Najib luluskan judi Si Kafir Haramkan!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.

Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga.

“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.


Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.



CiLiK©: Najib ni dah hilang akal! Orang kafir pun haramkan judi! Najib ni lagi teruk dari kafir ke? Oh lupe dapat nasihat dari Yahudi zionis!

54 Comments

  1. dunia dah terbalik.. yg ISLAM buat perkara ENGKAR PADA ALLAH.. yg kafir dok tahu mende tahulah pulak nak HARANKAN JUDI

    ReplyDelete
  2. astarfirullahhal azim , subhanallah. sebagai negara Islam patut pecat je la bn. tapi tak. bn mempertahankan melayu dan Islam apa kejadah nye ni. aku sejak aku lahir sampai kiamat takkan sokong bn.

    ReplyDelete
  3. Anonymous | May 28, 2010 7:23 AM
    dunia dah terbalik.. yg ISLAM buat perkara ENGKAR PADA ALLAH.. yg kafir dok tahu mende tahulah pulak nak HARANKAN JUDI


    org islam di malaysia sudah banyak engkar pada Allah. Sebab itu lah kita perlu undi orang2 kafir utk perintah malaysia. Lihat saja di sinjiapor, betapa megahnya negara itu di mata dunia jika diperintah orang kafir.

    ReplyDelete
  4. Anonymous | May 28, 2010 10:05 AM
    cipan pun nak komen juga, sah! dunia nak terbalik

    ReplyDelete
  5. Lim Gueng...Hok judi secara haram mu dop tau...mu jgn politik benda nie...

    ReplyDelete
  6. Anonymous | May 28, 2010 11:31 PM

    ada judi halal ke?... p.pinang lagi peka dari perak tu...

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Tahniah ke atas kepimpinan Khalifah Lim Guan Eng. Sungguh sejuk hati mendengar bila orang kafir haramkan judi. Tapi dalam masa yang sama Khalifah Lim menambahkan lagi bilangan lesen hiburan yang menyediakan arak, bukan nak kurangkan. Zaman gerakan dah berlambak, zaman dia ditambahnya lagi..

    Inilah yang dikatakan retorik PR, yang mana ada kepentingan politik dia siarkan kononnya sokong. Tapi dalam masa yang sama beliau terlepas pandang yang industri maksiat semakin berleluasa, sepatutnya Khalifah Lim kurangkan aktiviti maksiat,dan juga mengurangkan premis-premis judi peninggalan Gerakan bukan menambah bilangan lesen hiburan.

    Jelas satu tindakan yang tidak konsisten daripada Khalifah Lim dalam menangani isu judi. Kenyataan Khalifah Lim akan disambut dengan laungan Takbir oleh penyokong PAS.

    Takebeer..!


    Mr.Puaka

    ReplyDelete
  8. Mr.Puaka
    Lim Guan Eng tu kan orang cina, kau pertikaikan, dia bukan islam, sepatutnya kau tegur lah negeri melaka, johor, perak itukan dah terang negeri yg diketuai melayu islam tapi diam membisu pasal judi haram ni.. lu ni akai tarak ka?

    baik lu baca ni Mr.Puaka, kasi tawar sikit lu punya hantu

    http://www.malaysiakini.com/columns/133035

    Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

    Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

    ReplyDelete
  9. >Mr.Puaka

    nak komen boleh bro tapi janganla sampai nak mempersendakan agama pulak...laungan takbir boleh jadi takebeer. dosa mempersendakan agama tu berat tau. fikir-fikirlah.

    ReplyDelete
  10. aku nk tanya skit, kenapa kita nk kena dgr cakap org kafir? sejahat2 najib pon, dia itu salah seorg islam juga. aku heran, nape pas nk menentang sesama islam, dan mejadikan parti kafir sebagai sahabat. mmg nmpk tanda dunia akhir zaman, apabila mereka yg kononnya berjuang utk islam, mengkhianat kaum seagama mereka sendiri dan bergabung dgb kafir utk meluaskan pengaruh politik mereka. ya inilah rupa sebenar pas

    ReplyDelete
  11. Anonymous | May 29, 2010 1:31 AM

    maintain bahalolnya jangan tak maintain... bagi komen macam tarak akai punya...islam najib menghalalkan judi, kafir guan eng mengharamkan judi... lu fikir lah sendiri...

    ReplyDelete
  12. Lim Guan tu kita leh kata org bukan islam, dia pn xfhm ttg agama. org kafir ni dikalangan org islam s'dr yg sedar ttg hukum tp dia ingkar dan xnak ikut.

    ReplyDelete
  13. Anonymous | May 29, 2010 1:31 AM
    btol gak ckp ang ni. bukan ade satu ayat ke, yang si kafir tidak akan senang selagi muslim tidak ikut cakap mereka. seriously kita jahil sgt ke sampai nk kena dengar cakap rakfir laknat yg bakal di bakar api neraka? kafir tetap kafir, mereka musuh islam
    takbir2

    ReplyDelete
  14. Anonymous | May 29, 2010 1:31 AM

    terbukti komen ko nh.. banggang.. mesti x tau agama.. ape la bodoh sgt..

    ReplyDelete
  15. Anonymous | May 29, 2010 8:46 AM pun sama juga bahalol
    terbukti komen ko nh.. banggang.. mesti x tau agama.. ape la bodoh sgt..

    ReplyDelete
  16. wowowo.. actually kita semua tak bangang,, yang BANGANG & TERAMAT BANGANG IALAH PERDANA MENTERI KITA...aku tak faham, kenapalah NAJIB ini begitu BODOH dan TERAMAT BODOH SANGAT-SANGAT, sedangkan dia islam.. baik GUAN ENG SI KAFIR tu pulak.

    ReplyDelete
  17. huhu..
    Mr.Puaka sedikit sebanyak ko mempersendkan Islam dgn kate takebeer walhal ko org islam!! ko ngan najib same je !@#$!! ahaks..

    pada org BN yg tanye sape xsenang ngan islam ialah Orang Yahudi dan nasrani coz tertulis dlm al-quran.. orang tuh adalah APCO penasihat BN!!

    pada yg katakan DAP kafir tuh.. mmglah dia kafir, sudah menajdi t/jawab umat islam memberi dakwah pada mereka utk memluk islam.. mungkin satu hari nanti karpal singh dan lim gua eng peluk islam setelah dpt hidayah dari Allah swt..
    ingat, saidina umar pun kafir gak dulu bai sebeblum peluk islam..

    selama lebih 50 tahun umno memerintah m'sia, xsedarkah korang berkawan & bersengkongkol dgn kafir jugak seperti MIC,MCA gerakan,PPP dan lain2 lagi bai!!

    Pendek kate.. aku malu ade PM yg bisu xpandai nak berdebat nak menjaga kebajikan rakyat!!

    -Amri

    ReplyDelete
  18. Saya pasti setiap agama tidak menggalakkan perjudian. Lagipun, siapa kita untuk melabelkan seseorang itu islam atau tidak. "islam" maknanya "tunduk atau patuh kepada perintah Allah"...kalau kita ikut maksud yang itu, bererti Lim Guan Eng ini mempunyai ciri-siri seseorang yang islam apabila dia haramkan judi. Dan pemerintah yang menghalalkan judi, termasuk najib, sebenarnya lah "KAFIR" sebab engkar pada perintah Allah. - HY

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Judi HARAM tetap HARAM ini budak sekolah pun tahu. Mari kita cuba cakap dari aspek lain. Saya merujuk kata-kata Tok Guru pada 26 November 1994 :

    "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” - Nik Aziz -

    Kalau kita ambik iktibar dari Membangun Bersama Islam dan Nik Aziz, sudah tentu tidak salah bagi seorang pemimpin Islam memberi lesen untuk membenarkan aktiviti ‘dosa’ asalkan ia tidak dibenarkan kepada orang-orang Islam. Jika masalah sosial juga menjadi alasan, arak juga adalah satu punca yang sering membawa kepada maksiat dan jenayah yang besar.

    Balik-balik kamu semua mengatakan Najib menghalalkan judi, adakah Najib pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan selepas judi bola dilesenkan, kita orang Islam boleh bertaruh.? Jadi kamu semua berani mengatakan Najib menghalalkan judi berdasarkan apa?

    Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

    Anyway persamaan kamu semua adalah suka memaki hamun, memperbodohkan orang. Lansung tak boleh bercakap dan memberi pendapat dengan bahasa yang sedap di dengar. Inikah yang Islam kamu ajar dan didik? Kononnya saya mempersendakan Islam, tapi dalam masa yang sama tindakan kamu memaki hamun, secara tidak lansung juga mempersendakan Islam. hehehe

    -Mr.Puaka-

    ReplyDelete
  20. yang kamu laung takebeer tu kepala bana apa MrPuaka, bukan menghina namanya? kau copy paste artikel kickdefella kat sini, lepas tu mengaku kau menulis dgn baik..konon...dahlah jahat, jahil tukir kamu ni.

    ReplyDelete
  21. Memang itu petikan artikel kickdefella.. takde pun aku cakap aku tulis. Korang kaki blog mesti tahu artikel tu siapa tulis. Itu aku cuma petik. Supaya kita sama-sama baca. Salah ke anon?

    -Mr.Puaka-

    ReplyDelete
  22. Dizaman Khalifah umar abdul aziz pun ada arak..

    aku pun nak copy paste..

    Pertamanya kita hendaklah bezakan antara arak dan babi daripada judi. Arak dan babi memang diharamkan oleh syara ke atas penganut Islam, tetapi Islam mengiktiraf arak dan babi sebagai harta yang dimiliki oleh orang kafir secara sah di bawah pemerentahan syara’. Banyak juga agama-agama dan tradisi lain yang menjadikan minum arak itu sebagai religious rituals mereka yang kadang-kadang dianggap sacred,

    Ini bermaksud sebagai contoh sekira terdapat orang Islam yang memusnahkan/merosakkan harta orang kafir termasuk arak dan babi secara yang tidak wajar, maka mahkamah syariah sepatutnya memerentah orang Islam tersebut membayar ganti rugi kepada orang kafir itu. Kerana syara mengiktiraf arak dan babi adalah harta yang sah dimiliki oleh orang kafir tetapi tidak dikira harta yang sah untuk dimiliki oleh orang Islam.

    Adapun judi itu telah disepakati oleh semua aliran agama sebagai suatu keburukan, hanya godaan nafsu untuk mendapat wang secara mudah dan kelemahan manusia yang telah menyebabkan manusia terjebak dengan judi.

    Adalah haram bagi sebuah pemerentahan Islam untuk mengiktiraf amalan perjudian. Adapun realiti yang tanah air kita sudah terkenal dengan pusat perjudian bertaraf antarabangsa, umpama Kasino Genting Highland itu; sebenarnya ianya adalah suatu keterlanjuran dan ‘aib yang sangat kepada negara kita sebagai tanahair ummah Islam..

    -Amri -

    ReplyDelete
  23. Salam saudara Amri,

    Terima kasih di atas artikel saudara, macam nilah baru seronok. Dapat juga membuka minda, takdelah dok memaki hamun sahaja. Dalam judi ini saya sokong 100% ianya dihapuskan, cuma pendapat saya tindakan PR mengadakan demo tidak konsisten dengan apa yang ada di negeri-negeri pemerintahan mereka. Itu aje.

    -Mr.Puaka-

    ReplyDelete
  24. nama pun dah puaka
    Nama anda telah memberikan gambaran sebenar untuk anda
    check kat wikipedia apa maksud puaka...
    renung renungkan lah................

    ReplyDelete
  25. Korang nie, cina ka, melayu ka, india ka...selalu mau gaduh...
    PAS ka, UMNO ka, DAP ka, MCA ka, PKR ka, MIC ka...

    Apa korang mau...bergaduh mcm bebudak..mau jd mcm Thailand ka...

    ReplyDelete
  26. Apa yang penting betulkan solat kita...sebelum kita betulkan solat org di tepi kita...

    ReplyDelete
  27. seperti cakap en amri, pemerintah kita dah iktirafkan amalan perjudian.. kita kena tegur, lagi pun PM kita buat senyap je.. mana ada agenda politik, kawe org UMNO pun join program membantah lesen judi ni.. HIDUP ISLAM, HANCURKAN PEMERINTAH YG INGKAR & ZALIM..

    -UMNO SOKMO-

    ReplyDelete
  28. Wsalam Mr.Puaka..

    Terima kasih atas keterbukaan dan pandangn anda..
    yeps.. semer judi ada di negeri PR coz diterajui oleh BN sebelum nih... Di Kelantan je dibawah PAS selama bebrapa dekad nih.. wpun sebelum ini pernah jua diterajui oleh BN..

    Sebelum tu,
    Ape yg nak aku katakan..
    judi dan arak turut dikawal oleh PBT dan kerajaan persekutuan..
    Bukan kerajaan negeri shj...

    Fakta, Dlm syarikat arak ada saham org islam yg melibtkn kerabat diraja..
    Disamping Pak menteri BN sendiri jugak suka men judi sampai tertido kat mesin kasino..pe citer kan..

    Klu PBT terus mendapat sokogn dari kerajaan persekutuan dan Pak menteri serta ahli parlimen kawsan tersebut.. Pastilah sukar nak dihapuskan judi dan arak wpun negeri diterajui oleh PR..

    Buktinya, Lihat sajalah PR nak adakan p/raya PBT ditentang habis2an oleh Kerajaan dan pak menteri BN..
    Begitu jua di kelantan nak laksanakn hukum hudud dulu tapi disekat & ditentang jua oleh kerajaan dah menteri2 kononya xseragam di negeri2 lain..

    Pendek kata,
    Dalam sesebuah Negara dan Negeri, Pucuk pimpinan memainkan peranan penting..
    "Mencegah" dari melakukn kemungkaran t/jawab umat islam..
    "Mengalakkan" kemungkaran itu kerja2 syaitan yg bertopengkn manusia..

    So, selama nih pemimpin mane yg kita pilih sebagai seorang muslim? mencegah atau mengalakkn??
    tepuk dada tanya iman.. wallahualam..

    -Amri-

    ReplyDelete
  29. islam ada kaedah.. bagi mereka yg pernah mengumpulkan harta dgn cara haram spt judi & riba'.. apabila mereka telah insaf & bertaubat mcm mana dgn duit-duit atau harta yg telah mereka kumpul dgn cara haram tu, maka duit tu boleh digunakan utk membina kemudahan org awam (jalan, balairaya & sebagainya...

    walaubagaimana pun tidak boleh dengan sengaja mencari atau menjana pendapatan negara dgn cara haram spt meluluskan lesen judi. Perbuatan ini mengiktirafkan perbuatan berjudi. Pemimpin yg meluluskan lesen judi ni adalah BERDOSA, pengikut yg menyokong pemimpin yg luluskan lesen judi ni dikira bersubahat dan turut BERDOSA.. "Perbuatan" seseorang itu yg menjadikan perbuatan itu berdosa atau tidak... itulah yg ditentang oleh rakyat sekarang..

    contoh : Babi & Anjing tidak haram, tetapi perbuatan memakan daging bagi & anjing itu yg haram

    contoh : Nasi tidak haram. Tetapi beli nasi dgn cara menipu. Secara automatikya perbuatan memakan nasi tersebut menjadi haram

    so, rakyat menentang perbuatan najib yg mengiktiraf perbuatan berjudi dgn cara memberi lesen.. bukannya menghukum najib ni kafir. Perbuatan itu berdosa & sebagai pemimpin ia tidak patut berlaku. rakyat cuma berbandingkan perbuatan najib yg konon2nya islam ni lebih buruk dpd perbuatan guan eng si kafir yg mengharamkan judi di negeri beliau..

    ingat, kalau anda tidak menentang bermakna anda bersetuju dgn tindakan najib & anda pun berkongsi dosa dgn najib dalam melanggar larangan ALLAH..

    -geng kuliah-

    ReplyDelete
  30. hm, kesal, nak marah pun ada, rasa mcm diperbodohkan mcm lembu jer.. cuba klik http://tafsir-sipenulis.blogspot.com/2010/05/jangan-pelik-judi-halal-akan-dibaca-di.html .. pemimpin kita benarkan khutbah jumaat yg menyatakan judi ni halal.. nauzubillah

    ReplyDelete
  31. Anonymous | May 29, 2010 10:13 PM

    Salam saudara Amri,

    Terima kasih di atas artikel saudara, macam nilah baru seronok. Dapat juga membuka minda, takdelah dok memaki hamun sahaja. Dalam judi ini saya sokong 100% ianya dihapuskan, cuma pendapat saya tindakan PR mengadakan demo tidak konsisten dengan apa yang ada di negeri-negeri pemerintahan mereka. Itu aje.

    -Mr.Puaka-

    Apa yang masalah besar sangat negeri PR tak konsisten. Isunya membantah judi bola bukan kenapa tak konsisten.

    Setidak2 bantahan dpd negeri PR, negeri umngok sonyaaaaaap jooo. Sebab takut najib marah

    ReplyDelete
  32. bagi saya, PM patut malu sebab orang bukan islam cuba mengharamkan judi, tetapi orang "islam" sendiri ok je..

    saya bleh paham orang kita anggap "memang dia(PM kita) luluskan judi, tapi atleast dia ISLAM, sama kaum macam kita, x macam orang tu, so kita kena sokong pm kita",

    masalahnya sekarang dia juz belindung diatas nama islam saja, dia tak ikut benda basic pun, tapi mengaku islam..

    kta memang tawu JUDI itu haram dalam islam, dah tertulis haram. so jangan la mengada ngada buat sebab pemintaan golongan minoriti yang suka bejudi nak buat, memang la kita tinggal di negara demokrasi, kena betolak ansor.. tapi kalau benda jahat, takkan nak sapot..?

    "eleh.. judi bola x boleh, habistu kenapa judi lain boleh? tak halang pun, kat tempat ko masih lagi buat"

    spot toto loteri n lain lain tu maybe mistake kta sebab benarkan pemimpin dulu buat.. akibatnya kita dah tawu, orang banyak behutang dengan along n masalah sosial kan? tu dah di terbuat pemimpin dulu, so kita maybe bleh "maafkan" skit.. tapi jangan la sebab benda tu dah dibenarkan, kita buat lagi HEBAT.. tu bukan kebaikan, kalau kita sokong tu membenarkan kejahatan, dan kita akan bedosa sebab sapot..

    dah terlalu banyak bukti dia kecewakan kita, xkan nak sapot lagi kot.. sekali dua buat salah, kita masih leh "terima", tapi kalau bekali kali, xbleh la buat camtu weyh, dalam dunia ni, kalau nak orang respect kita, kita kena respect orang dulu..

    pasal judi ni diluluskan, bahayanya benda ni, once dah start, susah nak stop, tuka kerajaan macammana pun kalau dah start, susah gila nak stop, mau makan 3-10 tahun utk pulih balik ke normal, itupun kalau dapat.. kalau kita behenti macamtu je, nanti orang akan memberontak.. sebab tu ada pepatah orang harus cegah dari belaku dan bukan mengubati..

    ReplyDelete
  33. Sskali asyik gak aku baca komen2 kowang nih smer, nk tegelak pun ade, sedih pun ada, hati mengeluh pun ada dan macam2 rasa ada laaaa.. Tp sayangnya adakala byk hujah2 yg berkaitan dgn sejarah & agama islam ni tak berlandaskan kepada ilmu. Mngkin ramai org seperti ni malah ada segelintir di kawasan perumahan aku nih pun beria2 nk dilabelkan sbg 'ustaz' wpun bacaan alfatihah pun tonggang terbalik.

    Dalam masa yg sama, aku juga merasakan sstgh komen tu agak janggal, tp bukanlah kite mengetahu identiti sebenar ssorg. Mngkin juga dia (posting) bukan org Muslim!

    Aku dok mencari2 gak komen atau pandangan yg boleh aku jdkan panduan dr sstgh ulamak yg yg pro pemerintah nih. Tapi syg rata2 mcm Ular Dalam Semak je.

    p/s : Apa komen Ular Dalam Semak (Ulamak Ussuk)

    ReplyDelete
  34. Takebeer..!
    Mr.Puaka
    ___________________________________

    JAKA JAWAB :

    Terima kaish kerana mengelar LimGuanEng khalifah..amin

    Takde lagi pemimpin umngok yang peduli mengenai khalifah atau menyebut2 mengenainya walaupun dah berabad masuk islam.

    Kenyataan Mr. Puaka diatas memang mempersenda islam. Mempersenda kalimah Allah.

    Kebencian umngok kepada PAS banyak yang berakhir dgn kebencian terhadap islam seperti yang Mr Puaka tulis tu. Org islam yang waras tentu dapat beza takbir(khalimah Allah sejagat) dengan parti politik PAS. Org islam yang waras akan tahu yang mana daripada PAS dan yang mana daripada Allah.

    Takbir adalah kalimah Allah dan bukan kalimah PAS. Kebencian pada PAS tidak harus tersasar dgn apa saja elemen islam yang PAS bawa. Sepatutnya umngok pun guna kalimah itu dalam perjuangan menggantikan 'satu malaysia' yg karut itu.

    Jika ada perbuatan maki hamun penyokong PR itu adalah menunjukkan kebencian kepada perangai pemimpin umngok yang memang patut dibenci. Kita tidak kata maki hamun itu islamik tetapi ia tidak mengutuk mana2 kalimah Allah macam perkataan takebeer yang sesat dan jahanam itu.

    Kalau nak label PAS dgn label yang dapat memuaskan nafsu sesat umngok, silakan lah tidak mengapa tetapi mempermainkan kalimah takbir adalah sesat dan mempersenda Allah.

    Inilah umngok, org kafir nak guna kalimah Allah dia marah, ternyata mereka yang membenci kalimah tersebut. Mereka membenci PAS sehingga banyak elemen2 islam pun mereka benci sama.

    Mereka hina pertikai hukum islam, membenci kupiah, warna hijau, memperlekeh hudud, memandang serong org yang berjanggut dan bertudung labuh dan byk lagi. Ini semua elemen islam ,bukan elemen PAS.

    Akhirnya Mr Puaka memperlihatkan dirinya yang cetek pengetahuan. Misi dia di sini ialah utk mencetuskan serba salah dan melemah keyakinan dengan membersar2kan isu sampingan remeh seperti parti2 dlm PR tidak konsisten dan sebagainya.

    Perang saraf cara lama daaaaaaaaaaaaa......tektik Abu Jahal yang sudah kuno, tidak relevan lagi. Correct correct correct.

    ReplyDelete
  35. Takbir adalah kalimah Allah dan bukan kalimah PAS. Kebencian pada PAS tidak harus tersasar dgn apa saja elemen islam yang PAS bawa. Sepatutnya umngok pun guna kalimah itu dalam perjuangan menggantikan 'satu malaysia' yg karut itu.

    Jika ada perbuatan maki hamun penyokong PR itu adalah menunjukkan kebencian kepada perangai pemimpin umngok yang memang patut dibenci. Kita tidak kata maki hamun itu islamik tetapi ia tidak mengutuk mana2 kalimah Allah macam perkataan takebeer yang sesat dan jahanam itu.

    JAKA

    ---------------------------------------------------------------

    Memang takbir itu satu kalimah Allah bukan kalimah PAS, tapi kalau ceramah yang sertakan maki hamun, fitnah dan hasut menghasut, halalkah ianya disusuli dengan laungan takbir saudara? Dalam soal ini kenapa saya sahaja di anggap menghina? sedangkan mereka dari kalangan saudara, saudara bersikap tutup mata, yakni konon laungan takbir itu suci, walaupun selepas orang mencarut, kita hendaklah bertakbir. Inilah yang banyak berlaku dalam ceramah-ceramah PAS yang saya pernah dengar.

    Kebencian terhadap pemimpin UMNO jadi halallah bagi PAS memaki hamun? dan cerca? Ini fatwa apa En.JAKA? Kalau hendak menghukum biar adil, jangan bila pihak kamu lakukan kamu mengatakan sebaliknya.


    Mr.Puaka

    ReplyDelete
  36. En.JAKA,

    Kalau kamu anggap laungan takbir itu suci, janganlah kamu laungan takbir setiap kali selepas pemimpin kamu mencarut atas pentas ataupun atas lori. Ini pun sudah dianggap persendakan laungan Takbir saudara.

    ReplyDelete
  37. Cam ne pemimpin PAS mencarut eik Mr.Puaka dan dalam pentas mana dia org nih mencarut? Aku nih jarang pi dgr dia org ceramah...

    Kalu setakat org kebanyakan mencarut tuh, (x kira laa Pas ke Umno) aku rasa belambak je dalam pasaran...

    Contohi laaa Tok Nan (MB Pahang), di x mencaruk kot, tp just tunjuk aksi lucah je..

    p/s : Ada org ckp, Tuhan 'mencarut' lg kowang marah eik... ehehehe

    AwangLuku

    ReplyDelete
  38. haha, dari hujah kat sini, kita boleh nampak macam mr puaka agak ketingalan sedikit.. lawan dengan fakta pls, bukan fitnah

    ReplyDelete
  39. Mr Puaka,

    Sila nyatakan perkataan mencarut yang pemimpin PAS gunakan.
    Kalau boleh bila dimana dan siapa, tak boleh main rasa2 aje.
    Bagi contoh.

    Kalau setakat kata bodoh, bangang, tak sekolah, bengong....itu bukan mencarut. Mencarut ialah perkataan yang berunsur lucah seperti p****k, f**k, liwat dll.

    ReplyDelete
  40. Kebencian terhadap pemimpin UMNO jadi halallah bagi PAS memaki hamun? dan cerca? Ini fatwa apa En.JAKA? Kalau hendak menghukum biar adil, jangan bila pihak kamu lakukan kamu mengatakan sebaliknya.
    Mr.Puaka
    ..................................

    JAKA JAWAB :

    Kebencian bukan kepada orangnya, kebencian kepada perangainya.

    Apa lah sangat maki hamun(walaupun tidak elok) jika dibandingkan dengan tangkapan ISA, sabotaj, tekanan, fitnah hari2 di media perdana, pembohongan, penyelewengan yang menghakis harta rakyat, ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa.

    Apalah sangat maki hamun jika dibanding dengan tuduhan liwat ak sudah2. Liwat 1 dan sekarang Liwat 2.

    Pemimpin umngok mendapat tempat dan hak selua2nya bercakap dengan muka lembik macam orang baik dalam TV dan media. Tetapi dalam tindakan dan perbuatan mereka buat segala macam kejahatan. Apa lah sangat semua ini dibanding dengan maki hamun.

    Anyway maki hamun macamana yang anda dengar? Nyatakan.

    ReplyDelete
  41. Sementara Mr.Puaka cari fakta tuh, aku rasa baik juga Mr.Puaka cari fakta nih skali.. aku copy paste je dr blog lain

    "...Pelbagai perkataan dilabelkan kepada DSAI, “agen yahudi”, “pengkhinat negara”, “anda tak siapa kenal dia” dan macam-macam lagi tetapi apa yang lebih menarik perhatian saya, label-label yang saya andaikan boleh ditampal-tampal dengan tidak ada satupun kenyataan tersebut disertakan dengan satu bukti yang meyakinkan berbanding tindakan DSAI sendiri membongkarkan penglibatan negara dengan APCO yang antara tujuan utamanya adalah untuk memulihkan imej pemimpin yang diwar-warkan “bersih”. Kalau benar-benar bersih, kenapa hendak dibersihkan dengan jutaan ringgit duit rakyat?"

    AwangLuku

    ReplyDelete
  42. maki hamun tak sampai habiskan duit rakyat kan kan kan hihihihihihiihih

    ReplyDelete
  43. Anonymous | May 31, 2010 4:38 AM
    En.JAKA,
    Kalau kamu anggap laungan takbir itu suci, janganlah kamu laungan takbir setiap kali selepas pemimpin kamu mencarut atas pentas ataupun atas lori. Ini pun sudah dianggap persendakan laungan Takbir saudara.
    .................................

    JAKA JAWAB :

    Ini lagi satu tak faham2. Seseorg yang mencarut dan selepas tu takbir adalah dua perkara terpisah yang dibuat oleh seseorang. Kecualilah dia berniat mencarut kepada takbir itu.

    Seperti seorang perempuan bertudung tetapi berdua2an dgn lelaki non muhrim. Bab pakai tudung dia lepas, bab berdua2an dia salah.

    Tetapi mengeja 'takbir' dengan 'takebeer' memang menghina kalimah Allah secara direct. Dan perangai begini tidak pernah dilakukan oleh org agama lain. Tidak pernah org hindu mengutuk perkataan 'wel wel' misalnya hanya kerana marahkan seorang sami hindu. Tidak pernah org buddha mempermain perkataan 'aum' misalnya hanya kerana bencikan seorang sami buddha.

    Tidak faham juga? Pegi tidorlah.

    ReplyDelete
  44. pada sume y pro pemimpin melayu kat sini..

    xnafi r,kerajaan pimpinan melayu bn byk gak antar pelajar malaysia g belajar agama kat mesir n len2..sbb tu wujud persatuan2 mahasiswa pro-umno kat sana..tp cuba rujuk surat dlm post CILIK sblm ni,pe kata su bahagian umno ttg agama..

    aku ase,tu bukti kuat,jelas n nyata umno amal politik suku n agama suku..tubuh negara Islam bukan pada nama, y penting pada amalan dll..

    contoh, sowang melayu nama SAMAK (xde kaitan owg y hidup @ mati),dlm ic tulis agama Islam..mak bapak pun Islam,tp xsolat..men pompuan,men judi,xagih zakat betul2,xpose,halang owg amalkan Islam dll..agak2 Allah tengok iman si SAMAK ni berpandu pe y de tulis kat ic ker? Agak2 pe pandangan Allah terhadap SAMAK dgn segala amal perbuatan die da wat tu? Beriman ker x? Klu xberiman,mean bukan islam r meski dlm ic tulis beragama Islam..Tp tu urusan Allah dgn SAMAK,tanggungjawab kita..bila die mati,kena mandikan juga, khafankan juga,sembahyangkan juga n usung mayatnya ke kubur..xleh mandai2 kafirkan die..

    Gitu gak dgn negara Islam,xyah r bising isytihar megah malaysia negara Islam tp hukum syariah y dilaksanakan tpilih (kahwin,cerai n faraid shj)..hudud,qisas n takzir xlaksana..judi, arak n maksiat brleluasa hingga umat Islam tjebak sama..rasuah,salah guna kuasa wang n politik merakyat drpd kumpulan pemimpin sampailah ke akar umbi (contoh leh tgk setiap kali pilihan raya n waktu pemilihan)..ketidakadilan n penindasan bmaharajalela (contoh,isu minyak kelantan n terengganu)..kebajikan rakyat diabaikan (contoh kenaikan harga barang,minyak dll y mbebankan rakyat)..

    sama r gak dgn hal negeri2 y dipimpin mnteri besar melayu leh terima judi bola beroperasi kat negeri die sdg 1 negeri kecil y dpimpin ketua menteri bukan melayu leh lak haramkan judi tu kat negeri die..

    aku bukan pro pr o bn..tp secara peribadi, if de parti o pemimpin y leh laksana pemerintahan spt y aku tulis kat atas tu even die bukan islam o melayu sekalipun tp islam aman diamal seluruhnya tika di bawah pemerintahannya..aku akan redha..

    ReplyDelete
  45. WOI MR PUAKA..

    KO MEMANG DASAR MANUSIA PUAKA..MEMANG HARAM JADAH..

    TumpangLalu

    ReplyDelete
  46. Salam bloger2 sekelian...

    Dalam pelbagai komen dn hujah serta fakta yg di utarakan, (terutamanya pemunya blog nih dan kerjasama mana2 bloger yg berkongsi maklumat) aku anggapkan ia agak berjaya menyampaikan mesej2 berdasarkan fakta yg jelas. Tapi sayang, ada juga di kalangan kita yg masih begitu keras hati. Tetapi aku percaya ada diantara mereka sebenarnya berniat jujur utk mempertahan sesuatu fakta, tetapi (1)kekurangan kefahaman dlm sst aspek membuatkan kite merasakan mereka 'terpesong'.

    Begitu juga bg yg begitu (2)taksub, x kira samada dr pro-pemerintah, atau pro pemabngkang, adakalanya berhujah berlandaskan ikutan emosi. Hal2 sebegini mungkin disebabkan keadaan persekitaran masing2. Apabila mereka berada dalam kelompok masing2 seringkali hujah2 atau pandangan mereka macam terikut-ikut dn bukan dr hasil pandangan sendiri. Mereka ini rata2 orang yg mampu berfikir dgn baik tetapi adakalanya "takut" utk meluahkan apa yg terbuku di sudut hati. Ingat, asal mereka semua adalah dilahirkan "suci", mgkin corak, masa, persekitaran yg membuatkan mereka tersasul seketika. Soal samada mereka berkempentingan dlm sst tujuan adalah soal lain yg aku anggapkan sbg sifat yahudi - Mereka kenal kerasulan Nabi SAW lebih dr mereka mngenali anak mrk sendiri, tp tetap tidak mahu mengakui kerasulan Nabi SAW.

    Kepada kwn2 blogger sekelian, jgnlah kite diumpamakan juga dgn kaum yahudi (st bangsa yg dilaknat yg byk disebut dlm Al-Quran) wpun Nabi & Rasul2 membuktikan kenabian/kerasulan mrk menerusi mukjizat pun skali, tetpi mrk tetap menolaknya. Tetapi dlm msa yg sama, kenapa kita harus mudah terpedaya dgn kata2 atau maklumat yg tiada asasnya dn itu dikira sbgai fitnah dn tidak boleh dijadikan bukti. Islam ada garis panduannya tersendiri dlm menentukan pendakwaan/tuduhan sperti saksi yg adil dsb.

    Apabila tuduhan melibatkan pemerintah, pelbagai bukti diutarakan wpun dlm bentuk fakta kenapa kebyakkan diabaikan bgitu saja? Ini tidak lain dan tidak bukan krn "Kuasa" yg mereka ada dn mereka ini juga yg ada dr kalangan kita yg pertahankan! Kenapa? Kalau anda ada kepentingan, TERUSKAN sokongan anda krn anda sendiri tahu baik buruknya!!!

    Sebagai cnth yg mudah, DSAI (aku prihatin DSAI bukan semata2 beliau seorg pemimpin Pembangkang, tetapi yg lebih penting beliau adalah sbg seorg Muslim) seringkali didakwa sbg agen yahudi, tetapi di manakah buktinya di atas dakwaan tersebut? Tetapi apbila dibuktikan PM skrng dgn Apco dan sbgaimana Mahathir dgn surat bertarikh 16hb. Ogos 1999 kpd PM Israel dgn terang dn jelas bersekongkol dgn Yahudi. Tetapi kenapa kita menafikannya?

    Janganlah kita sbgai rakyat, sampai terikut2 dgn KERAKUSAN politik pemimpin kita. Salah tetap salah, tidak kira siapa mereka smada pemerintah atau pembangkang. Kesilapan kita hari ini, memusnahkan generasi kita akan datang. Wallahua'lam

    AwangLuku

    ReplyDelete
  47. adess pedih mata memandang aku baca komen korang.Kalu kita cetek ilmu baik xyah komen jer buat org jadi sesat

    ReplyDelete
  48. aku puji stail amri, aku, awang luku, jaka, dgn mrpuaka brdebat...bagus2...cmnila kita nk...bg fakta n buka minda...bkn dgn taip dua tiga prkataan mncarut maki hamun ja...x manisla kan...aku pn pro pr gak tp xdala skadar maki hamun mncarut bkn2...ya la stgh2 tu aku phm bila org dh trlampau marah smpai trtaip/trkata prkataan yg x spatutnya tp blaja2 la brsabar lg...ni kira aku bgtau scara general la...orait...gdluck..

    -bunny-

    ReplyDelete
  49. hehehehe..semua kena tipu..belum muktamad lagi..(utusan 8/6/2010)..

    Belum muktamad diluluskan..pandai Najib main tipu2..

    ReplyDelete
  50. LICIK kalau jual kapal selam Najib Al Tan Toyol rembat 500 juta apalah sangat masalahnya kalau setakat nak menipu dalam statment judi ni...!!!
    Org kalau dah mahir menipu ni ko bagi apa saja semuanya di boleh kaw tim punya.. sebab org yang percaya dgn Najib sipenipu ni adalah dari golongan yang bodoh dan bebal juga..
    Jadi janganlah terpedaya dgn cakap2 sipenipu ni kalau kita benar2 berakal dan cerdik..
    biarkanlah golongan yg lembab lagi bahalol tu jer yang percaya..
    Letakkanlah kemuliaan akal fikiran yang telah Allah kutniakan kepada kita ditempat yang sewajarnyerr sebagai tanda kita bersyukur kepadaNya.. bukannya meletakkan akal fikiran kita di celah punggung kerana itu menghina kurniaan Allah..

    ReplyDelete
  51. camana ngan judi lain kat penang...nombor ekor lak camana? harap2 akan di haram kan jugak..jgn satu campany jer tau

    ReplyDelete
  52. Tersebut lah alkisah zaman purba ketika Laksamana LimGohTong melawat ia akan kemuncak genting highland. Akan bukit itu yg tinggi dan nyaman udaranya, maka berkenanlah akan dia untuk membina hotel di atasnya.

    Maka berjumpalah ia akan Menteri Perdana ketika itu membentangkan akan ia cadangannya itu. Akan menteri perdana itu maka ditokok tambahlah ia katanya,"kalau hotel saja, siapa gerangan hamba rakyat yang mahu datang? akan tempat yg tinggi itu perlukan suatu daya, maka apa kata dibina casino diatasnya".

    Adapun laksamana limgohtong amatlah terkejut akan ia kerana pada perkiraannya menteri perdana seorg islam mustahil akan mencadangkan begitu kerana memanda itu seorg melayu dan islam. Adapun setelah berfikir sejenak maka menguntumlah senyuman diwajah laksamana itu dengan cadangan memanda itu...tanda setuju.

    Maka akan laksamana itu berkunjunglah ia ke Taiwan untuk membuat kajian mengenai cadangan memanda itu. Maka dikunjunginyalah sebuah casino disana, maka ditanyakan mengenai semua keperluan membina sebuah casino.

    Adapun menjadi terkejut para hulubalang casino di Taiwan itu kerana mengetahui yang laksamana ini tinggal dinegeri yang memandanya org melayu dan islam. Maka terpancullah gelak ketawa akan para hulubalang casino tersebut dan berkata,"mana mungkin negeri tuan hamba akan diizinkan terbinanya sebuah casino kerana pada hemat kami menteri perdana negeri tuan hamba adalah seorg melayu dan islam".

    Maka adapun laksamana itu memaklumkan mengenai cadangan itu datangnya dari buah fikiran bernas memanda menteri perdana sendiri. Maka saling berpandanganlah laksamana limgohtong dan hulubalang casino Taiwan yang sebangsa itu sesama sendiri kerana faham dan senang hati akan cadangan mneteri perdana tersebut.

    Maka apabila selesai segala urusan maka pulanglah laksamana kenegeri dengan membawa kejayaan yang mana akan terbinanya sebuah casino agung dipuncak bukit genting di Tanah Melayu ini...buat pertama kalinya, dengan restu memanda menteri perdana ketika itu.

    Arakian maka sejarah berulang kembali kini. Orang seagama dan sebangsa laksamana tersebut masih menolak judi tetapi org seagama dan sebangsa menteri perdana tersebut beriya2 mahukan judi. Maka digunakanlah alasan bahawa judi itu adalah demi kepentingan sebangsa seagama laksamana berkenaan.

    Maka berulanglah sejarah kembali dizaman menteri perdana zaman ini.

    ReplyDelete
  53. kenapa najib tak pernah ajak rosmah men judi???

    Renung-renungkan dan selamat beramal...kah..kah..kah

    ReplyDelete
  54. Rakyat Biasa..
    Kita jgn terpedaya tipu muslihat Pembangkang dan Parti Memerintah. Yg seorang tu mmg kompom kafir dan yg sorang lagi cetek agamanya. Tapi yg jelas kedua2nya ada kepentingan politik. Waima yg dlm pengetahuan agamanya pun terjerumus kekancah kepentingan politik mendahuli kepentingan akhirat, rakyat dan negara.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan