Parti rasuah kalah di Sibu!

SIBU, 16 Mei: Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Sibu menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, hari ini. Beliau yang juga Adun Bukit Assek mendapat 18,845 undi, calon BN memperolehi 18,447 undi. Manakala calon Bebas, Narawi Haron sekadar mengutip 232 undi dan hilang deposit.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 37,919 atau 69.33 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar mengundi di 45 pusat pengundian.

Bilangan itu meningkat jika dibandingkan dengan 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.

Mengulas keputusan itu, Jeniri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu membayangkan kebencian kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, rakyat muak dengan dengan Taib yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa di negeri ini.

Jeniri memberikan contoh ketiadaan poster atau gambar Taib yang dinaikkan di Bandar Sibu.

Tsunami politik Cina bermula di Sarawak dalam pilihan raya negeri 2006 apabila enam calon DAP menang di Kucing.

“Kini ia sudah melarat ke Sibu dan saya yakin lepas ini akan merebak ke Miri dan seterusnya seluruh Sarawak,” kata seorang penganalisis politik dalam analisis pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Astro Awani.

10 Comments

  1. BN KALAU NAK MENANG KENA GUNA UNDI POS JELAH....SANTA CLAUS DAH LARI BALIK AWAL....

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah...

    Kat semenanjung bn kata DAP tolak Islam.

    Tapi bila di Sibu bn kata DAP bersekongkol untuk tubuhkan Negara Islam.

    Mana satu yang betul???

    Kaum cina di Sibu dah bagi jawapan yang tepat dan padat hari ni pada bn.

    Apa bn ingat semua rakyat boleh diperbodohkan sesuka hati mak bapak diorang???

    Kirim salam!!!

    Kah kah kah...

    Dan lagi satu nasib baik kat Sibu tak ada felda.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  3. sudah tiada daya lagi bn nak menipu, Bn sudah kalahhhhhh!

    ReplyDelete
  4. taufik & hidayah17 May 2010 at 07:27

    TAHNIAH! Wong Ho Leng...
    Maruah bukan boleh dibeli dgn $$$$...
    rakyat dh muak ngan sandiwara Be End

    ReplyDelete
  5. moga Pakatan Rakyat akan terus maju...dan RAKYAT terus memilih PAKATAN RAKYAT..tahniah pengundi2 SIBU..teruskan sokongan anda..

    TumpangLalu

    ReplyDelete
  6. Tahniah diucapkan kepada PR terutama DAP kerana dapat menewaskan BN-apco walaupun dengan majoriti kecil (seperti yg dijangka undi pos akan memihak kepada BN-apco)bersama-sama kita menolak BN-apco dalam pilihan raya akan datang....

    amusza

    ReplyDelete
  7. kah kah kah kah dr smlm dok gelak ni.. kah kah kah kah x bley benti.. kak ak kah kah kah kah kah BEE END kalah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  8. Hari ini hari yg ceria.....nak tau ape sebab.....sebab BN kalah...yahooooooo

    ReplyDelete
  9. Wkwkwkwk....Tahniah pakatan!!! Terus kan perjuangan anda. Rakyat Sibu sekalian....Terimakasih yg tak terhingga kepada korang semua. Harap2 rakyat Sabah akan mencontohi rakyat Sibu ini yg mahukan perubahan. Pakatan Boleh!!!!Kepada kroni "BE END" semua....wayang korang dah hampir "THE END" Wkwkwkwk...

    Mr.Jilat King (Penyokong Fanatik Pakatan, Sabah Mari)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan