Sunday

Suasana Bantahan Pekerja Terhadap GST


Bagi yang tidak dapat bersama - sama menghadiri perhimpunan sempena Hari Pekerja di ibu negara hari ini, di sini sedikit gambar-gambar dikongsikan untuk anda. Hari ini 1hb Mei 2010 sempena Hari pekerja seperti biasa satu perhimpunan aman telah diadakan.

Kali ini Pekerja membantah rancangan kerajaan untuk melaksanakan GST. Cadangan awal ialah untuk berkumpul di Dataran Merdeka, namun semua laluan ke Dataran Merdeka telah ditutup. Polis berkawal di merata-rata tempat menuju ke Dataran Merdeka.

Kumpulan ini akhirnya berkumpul di hadapan bangunan yang menempatkan pejabat Bar Council. Kehadiran polis tetap ramai.





"jangan percaya cakap mereka suruh mereka bersurai atau buat dalam dewan!" begitulah bunyi perbincangan pegawai polis dengan pegawainya yang lain.

Tapi tiba-tiba bunyi wisel lain pulak arahannya. "Semua diminta bersurai segera. Ini adalah perhimpunan haram, saya beri masa 5 minit untuk bersurai"

Ramai betul polis berpakaian preman bersedia menjalankan tugas mereka.


Orang ramai bergerak berjalan secara diam...
Namun Operasi Menangkap tetap bermula.

Terdengar jeritan SB..."tangkap, tangkap siapa saja yang bawa banner!!!!"
Bukan orang saja yang ditangkap, banner juga dirampas dan dibawa lari oleh SB ni...lawak betul dengan tali yang masih berjuraian....
Selamat dimasukkan di dalam truck polis dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.


Posted by: Ummu Asiah
Sumber: Muslimeen United

7 comments

kt mana aku bleh bc artikel psl GST??? aku x phm sgt lah... ape yg mnyebabkn cukai tu bleh mbebankn rkyat???

negara ni pun dah nak jadi huru hara mcm thailand dah.

@Jaei:

Google ada...berlambak2 maklumat kat luar nun~

Ade geng merah skg yer..

sape2 tolong post link youtube

GST tu cukai yg dikenakan untuk setiap barang n servis.. pastu tiap2 peringkat kene tax.. dari mula brg tu dtg sampai lah kpd peruncit.. kate 4%.. tapi bila sampai kat rakyat jadi 20% agaknye.. 4% tu mungkin yang mula2 tu jer..

GST ialah klon kepada Uniform Commercial Code > UCC (the most supreme law of the land) yg dipraktiskan oleh pentadbiran amerika dan COMMON LAW iaitu supreme law of the land yg digunakan oleh negara2 komanwel sebenarnya ialah utk mengawal sistem dlm negara2 tersebut. Samada anda semua sedar atau tidak kita semua dikawal selia oleh undang2 ciptaan penjajah british yg diketuai oleh Rothschild !!!

KEMBALIKAN HAK PEMERINTAHAN DAN HAK KEDAULATAN2 KEPADA SULTAN2 MELAYU YG DIRAMPAS OLEH PENJAJAH BRITISH MELALUI SISTEM REKAAN MEREKA !!!


EmoticonEmoticon