Saturday

Siapa padam rekod perjalanan Altantuya?





Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 8 Jun - Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.

Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan.

"Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hishammuddin tentang tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk memantau pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini.

"Hishamuddin menjawab bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab dalam memantau pergerakan berdasarkan aspek keselamatan dan ancaman kepada negara. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan itu sudah tentulah Jabatan Imigresen memerlukan satu pengkalan data bagi memastikan segala maklumat warga asing akan disimpan dengan baik, agar menyenangkan untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Pada masa yang sama saya inginkan penjelasan dari kementerian apakah bidang kuasa Jabatan Imigresen untuk memadamkan dan menghilangkan rekod perjalanan warga negara asing khususnya Altantuya.

"Sekiranya rekod ini dipadamkan siapakan yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

"Kita melihat tindakkan memadam rekod pergerakkan warga asing adalah satu jenayah yang besar dan perlu diambil serius. Perkara ini perlu diatasi bukannya membiarkan begitu sahaja," jelas beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Azmin juga merasa dukacita dengan tindakan Hishammuddin kerana cuba mengelak memberi jawapan kepada soalan beliau sehingga jawapan yang diberikan terdapat percanggahan.

"Saya dukacita dengan kenyataan yang diberikan oleh Hishammuddin terhadap soalan tersebut, beliau cuba untuk mengelak memberi jawapan. Saya dapat melihat dengan jelas beliau cuba mendapat isyarat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan berada di dalam Dewan.

"Kenapa perlu tunggu isyarat dari Najib dan apa kaitannya dengan Najib, bukankah itu adalah tanggungjawab Jabatan Imigresen yang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Reaksinya jelas tidak mahu memberi jawapan dan akhirnya beliau memberitahu jawapan telah diberikan sebelum ini.

"Bagi saya tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh kementerian terbabit berhubung rekod warga Mongolia yang telah dipadamkan itu. Tindakan kementerian yang cuba mengelakan dan membuat penafian ini jelas menimbulkan pertanyaan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kita perlukan jawapan yang jelas dari kementerian, beliau bukan selalu ada di Dewan jadi kesempatan inilah yang sepatut digunakan untuk memberi penjelasan bukan membuat penafian. Kita tahu kehadiran Altantuya di Malaysia tetapi kenapa rekod perjalannya memasuki Malaysia telah dipadamkan, kementerian perlu berani berhadapan dengan situasi sedemikian," tegas Azmin lagi.



CiLiK©: Agaknya Hantu Altantuya yang padam rekod perjalanan dia sendiri....

7 comments

salam bro.. sume oreng dah tahu dah sape yg padamkan, umngok ni kan terer dalam kerje2 camni, nak kate bongok dan memang pandai derang membongokan rakyat mesia nie, tunggu je la nanti, tak lame mane pun derang nie boleh bertahan dgn kuasa autoriti derang tu, rakyat mesia dah menyampah tengok muke bibir tebal nie, rase cam nak ludah je muka die nie, hilangkan bukti, adakan bukti yg takde, sume keroje umngok2 la, sape lagi, cam kes sial fool tu, bontot tak rabak tapi ada tusukan, kelakar dgn gelihati aku pikir2 lek, dr gaji bape sen sangat, mesti la nak beli rumah kureng 2 juta, baru selese sikit nak duduk, kah kah kah kah...

Semua tu skill yang dipelajari dari pada Yahudi..

UMNO dan APCO Berpisah tiada..
Tiada APCO tiada Serinya UMNO
Tiada UMNO kurang sikit dana APCO untuk Zionist

Semuanya blum muktamad....
Tapi, UMNO akan jadi pembangkang dlm PRK 13 nanti,
itu adalah MUKTAMAD.

bukti yg ada ditiadakan, bukti liwat yang tiada diada2kan...bukan kah jahanam namanya tu...

nak tanya.kalau anwar sabit kes liwat..sape yg kita nak lantik jd PM? Lim Guan Eng? Hadi Awang? Zaid Ibrahim? sape ar?

tp bini hishamuddin segak ooo, biaq la bibir tebal pon, korg ada???? tp kalu dia p bgtau hal btoi, mmg almtnya kn buang la pasni, x brmekap la bini nnt huhuhu

sape pulak padam rekod perjalanan hishamuddin ke mongolia ni?

ke laptop aku ni tpadam.??


EmoticonEmoticon