKITANGAN KERAJAAN, CIKGU2, KERANI2 DLL. YANG BAGUIH POLIS DAN TENTERA JUGA... KIRA NAIK GAJI AJA.. TAHNIAH LA.. RAKYAT DIDAHULUKAN!!!!

    ReplyDelete
  28. BN kalau buat apa2 semua nampak cantik, molek je walaupun benda tu harama jadah membelit rakyat jelata yang dalam kesusahan..
    Sebab ad APCO~ Memulihkan imejkan dan menjaga komunikasi..

    Puak2 UMNO memang la sedap je sebab duit bawah meja (tak bercukai) bersepah merata2.. Pasang bendera, ronda2 nek motor dapat rm 50... PR x mampu buat sebab x dapat peruntukan 1Kroni..

    HARAP MILOSUAM LEH LISTKAN SEMUA JANJI2 BN SEPANJANG PRK P94 NE.. BIAR DEPA INGAT SKET & MASA PRU NANTI LEH REVIEW BALIK JANJI HAMPAS (AQ PASTI)

    ReplyDelete
  29. PR ngan BN sama jelah..Dunia dah akhir zaman..sebab duit org boleh hilang pertimbangan..jangan salahkan mana2 pihak..lihat diri sendiri juga..kepada penyokong BN,,dah tau orang benci..buatla perangai ELOK2..penyokong PR pulak,,kalau dah rasa betul,,bahasa biar molek la..tunjukkan yang PR berada pada landasan yang betul..yang kuar kata maki dan cacian buat ape..

    -Kebenaran-

    ReplyDelete
  30. emo betul penyokong BN.

    kalo mengaji tinggi2, tapi tak guna akal wat pe? kasihan. penat je study degree etc etc kan?

    gua pun nak tgk jauh mana BN nak kotakan janji. berdasarkan pengalaman lepas, haram la nak ada. tapi takpe, kita optimis. mana tau mmg rezki org felda nak dpt cepat semua2 49K tu kan. alhamdulillah.

    tapi kalo tak, lu pikir la sendiri beb!

    ReplyDelete
  31. salam kepada semua bangsaku yang beragama Islam,apakah faedahnya jika kita berkelahi antara satu sama lain.pernah tak kita terfikir macamana untuk menyatupadukan bangsa kita?

    ReplyDelete
  32. Kalau korang byr income tax 6 figure every year mcm aku,baru la korang tau betapa sakitnyer hati duit aku byr dihabiskn mcm tu je kt hulu selangor..celaka BN..kawasan aku byk je pembangunan yg xde...duit ni mmg boleh bt org jual maruah,lebih2 lg org yg tamak..

    ReplyDelete
  33. Kamen Rider Black~26 April 2010 at 23:30

    Dah takdir PR kalah~ mesti ada hikmah disebaliknye...
    Kite terima dan amik iktibar..

    Kite pon tau, kalau tanpa uwang, be end dah lame berkubur....
    PRK boleh la nk janji billion2 pd satu kwsn...tgk la PRU nantie...

    ReplyDelete
  34. Melayu memang mudah dibeli sebab bangsa melayu ni tak de pendirian dan tak de semangat perjuangan.. RM 50K jer terus tergadai maruah mereka. begitulah rendahnya martabat bangsa melayu.. so lepas ni sesiapa sahaja peneroka atau waris peneroka felda di hulu selangor jgn marah kalau polis ambik rasuah sbb korang pun sama jer tak de maruah macam polis2 yang dok tepi jalan sambil cari duit kopi bagi anak bini mentedarah duit haram..

    Dulu raja2 melayu mudah dibeli oleh British, sekarang ni bangsa melayu pulak yg mudah dibeli undi mereka hanya semata2 kepentingan duniawi.. keuntungan sementara RM 50K tu adalah hasil usaha kamu walaupun maruah anak bangsa serta keturunan kamu gadaikan kepada org2 kaya UMNO. Inilah juga sumbangan kamu utk anak cucu kamu nanti..

    Justeru tu selaku umat islam jangan kita minta Allah uji kita dengan kekayaan sebab kekayaan boleh mengubah prinsip perjuangan kita.. Ingat pejuang islam tidak akan sangup mengadaikan prinsip perjuangan semata2 kerana kemewahan..

    Tergamak sebahagian dari kamu peneroka felda bersekongkol dgn Proksi yahudi malaysia ( UMNO )semata2 kerana kenikmatan duniawi yang sementara ini..

    Ingatlah wahai peneroka felda di padang mahsyar nanti anak2 palastine yg tidak berdosa akan menuntut hak mereka di hadapan Allah Ta`ala ke atas kamu kerana kamu dgn secara langsung menyokong serta membantu dana yahudi membunuh anak2 palastin ketika hidup di dunia ini..inilah sumbangan saham kamu terhadap bangsa yahudi laknatullah..

    Sedar dan kajilah sedalam2nya.. adakah barakah rezeki yang kamu perolehi sebanyak RM 50K sumbangan Dari Proksi Yahudi tersebut..??

    Begitu juga kepada para waris tanah felda Hulu selangor.. Apakah dgn membantu memenangkan proksi yahudi ( UMNO ) itu memberi kesejahteraan kepada org tua kalian di alam berzakh..?? Mengapa terus-terusan kamu menganiaya org tua kamu yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini..?? Apakah dosa org tua kalian terhadap diri kamu semua..

    Kami memang akui hak mutlak kamu ke atas tanah felda tetapi bukan begini caranya kalian menuntut hak kalian.. adakah dgn cara bersekongkol dgn proksi yahudi ( UMNO )ini kalian katakan perjuangan menuntut hak,bukankah ianya secara tak langsung membantu yahudi menambah kekuatan kewangan mereka bagi membunuh kanak2 dan kaum wanita di bumi palastine.

    Fikirkan.. Adakah Allah redha dengan segala usaha kalian semua..?? Bukankah hidup kita di dunia ini hanyalah semata2 utk mencari keredhaan Allah..

    Bersedialah kamu dgn segala jawapan serta alasan kamu di padang mahsyar nanti pabila ribuan anak2 palastin menunding jari mereka ke arah kamu di hadapan Allah nanti..

    ReplyDelete
  35. kalo bN xpgg kuasa,de hrpan ke diorg labur duit byk cmtu??

    ReplyDelete
  36. yang haq pasti menang...

    ReplyDelete
  37. Mane Be End dpt duet byk2??mane datang duet yg tibe2 ade tu???xkanla duet najib sndiri kot????bini die yg berhantu tu pn gaji die sndiri x ckup nk tanggung...cube korang bgtau aku....

    ReplyDelete
  38. Biar kita kalah dengan bermaruah, jangan menang dengan taktik kotor!!!

    -123-

    ReplyDelete
  39. LICIK | April 25, 2010 7:40 PM

    hehehehhehehehehehehehehehehehehehehehehehehe...rilek aaa...BN kalau kalah terima jer..yang korang menceceh ni naper?..

    Khas utk ko LICIK
    yg ko menceceh lak ni knape???? ko x ingt ke?oh ye....melayu mdh lupe....
    bkn ke BN lg cuak ke ms selangor jth ke tgn PKR? siap SOROK file lg!! kitorg da bese dgn mende2 cmni. HERO kalah dulu la beb!! lps ni umngok n be end trs mampos!!

    wakakakakaka!!!!!

    ReplyDelete
  40. LICIK TAK EMOSI28 April 2010 at 22:09

    Kalau dah kalah lepas tu taknak ngaku2 kelemahan..nampak cam budak2..
    tgk ulasan BN kalau kalah "kita hormati kehendak pengundi"...
    tok guru pun ulas "kita kene kerja kuat lagi"...gentleman...

    dah kalah terima jelah..next election lwn lagi..wokeh??

    ReplyDelete
  41. Kepada yang dapat duit umngok di Hulu Selangor tu, sila kumpul kawan2 yang dapat duit yang sama...Sila semak duit cash yang diterima itu pada NOMBOR SIRI nya.

    Pada tahun 1986 BN menggunakan duit RM50 yang dicetak banyak dan sempurna tiada tanda duit palsu. Semua ciri duit itu betul seperti asli. Semua perfect kecuali nombor sirinya yang sama dicetak banyak-banyak, beribu2 keping untuk setiap nombor siri yang sama.

    Ini bukan fitnah, aku sendiri berjumpa pengedar duit itu dan telah menyaksikan 6 keping duit RM50 dengan setiap pasang bernombor siri yang sama. Bila aku nak beli dia kata kena ikut dia ke satu tempat, so tak jadilah, nanti kena C4 pulak. Aku bersumpah Wallah...semua ini benar.

    Dia kata BN tabur duit masa pilihanraya terutama di Sabah pada tahun itu dengan menggunakan duit jenis inilah.

    Kenapa tak repot polis? Pertama sebab pengedar tu tak bagi ambik sikit. Jika nak, bawa duit sendiri banyak2 dan ditukar 4 kali ganda duit tersebut dan kena ikut dia ke tempat yang rahsia.

    Kedua kerana aku tidak percaya polis bersih dalam soal ini kerana ia kerja puak pemimpin BN sendiri tentunya.

    Isu ini akan terus diingatkan kepada rakyat setiap kali pilihanraya.

    ReplyDelete
  42. dah kalah salahkan duit la, undi hantu la, c4 la

    korg mmg xleh jujur kt diri sendiri ek?
    cuba jadi gentlemen, dah kalah buat la cara budak kalah

    cuba ulang ayat ni:

    "kami pembangkan mmg selalu kalah, hari2 pilihan raya kami mesti kalah"

    ulang sbnyk 50x

    ReplyDelete
  43. ni mesti dpt nasihat geng2 yahudi apco ni

    ReplyDelete
  44. apa macam??mana lg duit baki 49000 yg jji nk bagi klau dh mng????mana???x de pon...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan