Union Port Boikot Kapal Israel Malaysia sebaliknya!




Selasa, 15/06/2010 – Sebagai menyahut seruan Sykt Pekerja Palestin dan kesatuan pekerja lain seluruh dunia, Kesatuan Pelabuhan Norway ( Union Port Norway ) memutuskan untuk bergabung dengan Sweden memboikot semua kapal Israel bermula pada 15 Jun. Para pekerja tidak akan memunggah atau mengangkat barangan daripada kapal Israel ke pelabuhan mereka. Keputusan telah dibuat sebaik sahaja mendapat reaksi spontan pekerja mereka dan separuh daripada rakyat Norway menyokong tindakan tersebut. Mereka akan memboikot selama dua minggu, Namun Sweden akan memboikot sehingga 24 Jun.

Syarikat Pekerja Palestin menyeru dunia Arab, serantau dan kesatuan pekerja antarabangsa untuk mengambil sikap serius terhadap tindakan ganas Israel dalam serangan ke atas konvoi Keamanan Flotilla yang mengorbankan puluhan nyawa. Selain itu, kesatuan pekerja di Afrika Selatan, yang merupakan sekutu Kongres Syarikat Pekerja Afrika Selatan (COSATU), menyahut seruan untuk memboikot Israel, tetapi masih tidak mengisytiharkannya.


Syarikat Pekerja di Palestin menyambut baik tindakan Norway, Sweden, Greece, England, Kanada dan Afrika Selatan dalam menolak dan mengecam serangan Israel terhadap Palestin dan para aktivis, dan menentang pengepungan Israel di Gaza.


Negara kafir sibuk boycott Israel, Malaysia pulak benarkan kapal Israel berlabuh! memang jahanam! rujuk link ini http://milosuam.blogspot.com/2010/06/lagi-bukti-kerajaan-hipokrit.html




CiLiK©: Negara kafir pun boycott Israel! Tapi negara kita yang perasan Islam sangat ni boleh benarkan kargo Israel berlabuh! Sepatutnya kalau negara kafir boycott kita sepuluh kali boycott! Begitulah juga halnya dengan judi! Najib yang mengaku Islam tukang luluskan, Lim Guan Eng yang terang-terang kafir pulak haramkan! Memang dah dekat sangat kiamat ni...

7 Comments

  1. SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA NABI2 SEBELUM MUHAMMAD ADALAH DARI GOLONGAN YAHUDI SEJAK ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN NEGARA LAGI...

    Sila cabar fakta dan sahutlah cabaran Aku wahai khalifah dan sheikh2 ketuanan serban PAS..??

    ReplyDelete
  2. ape punya bangang soalan ko tuh..
    xblaja mengaji ke @ xcukup mengaji..

    mmg ar semua nabi sebelum muhammad dari gologn yahudi dan ko jgn ar bengap sgt... Nabi muhammad saw diangkat jadi nabi oleh Allah swt bukan dari gologn yahudi mestilah bersebab bai...

    aku nak tanya ko ar..
    ko umat nabi muhammad ke @ umat kaum yahudi??
    klu umat nabi muhammad sila rujuk Al-quran dan tanya ustaz2..
    blajar mengaji lagi..
    Dalam al-quran Allah swt melaknat kaum yahudi nih mestilah bersebab.. sekian..

    -amri-

    ReplyDelete
  3. zaman nabi dulu golongan yg sokong abu jahal & the geng adalah golongan yg ada kepentingan politik & business dgn geng2 abu jahal ni.. so, samalah skrg, golongan yg sokong kejahilan & kebiadapan UMNO ni adalah mereka yg ada kepentingan dalam UMNO.. so, bagi mereka semua yg UMNO GOK buat betul belaka.. walaupun UMNO bersengkokol dgn ISRAEL.. semoga UMNO dilaknati ALLAH.. AMEN!!!

    -bekas UMNO-

    ReplyDelete
  4. better ambil dari sumber sebenar..
    http://imemc.org/article/58917

    aku ada baca artikel dari sweden..depa punya port authority dan kerajaan takde nak ban kapal2 israel..tp kesatuan pekerja je yg membantah. perkara ni sama juga dengan kesatuan pekerja negara kita.depa bepiket, bantah takmo layan kapal tu..

    kat south africa, port authority derang just tukar pekerja yg membantah(ahli2 union) dengan pekerja bukan union.so, depa masih menerima kapal2 israel.jadik pekara ni pun bole jadi kat negara2 lain tu..

    pada aku takde beza pun dengan negara kita.union bantah, kerajaan sonyap...korang carik la artikel kat negara2 tebabit.lagi bagus dari pecaya berita dari satu sumber ni.btw, aku tak sokong kapal2 ni belaboh.

    btw, milo suam tu memang sedap..milo product dari nestle..tp, bukan ke nestle adalah company yg menyokong kuat israel..
    http://www.israelvalley.com/news/2006/07/10/3021/nestle-israel-nestle-has-continued-to-gradually-increase-its-holdings-nestle-no-intention-of-capitulating-to-the-arab-boycott
    (artikel lama..tp still releven)

    aku rasa tuan punya blog takmo letak bendera israel dalam blog ni ke???hehe..

    ReplyDelete
  5. Ada seorg bekas pemimpin yang nak jadi mcm kamal attaturk laknat dgn membuka ruang kepada israel masuk negara ini. Malah dikatakan memang dia berpangkat tinggi dalam freemason setaraf kamal laknat tu. Dia tu byk menghina islam dan menganiaya pemimpin seperti Anwar dan dari PAS. Mengambil islam hanya nilai2 yg menguntungkan saja, membuang nilai2 tidak komersial.

    org melayu dan islam hancur semasa dia berkuasa. Melayu islam diperlekeh dan dipecah belahkan malah dianggap mudah lupa. Banyak kepentingan islam dan melayu dijahanamkannya. Perniagaan arqam dihancurkan atas alasan karut. Almaunah dibunuh demi menjaga hati amerika.

    Pintu kepada israel dibuka dalam diam bermula dgn kemasukan pasukan kriket. Kini pandai berlakun kunuuunnnya membela rakyat Palestin. Konon menentang kezaliman amerika terhadap tahanan Guantanamo tetapi dialah dalang kezaliman terhadap Anwar dalam penjara guantanamo Sg. Buloh.

    Siapakah dia kalau bukan Raja Fitnah Liwat Negara yang masih mahu berkuasa setelah berjanji untuk beribadat selepas pencen. Dialah yang keluar parti kerana bencikan penggantinya dan masuk balik parti selepas penggantinya pencen.

    Apakah dia memang telah dilatih untuk semua ini dari mula dia belajar di singapura dulu? Satu2nya melayu(tidak tulin) yang berjaya mendapat tempat di universiti singapura, sudah tentulah dididik oleh yahudi utk merosakkan melayu islam dizaman pemerintahannya.

    Siapakah dia? Cuba teka. Pemenang akan menerima hadiah lawatan percuma ke Mongolia.

    ReplyDelete
  6. kiamat hampir tiba..beringat2lah wahai hamba2 yang lemah..dunia dah kucar kacir..islam dicabar..dajjal sudah hampir..

    ReplyDelete
  7. Ni sume keje APCO bebal baghal 2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan