Virus facebook Barack Obama Hillary Clinton - sex scandal

Makluman Bagi semua pengguna Facebook diharap berhati-hati kerana kini terdapat virus yang akan membuatkan anda menghantar link sebuah video yang tidak wujud kepada semua rakan-rakan anda di dalam senarai rakan anda di facebook. Bagaimana ia beroperasi? Virus ini akan bertindak apabila anda meng 'klik' link yang kononnya video skandal seks Barack Obama dan Hillary Clinton, video tersebut bertajuk Barack Obama Hillary Clinton - Sex Scandal.

Jadi sekiranya anda menerima video tersebut dari mana-mana rakan anda di facebook, kemungkinan besar rakan anda telah meng 'klik' link video tersebut, seterusnya video itu dihantar kepada anda seolah-olah rakan anda itu yang menghantarnya. Namun percayalah rakan anda tak sejahat itu untuk menghantar video tidak senonoh tetapi mungkin kerana semangat ingin tahu kawan anda itu menyebabkan dia menekan link video tersebut. Berikut contoh virus Facebook yang dimaksudkan. Harap dapat disebarkan kepada semua rakan-rakan di Facebook!







Bagaimana cara untuk mengelakkan dari virus ini bertindak kepada anda? Mudah sahaja, sekiranya anda menerima video seperti yang ditunjukkan di atas janganlah klik, sebaliknya delete (padam) sahaja bagi mengelakkan anda atau sesiapa yang terlihat video itu dari ter 'klik' dan seterusnya dihantar kepada rakan-rakan mereka. Ingat, bila anda menemui video bertajuk Barack Obama Hillary Clinton - Sex Scandal, jangan gatal-gatal nak klik, tiada video semacam itu, sebaliknya itu hanyalah virus! Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda semua.....

6 Comments

  1. Aku baru je terkena... memang sial sape yang buat virus tu...
    semua kawan-kawan aku dah pandang serong kat aku celaka!!!!!

    ReplyDelete
  2. ermmm virus ke spam

    ReplyDelete
  3. aiseh aku baru je klik td ape effect dia??

    ReplyDelete
  4. kalo tengok video 2 kat u tbe x pe ker?huhu

    ReplyDelete
  5. ade ke video tu kat youtube?

    ReplyDelete
  6. NAK KAWIN TAK CUKUP DUIT? TAKYAH LA BUAT PERSONAL LOAN SEMUA TU,BUAT PENING KAPLA JE PIKIR HUTANG...NAK HONEYMOON PUN TAK SENANG....TRY KLIK SINI HAH....http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=pokder

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan