Ariel Peterporn serah diri kepada Polis

Akhirnya Vokalis rock Indonesia dari kumpulan Peterpan, atau nama sebenarnya Nazril Ariel hari ini telah menyerah diri kepada polis berhubung penyebaran dua video seks bertajuk ariel Peterporn membabitkannya dengan 2 artis wanita yang juga dikatakan teman wanitanya.

Vokalis utama kumpulan Peterpan itu dikaitkan dengan skandal "Peterporn” itu menjadi bualan ramai semenjak video klip seksnya bersama 2 artis wanita tersebar di laman sosial internet, sejak awal bulan ini.

“Ariel menyerah diri hari ini jam 3 pagi (waktu Indonesia) selepas polis menjadikannya suspek bagi penyebaran video yang menyalahi undang-undang antipornografi.

"Kalau dia tidak menyerah diri, kami tetap akan menahannya," kata jurucakap polis, Zainuri Lubis.

“Mengikut undang-undang Indonesia, polis mempunyai kuasa untuk menahannya sehingga tempoh 24 jam. Kami akan membuat keputusan seterusnya sama ada dia akan terus ditahan," katanya.

Video itu menunjukkan Ariel sedang mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, Luna Maya dan bekas teman wanita, Cut Tari dalam dua kejadian berlainan.

2 Comments

  1. Islam ke mamat ni? Boikot je sumer album lagu dll yang berkaitan ngan kumpulan tu dari pasaran Malaysia. Kalau dah yang kepala buat dosa maksiat, yang ekor 4-5 ekor tu mesti 2x5 je tu. Hampeh nyer mangkuk.

    ReplyDelete
  2. Ariel_Luna_Maya22 June 2010 at 23:00

    lepas ni nnti album PETERPORN yaa! NGETOP Sihh!!
    kah!kah!kah!kah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan