Najib boleh dihumban ke penjara - Karpal

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel.

5 Comments

  1. Karpal kalau awak boleh buat kasi Najib masuk penjara sama Rosmah..

    Awak peguam paling hebat di DUNIA

    ReplyDelete
  2. Rasanya kes Najib boleh dihumban ke penjara ini perlu TANGGUH dulu la.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Aku pasti kowang ada gak yg minat nengok wrestling..
    "A referee has full authority to make any decisions..."
    Black or white it's not important...

    -AwangLuku

    ReplyDelete
  4. Anonymous | May 18, 2010 12:49 PM

    Aku pasti kowang ada gak yg minat nengok wrestling..
    "A referee has full authority to make any decisions..."
    Black or white it's not important...

    ============================

    tul kan. yg jahat selalu main kotor. member dtg tolong. refree x nmpk.

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak undi26 May 2010 at 12:36

    mimpi la....nak humban PM masuk penjara.....walaupun warna tu hitam tapi kalo najib kata putih..putih laa...sapa berani bantah...hakim?SPRM?polis?...nanti kena pecat pulak..ini lah undang undang MALAYSIA.....1 MALAYSIA

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan