Najib sedang disiasat SPRM

Bila terdengar berita ni rasa 50-50 je nak percaya. Betul ke SPRM ni berani nak siasat Najib?! takda double standard ke? Atau sekadar wayang je?! Apapun kita tunggu dan lihat!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed (kiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.

19 Comments

  1. setakat mana la nak siasat, pui!

    ReplyDelete
  2. BERANI KERAT KUKU....ABUK PUN TARAK....PEMIMPIN UMNO KEBAL....DAN SEMESTINYA BEBAL...HAHAHA

    ReplyDelete
  3. nak terkentut aku dgr najib kena siasat!
    haha..SPRM lebih baik siasat hantu jer!

    ReplyDelete
  4. Cam ne agak2nya SPRM nk ckp bhw najib x besalah nanti eik...? Mgkin apakah SPRM cakap bhw najib bukan calon yg bertanding, so dia x besalah.. sape2 pun yg x bertanding bleh ckp sedemikian. Brape ramai org leh ckp cam tuh, semer org leh ckp cam tu per.. Apakah kowang kalu ckp cam tuh pun dikire besalah? Berapa ramai plak nanti SPRM nak dakwa?

    AwangLuku..

    ReplyDelete
  5. Kah kah kah...

    Lawak PALING BODOH bulan ini!!!

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  6. ape yg kelakar sgt ntah. ko ni isap dadah eh?

    ReplyDelete
  7. aishhh dah dah iklan piza tuhhh...tahniah rezki anda cilik...

    ReplyDelete
  8. Jangan Harap SPRM siasat NAJIB, silap2 Pengerusi SPRM pulak kena siasat. Dihujung siasatan nanti, SPRM akan mengeluarkan kenyataan bahawa apa yg dimaksudkan oleh Najib bukanlah bersifat rasuah, itu adalah keperihatinan seorang perdana menteri yang mahukan saling berkerjasama antara rakyat dan kerajaan. Tak caya tunggulah...tak lama je lagi.

    ReplyDelete
  9. dah buang tabiat ke mangkup tu nak siasat najib atanbuaya tu

    ReplyDelete
  10. Siasat salah, tak siasat salah, korang ingat badan penguatkuasa yang ada kat Malaysia ni nak ikut kepala korang aje ke baru korang nak puas hati?

    Korang ni tak ada lain, semua benda yang dibuat oleh penguatkuasa semuanya tak kena kat mata korang.

    Mr.Puaka

    ReplyDelete
  11. lepas tu SPRM akan bg kenyataan bahawa kata² yang disebut tu bersifat peribadi..mcm mengingatkan anak² supaya berjaya nanti akan dapat hadiah dari ayah..tgk la kalau tak caya..paling busuk pun SPRM kata "TAK ADA KES.."

    ReplyDelete
  12. Anonymous | May 23, 2010 11:06 PM
    Siasat salah, tak siasat salah, korang ingat badan penguatkuasa yang ada kat Malaysia ni nak ikut kepala korang aje ke baru korang nak puas hati?
    Korang ni tak ada lain, semua benda yang dibuat oleh penguatkuasa semuanya tak kena kat mata korang.
    Mr.Puaka
    ----------------------------------------

    Kita tak harap ada tindakan atau dakwaan, tapi yang penting siasat dan buka fail utk najib tu.

    Kalau tak buka fail hari ini, akan datang kita buka semula fail tu. Hihihihi mana mau lari haaaa?

    Penguatkuasa kena telus dan adil, bukan ikut sapa2.

    So far nampak tak adil..Dengan pembangkang laju je bertindak, dgn BN slow je.

    ReplyDelete
  13. percaya 0.00000000000000000000001%

    ReplyDelete
  14. Baruah2 dalam SPRM tu Najib yang bagi makan dan naik pangkat..

    ReplyDelete
  15. keje korang ni keje ngutuk je. kena laknat nanti.... korang ni cam tak de pegangan hidup jerk.... klau korang kat atas lagi teruk. tahap skg ni p0n dah kutuk2 orang, kalalu lah kat atas, kiamat dunia ni kena kerja kat k0rang... thuii, thuii!!

    ReplyDelete
  16. Anonymous | May 27, 2010 3:34 AM

    keje korang ni keje ngutuk je. kena laknat nanti.... korang ni cam tak de pegangan hidup jerk.... klau korang kat atas lagi teruk. tahap skg ni p0n dah kutuk2 orang, kalalu lah kat atas, kiamat dunia ni kena kerja kat k0rang... thuii, thuii!!


    > memang kita dah kene laknat pon skarang...ko je yang x sedar. tengok la kes2 dalam tv tu...buang bayi la, bunuh orang la. melambak2. tu tanda nya Allah dah x bagi berkat kat kita :(
    mana tak nye...sampai hukumNya pon kita dah lawan...judi haram kita kasi halal :(

    ReplyDelete
  17. Anonymous | May 27, 2010 3:34 AM
    keje korang ni keje ngutuk je. kena laknat nanti.... korang ni cam tak de pegangan hidup jerk.... klau korang kat atas lagi teruk. tahap skg ni p0n dah kutuk2 orang, kalalu lah kat atas, kiamat dunia ni kena kerja kat k0rang... thuii, thuii!!

    Helo bro,

    Tak main lah KALAU KALAU, kau nujum ayah pin ke yg tau sgt kalau PR diatas akan sama mcm umngok...tau sgt masa depan ke.

    Umngok dn BN yg teruk, jgn ingt org lain sama mcm tu....dh tk nampak ada org yg baik kerana dn lama hidup dlm mungkar umngok........cian

    ReplyDelete
  18. gimik aje...pastu last2 SPRM cakap "tak ada bukti kukuh"..hehe
    saya percaya 0000000000000.00000000000001% aje...wawawawa

    ReplyDelete
  19. tunggu kucing keluar tanduk kat ekor

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan