RM 5 J untuk halang perhimpunan anti Samy?


Mugilan mengumumkan perhimpunan GAS sebagai berjaya ekoran kehadiran yang ramai dan menyifatkanya sebagai satu petanda desakan supaya Samy meletak jawatan.

Menurut Mugilan, walaupun taktik kotor digunakan oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan itu, tetapi GAS masih berjaya melaksanakannya.

Program tersebut, tegasnya, telah berjaya untuk mendesak Samy meletak jawatan.

Mugilan mendedahkan bahawa RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan GAS. Bas-bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang, Pahang dan tempat-tempat lain telah dihalang. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin GAS 'diculik' atau hilang, dakwa Mugilan lagi.

Samy, dakwa Mugilan, akan menumpukan kepada usaha memenangi pemilihan jawatan presiden dan kemudian menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan mereka yang dia tidak suka sebelum pemilihan parti berikutan supaya dapat terus menguasai parti.

V Mugilan memberitahu media bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan insiden seorang penyokong memukul poster Samy dengan kasut yang berlaku sebelum ini, dan berharap insiden itu tidak akan diperbesar-besarkan kerana ia bukan budaya masyarakat India.

Katanya, lelaki tersebut bertindak demikian kerana merasakan dirinya ditipu berhubung skandal Maika.

Mugilan juga berkata tindakannya mendesak Samy meletak jawatan adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan diminta berbuat demikian oleh Umno atau pihak-pihak lain.


7 Comments

  1. मैं 50 साल से राष्ट्रपति बने के लिए तरह पर्याप्त नहीं है वापस चाहते हैं

    AwangLuku

    ReplyDelete
  2. Woit mugilan...

    Amende lu cakap nih???

    Lu ni dah biol ke???

    Dulu lu kata ada wakil PKR cuba rasuah bagi tanah dan duit kalau lu tarik diri dari bertanding di HS, tapi apasal sampai sekarang tarak apa pun???

    Hari ni pulak lu kata RM5 JUTA diperuntukkan untuk halang lu punya perhimpunan GAS, amende lu ni???

    Lu nak ganti Accapan ke???

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  3. Mu Gila N kot, psl tuh laaa ada ckp belit2 cikit...

    AwangLuku

    ReplyDelete
  4. duit kohilal yang lesap kot.

    kah kah kah...

    ReplyDelete
  5. Kalau dah keling tu..keling jugak. UMNO dulu kini dan selamanya.

    -Mr.Puaka-

    ReplyDelete
  6. Anonymous | May 31, 2010 4:34 AM
    Kalau dah keling tu..keling jugak. UMNO dulu kini dan selamanya.

    -Mr.Puaka-


    helo deyyy...itu samy bukan org BN ke? apa pasal lu kutuk keling dia...lu takde setiakwan dlm bn ka..sah umngok dalang GAS

    ReplyDelete
  7. Mahathir bin Mohamad Iskandar Kutty...nama penuh dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan