Wednesday

Orang Asli jadi Jutawan


(Malaysiakini)
Selepas 15 tahun, tujuh orang daripada suku Temuan memperoleh pampasan RM6.5 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina sebuah lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

NONEDalam kes bersejarah ini, Mahkamah Persekutuan hari ini mencatatkan satu penyelesaian antara mereka dan kerajaan persekutuan yang mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah adatnya di Bukit Tampoi, Dengkil.

Sebanyak 38 ekar tanah adat itu telah diambil oleh kerajaan pusat bagi membina sebuah lebuh raya ke KLIA tanpa sebarang pampasan.

NONEMahkamah itu membenarkan penyelesaian tersebut dicatatkan hari ini setelah kerajaan pusat dan kerajaan Selangor bersetuju membayar papasan tersebut kepada Sagong Tasi.

Sagong, 78, dan enam yang lain (dua daripada mereka telah meninggal dunia) daripada suku Temuan memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kontraktor United Engineers Malaysia Bhd (UEM) ke mahkamah mengenai perkara itu.

NONEKebuntuan hanya selesai apabila pada 22 April tahun lalu, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat menarik dari daripada mencabar kes Sagong.

Bagaimanapun kerajaan persekutuan dan pihak lain berjaya mendapatkan perintah penangguhan.

Pada 12 April 2002, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Noor Ahmad mengarahkan kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, MHA dan UEM membayar pampasan kepada Sagong Tasi dan enam yang lain akibat kehilangan tanah mereka itu.

6 comments

Kebuntuan hanya selesai apabila pada 22 April tahun lalu, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat menarik dari daripada mencabar kes Sagong.
Bagaimanapun kerajaan persekutuan dan pihak lain berjaya mendapatkan perintah penangguhan.

Tahniah kerajaan PR Selangor kerana berhemah dalam menyelesaikan masalah ini.

Alhamdulillah.. tahniah kpd PR diatas keprihatinan anda..

aku anak jati johor delete 26 May 2010 at 22:50

milo suam. tolong selidik hal ni.. sekarg org tengah kecoh tentg hal logo crocs yang menyerupai kalimah ALLAH. aku dah tengok and benda ni betul.. bley x ko tolg selidik lg dlm n wat pendedahan dalm bolg ko ni... sebab ramai org yang guna. satu penghinaaan.. please!!!

Milosuam,

Mari kita buka isu pengkhianat jahat ezzam ni:-

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7738649.asp

6.5 juta bahagi dengan 7 orang = sikit lagi sejuta, jadi belum jutawan lagi beb.

org asli lebih bijak dpd org umngok Sg Buaya yg sokong umngok....hhahhahahaha


EmoticonEmoticon