Be End perasan bagus!




Setelah sekian hampir kita kepada pilihanraya seterusnya, adakah manifesto Be End pada pilihanraya yang lalu telah berjaya dilaksanakan? Atau sekadar janji kosong? mari kita nilai


Ekonomi

- Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu (
GAGAL! - kenaikan terbaru 5 harga barang asas telah menyebabkan rakyat semakin tersepit. harga barang semakin meningkat. kos-kos pengangkutan juga meningkat.)
- Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa
5 tahun (Masih dalam proses)
- Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa
5 tahun (Masih dalam proses)
- Mengurangkan lagi defisit fiskal negara (
GAGAL! - defisit fiskal negara sekarang ialah 7.4% - satu unjuran yang sangat teruk)
- Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi (
GAGAL! - Pelan pembangunan 5 koridor ini adalah satu pembaziran bilion ringgit. Akhirnya Najib membatalkan pelan ini, dan menukarkanya dengan Model Ekonomi Baru - MEB)

Keselamatan

- Mengurangkan indeks jenayah negara (GAGAL!
- jenayah semakin meningkat - kes buang bayi, kes bunuh, kes tembak, kes jenayah ragut, kes sumbang mahram, kes khalwat, kes zina remaja dan lain-lain)
- Menangani isu pendatang asing tanpa izin (
GAGAL! - masalah PATI tidak pernah selesai. Method yang sedia ada perlu ditukar kerana terbukti gagal)
- Menambah 60,000 anggota polis
menjelang 2011 dan membina 150 balai (Masih dalam proses)
- Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam (
GAGAL! - masalah buli, pukul pelajar masih berlaku di sekolah, masih berlaku penculikan kanak-kanak di taman-taman, masih berlaku pembunuhan dan rompakan di tempat awam)

Urus tadbir kerajaan

- Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih (
GAGAL! - ini terbukti menipu. Rasuah dalam UMNO tidak pernah berkurang dan masih lagi berleluasa)
- Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) (
GAGAL! - ini pun bohong. Penguatkuasaan BPR @ SPRM hanya terpilih sahaja. Bahkan, tiada pemantaun yang terperinci dibuat)
- Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa (
GAGAL! - walaupun ia pernah dibentangkan di Parlimen pada tahun 2007, namun ia masih tidak dilaksanakan sehingga ke hari ini)

Pendidikan

- Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan, (
BERJAYA! - pusat-pusat latihan KPLI dan DPLI bertambah)
- Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil (
GAGAL! - pelan penambahan subjek Mandarin dan Tamil masih lagi tidak dilaksanakan sepenuhnya)
- Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK) (
BERJAYA! - buktinya, Najib beri RM10 juta untuk 60 sekolah jenis kebangsaan, RM5 juta untuk lima sekolah menengah persendirian Cina, RM2 juta untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart dan RM1 juta untuk Sekolah Kebangsaan St.Mary)
- Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum (
GAGAL! - Peruntukan biasiswa masih kekal tanpa sebarang perubahan dan peningkatan)

Pembangunan

- Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010 (
GAGAL! - kadar kemiskinan hanya menurun sebanyak 1.7% sahaja menjelang 2010)
- Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli (
BERJAYA! - Projek-projek perumahan rakyat telah dipertingkatkan)
- Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu (
GAGAL! - Akses ini hanya wujud di bandar dan perkampungan yang dekat di bandar. Namun, untuk mereka yang berada di luar bandar, perkhidmatan kesihatan masih lagi jauh ketinggalan walaupun sudah sekian lama)
- Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas (
GAGAL! - Pengangkutan Awam terutamanya LRT dan KOMUTER TIDAK MEMUASKAN!)
- Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar (
BERJAYA! - proses pemasangan jalur lebar makin giat dilakukan oleh pihak TM)
- Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru (
GAGAL! - Pelan ini tidak pernah dilaksanakan sehingga ke hari ini)
- Pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” bagi penduduk negeri itu (
GAGAL! - BN kalah di Kelantan)

Perkhidmatan awam

- Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan (
BERJAYA! - sebenarnya boleh dikatakan agak berjaya. MY-EG bermula dengan perlahan, dan penggunaan adalah efektif pada hari ini)
- Cepatkan pengeluaran lesen dan permit (
BERJAYA! - cuma bila pihak pembangkang apply permit, susah dapat sket..)
- Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam (
GAGAL! - 80% jabatan awam mengambil masa kurang 3 bulan untuk bertindak)

Agama

- Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari (
GAGAL! - Orang Islam dan bukan Islam makin tak faham Islam kerana UMNO banyak keluarkan fatwa baru yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam sebenar)
- Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah (
BERJAYA! - Program J-QAF memang sudah dipertingkat dan diperbanyakkan)
- Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama (
GAGAL! - UMNO tidak pernah mengadakan sebarang dialog isu-isu antara agama. contohnya isu Nama Allah. tiada sebarang usaha UMNO untuk berdialog, memberi fahaman kepada rakyat. rakyat kekal jahil dengan fahaman yang salah)




CiLiK©: Cuba tengok analisis di atas, banyak warna biru atau warna merah? Korang kena temberang je dengan pemimpin Be End, cakap je lebih janji tinggal janji dah tu puji diri sendiri konon Be End sahajalah yang pandai memerintah... hak ptuih!!

9 Comments

  1. Kamen Rider Black~13 September 2010 at 20:07

    Byk x tercapai dr yg tercapai...byk sgt...GAGAL!!!

    ReplyDelete
  2. bagus bro.. ada dah terniat dihati nak buat tapi tak cukup maklumat... aku dah berbulu dah dengar komen bodoh barisan neraka yg perasan bagus... hahahaha.. lepas ni aku nak bagi telinga depa berbulu.. wakakaka...

    ReplyDelete
  3. analisis yg cukup baik dari MiloSuam, kerana semua diatas memang sudah terbukti...tetapi, andaikata diletakkan sekali link atau apa2 saja bagi menyokong setiap analisis diatas, pada saya lagi baik...sekadar pandangan saja ...SELAMAT HARI RAYA....maaf zahir batin~

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya semua perancangan yg disenaraikan di atas dari zaman Pak Lah....sepatutnya analisis ini dilakukan pada era Pak Lah dan bukannya pada era Najib. Tidak dinafikan pada era Pak Lah merupakan "zaman kegelapan" bagi Malaysia, tiada siapa yg menjangkakan demikian, anehnya di sebalik kelemahan Pak Lah sepanjang pemerintahannya itu, jarang sekali tentangan atau kritikan dibuat ke atas beliau sepertimana yg dilakukan oleh PR ke atas pimpinan yang lain sebelum ini. Maksudnya di sini, kelemahan beliau adalah keuntungan kepada PR dan semakin lama Pak Lah memerintah, bermakna lebih keberuntungan kepada PR.Apa apa pun, ini adalah kisah lalu...Tapi kita kena lihat apa pula strategi Najib, kerana ini adalah era Najib. Era Najib lebih sukar kerana beliau terpaksa menanggung kesilapan-kesilapan pada era Pak Lah seperti yg telah dihightlight di atas tadi. -Anak Merdeka-

    ReplyDelete
  5. tido2 paklah pon mase die perintah, defisit fiskal negara cuma pada tahap -3%..tahap paling buruk yg "dibenarkan" kalo sape2 blaja ekonomi phm la..tp zaman najib yg konon pndai sgt ni makin melingkup ekonomi Malaysia ni..

    ReplyDelete
  6. So wat? kalo dak2 pakatan rakyat pegang pown same je,,, ada die cakap pasal nak hilangkan terus masalah2 tu? keselamatan, die kate nak meningkatkan, kome tulis masih berlaku, making kurang ke banyak? pikir la sikit... sme je,,, politik malaysia ni memang dah teruk, yang sne buruk memburukkan yang sini yng sini buruk memburukan yang sne.. mane pegi poltik islam yang yang kita kononnya ingin mencontohi Rasulullah dlu? pigidah...

    ReplyDelete
  7. marila same2 kite mendoakan nasib pak najib tidak same dgn nasib yg diterime mustafa kamal attartuk dimane jasadnye tidak diterime bumi lepas meninggal dunia. mustapa kamal dikatekan x diterime bumi sbb dilaknat lepas berjaye mencipte agame baru iaitu islam sekular.

    ak sendiri x paham knp org2 B.N berie-rie nk sebarkan islam sekular nih sdgkan satu dunia tahu org yg cipte agame Islam sekular nih dilaknat Allah sampai mayat x buleh nk tanam.

    pikir2 lah sape nabi dan ajaran islam yg sebenar...
    ajaran muhamad SAW atau ajaran mustapa kamal tuh

    ReplyDelete
  8. awat ada iklan Tiger Beer kat sini? Tolong jangan iklankan benda haram kat sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan