Kaum Iban pula dikencing hidup-hidup



Bijak memang bijak si Firaun Sarawak sekor ni. Mentang-mentang orang iban ramai tak sekolah, kurang berpendidikan, suka suki ko je ye nak kencing diorang? Dah puas si firaun ni jahanamkan khazanah orang Sarawak satu persatu hak rakyat Sarawak dirompak! Kali ni dia nak cuba rompak balak pulak.

Sebuah firma yang dikaitkan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud cuba membayar 'pampasan' RM4,000 - bagi mendapatkan keuntungan membalak yang bernilai lebih RM230 juta.

Tanah berukuran 3,305 hektar itu membabitkan 16 perkampungan Iban di di Kampung Ensika di mana penduduknya sejak beberapa generasi telah bercucuk tanam, menghuni, dan memburu. Mereka mendakwa tanah berkenaan telah digazetkan sebagai tanah hak warisan pribumi (native customary rights - NCR) sejak 1956.

Menurut Sarawak Report, kawasan yang terancam itu adalah kawasan berbukit bakau berhampiran Sebangan yang tidak dimasukkan sebagai kawasan 'pembangunan' kerana kedudukannya yang tinggi berbanding kawasan sekitar yang telah ditebang.

Bagaimanapun portal berita berkenaan melaporkan tanah tersebut kini 'diintai' oleh Quality Concrete Holdings Bhd memandangkan hutan itu mempunyai kayu yang keras dan mempunyai harga pasaran yang tinggi.


Quality Concrete didakwa dimiliki sebahagiannya dan diarah oleh adik Taib - Raziah.

"Raziah adalah pemegang saham dan pengarah bukan eksekutif yang dibayar oleh Quality Concrete Holdings, sebuah syarikat awam yang dimiliki oleh keluarga Tiang Ming Sing dan Tiang Ming Kok (masing-masing pengerusi dan pengarah urusan).

"Justeru beliau mendapat manfaat secara langsung daripada hubungannya dengan ketua menteri yang bertanggung-jawab.”


ReJaM©: Tikus sebelum mati akan mengeluarkan kentut yang paling busuk!

6 Comments

  1. Dah lama sangat dah..
    Dah banyak kekayaan yang ditimbunkan..
    Dah lama dayak2 kena kencing..
    Tapi masih mengaku masih boleh mentadbir
    Sarawak...
    Memang muka penyamun tidak tahu malu...
    Sikap rakus tidak pernah reda walau usia semakin renta..

    Agi idup agi itu kamuk menyamun hartak rakyat...

    Sehinggalah israil datang menjemput kamu untuk mengadap
    Yang Maha Kaya...untuk mengaudit semula hasil samunan kamu di dunia ini...Hidup sudah dihujung usia, mati boleh dtg tiba2.

    ReplyDelete
  2. selamba ajak ko madah orang iban sik sekolah..
    aku pun sik suka taib mahmud,tapi aku sik suka juak cara ko nulis blog.
    macam ne ko tauk orang iban banyak yang sik sekolah?
    pernah datang sarawak?pernah diam di sarawak berapa lamak?
    lain kali mun nulis,cari fakta.
    jangan selamba jak madah orang sik sekolah.

    ReplyDelete
  3. Dearest Blogger ,

    May I suggest that you don't used the phrase "tak sekolah" to describe the ibanese tribe..? It sounds rather racist.. Although I know you didn't mean it that way.. I'm a sarawakian and I find it a bit disturbing that you choose "ramai org iban x bersekolah dan kurang berpendidikan" to make your point..

    Really appreciate it if you could make an amendment.. :-) Thank you..

    ReplyDelete
  4. hey..ramai orang iban yang tak bersekolah kerana kesempitan hidup..itu fakta...dan ramai juga iban yang bersekolah...itu juga fakta...so, kenapa nak nafikan ada iban yang tak bersekolah...kalau u duduk kt bandar, of coz la u tgk byk iban yang bersekolah..tgk la kawasan-kawasan kampung...mmg ada yang tak bersekolah..tak payah nak malu...itu mmg hakikat

    ReplyDelete
  5. betolla..janganla cakap org sarawak gitu.aku pnah dok sarawak.jgnla stretaip bro mio.Sian diorg.Org iban dgn asli da maju sbannrye,walopun x ramai yg dpt smbung ipt,tp ade jugakla.Bangsa diorg ni,bangsa pejuang,jgn bgkitkan kmarahan diorg.jgn cabar diorg,gaduh,parang dgn pedang je diorg kuar.Nak ajak diorg brsatu padu,tadahal,jgn nk ajak diorg bgaduh/provoke diorg.Tp mmg betul ape yg milo cakap,menteri da banyk sangat merompak,orang iban,dusun,peribumi sarawak,ada potensi sbb diorg cintakan negeri diorg.Aku baharap, org iban dapat gnti taib mahmud nieh haha

    ReplyDelete
  6. Bukan maksud ayat itu untuk menghina orang Iban...ada tanda soal dihujungnya. Ianya macam ayat sindiran sinis bagi Taib. Bukan tidak bersekolah atau kurang pendidikan tapi orang-orang Iban di Sarawak sudah semakin naik pencapaian mereka dalam pendidikan. Ada sudah menjadi jurutera,doktor,pensyarah dan dsb. Maksud ayat itu, Taib menganggap mereka boleh diperbodohkan seolah2 mereka tidak tahu apa2...

    Nemiak Kuching, Sarawak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan