Mike Tyson tunaikan Umrah




RIYADH: Bekas juara tinju Mike Tyson yang memeluk Islam ketika berada di penjara sekitar 1990-an dilaporkan menziarahi kota suci Makkah dan Madinah untuk ibadat umrah.

Tyson yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan ibadah itu.


Beliau dijangka menziarah Makkah selepas melawat bandar suci Madinah dan bercadang melawat beberapa bandar Saudi lain.

Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas petinju yang pernah menggigit telinga lawannya dan dipenjara atas kesalahan merogol seorang pragawati mengakui dia amat takut kepada Allah. “Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,” katanya dalam satu sidang akhbar. - Agensi

Sila klik gambar berikut untuk paparan yang lebih jelas wajah bekas juara tinju tersebut berkopiah putih.





4 Comments

  1. camne ngan tatu dia? dh buang?

    ReplyDelete
  2. camane laks dengan umno wakakaka

    ReplyDelete
  3. Tattoo tu lekat di badan dia sebelum dia masuk islam..??

    Tapi Dasar perjuangan Assobiyah dan sekular UMNO tu lekat di hati dan jiwa umat melayu setelah mereka islam..

    So fikir-fikirkanlah..
    cermin diri dahulu sebelum nak mempertikaikan orang lain..

    ReplyDelete
  4. Maaf kerana saya ingin menyatakan isu kenaikan harga barangan (BN)kerana ia lebih relevan daripada cerita Mike Tyson.

    Tahniah kepada penyokong UMNO yang miskin kerana telah didahulukan dalam menyelamat RM750J hasil kenaikan harga barangan. Ini baru pakej pertama. Akan ada lagi selepas ini secara berperingkat2.

    Dibodohkan kita dgn mengatakan duit itu utk tujuan perubatan dan pelajaran. Sedangkan sudah sekian lama kedua2 perkara itu tidak lagi percuma. Semua telah berbayar. mengapa tidak dinaikkan saja caj utk kedua2 perkara tersebut kerana bukan semua org terlibat. Org sakit terpaksala bayar lebih. Yg belajar terpaksala bayar lebih. Mengapa semua rakyat kena tanggung? Begitulah tidak bertangungjawabnya kerajaan BN.

    Mengapa mengikis sedikit hak rakyat sedangkan ketirisan RM28B setiap tahun tidak diberi perhatian? Berapa sangat RM750J dibanding dgn RM28B.

    Memang sah lah bahawa rakyat didahulukan dalam menanggung kesusahan. Apa guna data2 ekonomi yang dikatakan berkembang sana sini? Apa guna menyiarkan keuntungan syarikat2 gergasi dalam negara ini? Apa faedah smeua tu kepada rakyat? Rakyat tak kenyang dengan sebb data2 mengarut tu. Rakyat hanya perlu sedikit kehidupan selesa dalam keperluan asas mereka yang dinaikkan harga sentiasa.Itu pun BN tak boleh nak bagi. So layakkah mereka diberi undi? Tak layak.

    Hanya lembu berkaki dua sahaja yg masih menyokong BN. Kita tinggalkan org2 berkepentingan yg hidup bergantung kepada politik tak bermaruah ukt meraih kebendaan utk diri sendiri. Kita tinggalkan katak2 lompat yang kononnya meninggalkan PR kerana berpegang kepada prinsip munafik mereka.

    Cuba tanya adakah semua ahli umno merasai sama semua itu? Bukankah terlalu ramai ahli umno dan penyokong BN yang disogok dgn prinsip perjuangan yg munafik, semangat kemelayuan yang kosong sedangkan pemimpin mereka meratah semua kekayaan untuk diri sendiri. Amatlah malang dan bodoh golongan ini.

    Apakah mereka masih hanya hendak mengenal Allah dengan sifat Pengasih dan Penyayangnya sahaja? Apakah mereka lupa yg mereka akan terlibat dengan dan bakal menerima akibat daripada sifat Maha Penyiksa Tuhan kerana kebodohan mereka?

    Tahniah sekali lagi kepada penyokong BN. Semuga anda berbahagia dgn kesusahan kehidupan hasil perjuagan pemimpin kamu yang dangkal memerintah negara. Sombong tidak mahu mengdengar kebenaran. Buat fitnah hari2 kepada lawan mereka. Meniupkan api perkauman sedang merekalah jaguh menjual negara.

    Otak lembu pun sedap dibuat masak lemah cili api. Otak penyokong umngok satu sen pun takde manafaat. Wasalam

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan