Budak sekolah beruniform boleh beli arak?

Tahniah kepada pemimpin Be End yang telah sekian lama menghalalkan arak untuk rakyat Malaysia! Rakyat terhutang budi dengan kerajaan Be End atas jasa mereka memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati air kencing setan dengan mudah di kedai-kedai sehinggakan budak sekolah juga tidak melepaskan peluang untuk membeli dan menikmati keenakan air neraka ini. Inilah yang rakyat mahukan! Semoga kerajaan Be End terus memperjuangkan arak, judi serta pelbagai perkara mungkar yang lain! Agar kerajaan dapat sama-sama menemani rakyat di dalam neraka Allah di akhirat kelak!

Gambar di atas diambil di salah sebuah premis menjual arak di Johor Baharu

Rakyat juga memuji tindakan kerajaan Barisan Neraka (BN) yang telah meluluskan judi bola untuk meneruskan perjuangan meningkatkan kemungkaran di Tanahair tercinta ini! Teruskan usaha anda wahai kerajaan Barisan Neraka! Semoga di masa akan datang, negara ini akan menjadi sebuah negara mungkar yang terkenal! Jadikanlah juga negara Malaysia ini sebagai Syurga pelacuran! Luluskan lesen pelacuran untuk meningkatkan ekonomi negara! Semoga cita-cita kerajaan terutama pemimpin UMNO dan BN untuk menemani Syaitan di Neraka Allah akan tercapai!

23 Comments

  1. Aku rasa bersalah kalau jadi kakak tu...

    -123-

    ReplyDelete
  2. await xtangkap gambar depan2 jer...kasi malu sket pompuan tu. p2 masukkan lam paper...gilala remaja zaman skang...

    ReplyDelete
  3. hmm yg juai pon pki tudung pa..

    ReplyDelete
  4. yg juru jual tu plak jual lak arak kt budak tue.. xtaw yg dosa besar dia dpt sebab jual arak tue.. adeh...
    jahilnya orang2 islam kat Malaysia ni skrg...

    ReplyDelete
  5. Pembeli, penjual, pembuat, pembawa, penyusun, pekerja kilang arak hukumnya sama dengan peminum arak. Kesian penjual berbaju merah, bertudung tp terpaksa jual arak sbb tiada peraturan yg melarang org Islam terlibat dgn jualbeli arak. yg budak tu bukan terpaksa tp mmg suka2, tp kesian juga sbb muda2 dah tak kenal halal haram. Sapelah mak bapaknya, moga mereka boleh bantu budak tu berubah jadi baik n tinggalkan arak.

    ReplyDelete
  6. Tunggu pendedahan akan datang tentang sarang pelacuran
    yang dilindungi oleh Polis... malah menjadi tempat kunjungan
    rutin Polis-polis di Johor...

    ReplyDelete
  7. Benda mcm ni dah berleluasa. tiap kali aku gi kedai nama KK. bersepah melayu beli arak. asalkan aku gi sana ada nye muka2 melayu beli arak. pastu tonggang dpn kedai tanpa rasa segan silu. aku tak tahu ape nak jd dgn malaysia. melayu yg beragama Islam. Islam hanya di bibir.

    ReplyDelete
  8. cepat up si cilik. blog milosuam ni mmg best. banyak fakta dan bukti dibongkar dengan ayat yang pedas lg lawak.

    ReplyDelete
  9. Kamen Rider Black~20 May 2010 at 02:15

    Bongkar lagi cilik...aku senantiasa bersama di kau ;)

    ReplyDelete
  10. Yg tolong jual (ada upah la) : pada asasnya muslim
    yg beli : (aku x nampak)
    kedai : nampak cam 7-11 je (mmg tkenal outlet jual arak nih)
    Boss 7E : MOHAMED SHAH BIN KADIR (Director)
    "He was the General Manager of Sports Toto Sdn Bhd for three years, seeing to its successful listing on the stock exchange.
    In 1989, he was made Managing Director and Joint Venture Partner of McDonald’s Malaysia. He sold off his shareholdings in McDonald’s in early 2006. Currently, he is the Advisor to Sports Toto Bhd and Wendy’s Malaysia,
    as well as a Director of several private companies." - sumber : http://www.7eleven.com.my/director.php

    Kelulusan : PBT (rata2 org melayu muslim)
    Jenama : Carlsberg (kowang cr sendiri laaa sape punya)

    Antara Pemegang saham 7E
    1. Berjaya Corp Bhd (V.Tan)
    2. AmBank bg suntikan modal utk bukak f/chsi 7E rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_07.htm
    p/s: brape serius/prihatin panel syariah AmBank nih?

    Tekong "kerajaan islam" Malaysia (penetap dasar) : Abe Jib

    p/s : Hidup abe jib... hidup BeEnd

    -AwangLuku

    ReplyDelete
  11. Kalau sekarang ni dah nampak mcm biasa... sok..sok.. restoran mamak pun jual arak gak... terdengarlah org terpekik minta order ..."mamak beer suam satu"!!!! mamak said .."ok siap"
    keh..keh..keh..

    amusza

    ReplyDelete
  12. Yang beli tu pun melayu..yang jualnye tu pun melayu..Oh 1malaysia ku..

    ReplyDelete
  13. Korang ape taw.. Cukai arak dan rokok paling tinggi.. Banyak bende kerajaan leh wat dengan duet 2.. Hahahaha

    Provok sket sbb org2 UMPCO nmpaknya x nampak bayang..

    Judi dah halal, lepas nie ape plak ea?

    Bencana Allah seterusnya? Doa lah byk2 mintak jauh dan sedarkanlah masyarakat serta tukau le kerajaan cepat2.. Takut aq..

    ReplyDelete
  14. harap pihak brkuasa ambil tindakan sewajarnye...terang2 dpt snap pic ni ape tunggu lg??? xkn nk tunggu perot budak2 ni membusung minum arak???? kedua2 belah pihak harap dikenakan hukuman yg adil kpd pnjual & pmbeli...

    ReplyDelete
  15. patut patut kena sekeh dua dua yg satu dah buta perut lagi satu tudung ja atas kepala tp akai tak kat kepala lutut,bodah banggang.

    ReplyDelete
  16. Kawan ku sesama islam sekalian..
    kita duk kata ke org BN mcm2, isu arak di selangor mcmana... Hassan Ali pernah menentang hal nie, tp org PKR dan DAP menentang hassan ali semula.... jd usah menuding jari kpd org lain.. kita sesama islam kena bersatu... politik nie biar bertempat, jgn salah kita sembunyikan, salah org kita salakkan...

    Allah Maha Besar

    ReplyDelete
  17. Itulah kesilapan pemimpin melayu islam zaman dahulu...dengan membenarkan lesen arak maka arak telah dijual dengan sewenang -wenangnya....zaman aku sekolah dulu ada sorang budak tu dengan bangga menunjukkan botol arak kat aku...terkejut aku....betul-betul kejutan budaya...skrg ni kita doakan agar pemimpin islam berusaha mengharamkan segala lesen arak,judi,rumah urat dan yang berkaitan dengannya..amin

    ReplyDelete
  18. Salam Ukhuwah....

    Perjalanan umat islam masih jauh lg...
    Kita sering ditentang, dicabuli, dihina, dimcm2 lg...

    Bersatu lah Umat islam Demi Nabi Muhammad Pesuruh Allah..

    Amat sedih sekali....

    ReplyDelete
  19. patut haramkan pas, dah mcm celaka dah parti kafir tu kt msia ni

    ReplyDelete
  20. Kamen Rider Black~22 May 2010 at 07:59

    patut haramkan pas, dah mcm celaka dah parti kafir tu kt msia ni
    Zombie umngok.....

    ReplyDelete
  21. Gila ke, pelajar beli arak salahkan BN? Kenapa kerajaan PR korang tak haramkan terus penjualan arak kat semua kedai serbaneka? Ini terjadi akibat tak ada pengawalan, jangan semua benda petik kerajaan.

    Tak sangka aku pemikiran penulis pun sebegini rendah.

    Mr.Puaka

    ReplyDelete
  22. Salam, MasyaAllah, sampai begitu teruk masih nak diam lagi. Teruskan perjuangan menegakkan amal makruf dan mencegah kemungkaran.

    ReplyDelete
  23. kau org percaya ke yang membeli tu org islam ?
    buat pengahatuan semua , purata murid yang bukan islam banyak yg memakai baju kurung tu ,
    aku sendiri penah nampak kawan adik aku cina/india pakai baju kurung sekolah tu ,
    dari gambar tu aku aku dpt rasakan yg membeli tu org cina .

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan