Wednesday

PRK Sibu Kerajaan belanja RM37.7 Juta


Sejumlah RM37.7 juta dana dibelanjakan pada pilihan raya kecil Sibu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

“Bagi pilihan raya kecil Sibu, kerajaan meluluskan 107 program atau rancangan yang bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan parlimen itu,” kata Najib.

Dana itu untuk dibelanjakan bagi infrastruktur fizikal, sumbangan dan bantuan tunai sertai program sosial.

Menurut carta yang dibekalkan oleh Najib sejumlah RM28.7 juta dibelanjakan bagi sumbangan dan bantuan tunai semata-mata.

“Kerajaan tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya di seluruh negara termasuk di Sibu,” katanya.

“Program dan projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil dirancang oleh kerajaan terlebih dahulu sebelum pilihan raya kecil tersebut diadakan sama seperti di kawasan parlimen dan dewan undangan ngeri (DUN) lain di seluruh negara.”

Najib menjawap soalan daripada Wong Ho Leng (DAP-Sibu), yang berjaya merampas kerusi Sibu daripada BN dengan majoriti tipis pada pilihan raya kecil 16 Mei lalu.

Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, Wong membidas kerajaan kerana gagal membekalkan senarai pecahan penuh berhubung bagaimana wang berkenaan disalurkan.

Katanya, 66 sumbangan kewangan amat dicurigai dan kerajaan sepatutnya memberi penjelasan terperinci.

“Kita tidak tahu apa 66 barangan ini. Adakah ia termasuk RM5 juta yang dijanjikan? Adakah ia termasuk RM18 juta yang diberikan kepada sekolah vernakular? Bagaimana pula wang untuk gereja?

“Ada yang disalurkan ke kategori 'fizikal' dan 'program'. Rakyat berhak tahu mengenai pecahan perbelanjaan itu,” katanya.

“Yang nyata, dana RM37 juta ini menunjukkan bahawa BN akan hanya berbelanja semasa pilihan raya kecil. Justeru, tidak menghairankan rakyat suka pilihan raya kecil.”

Najib sebelum ini dikecam selepas menjanjikan RM5 juta projek tebatan banjir kepada pengundi di Rajak Park dengan syarat BN memenangi pilihan raya itu.


CiLiK©

3 comments

terima kasih kpd pengundi2 sibu krn anda bijak & xmkn rasuah politik rm37.7juta dr bn tu..anda mbuktikan y anda lbh bijak dr pengundi hulu d semenanjung ni y memenangkan bn,malah lbh bijak dr pengundi2 felda y mentekedarah dgn wit rm5juta tu..tahniah buat anda

Orang asli dan orang pribumi sudah bijak dan boleh berfikir. Hanya orang yg mudah lupa yang asik ditipu 400 kali tetapi lupa juga.

Keperluan projek tebatan banjir bukan baru. Setiap kali pilihanraya sentiasa BN menang tetapi masih tidak ditebat banjir itu. Maka isu ini akan diulangi lagi seterusnya utk pilihanraya akan datang, banjir tetap berlaku.

Najib kata "U help me , i help u". Maka org sibu telah jawab dengan berkata "U dont really help us, we help u to step down".

kami mohon kepada kerajaan sedia ada atau pembangkang yang akan menguasai putrajaya..selepas ini setiap kali diadakan pilihanraya kecil..semua program pembangunan atau sumbangan kewangan dibekukan sehingga selepas pilihanraya,atau rasuah politik ini akan kekal membudaya di malaysia..menteri2 yang turun berkempen perlu turun atas kapasiti parti bukan jawatan kabinet..wujudkan peraturan anti rasuah politik,sprm n spr mesti bebas under kuasa agung bukan lg dlm kuasa kdn


EmoticonEmoticon