Kronologi misteri kehilangan Sosilawati




Berikut catatan kronologi Misteri kehilangan Sosilawati


30 Ogos - Pemilik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang bersama tiga lelaki iaitu pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, semasa berada di Banting Selangor untuk urusan pembelian tanah.


2 September - Keluarga Sosilawati dan Noorhisham masing-masing membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi.

5 September - Polis mengklasifikasikan kes sebagai kes orang hilang kerana keluarganya tidak menerima sebarang panggilan dari mana-mana pihak bagi menuntut wang tebusan.
- Polis memanggil tiga individu berikut untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes ini, mereka adalah anak Sosilawati dan isteri kepada dua mangsa lain.
- Salah seorang anak jutawan itu ada menerima SMS daripada ibu mereka, namun sukar difahami. Hasil dari maklumat itu, Polis menyerbu sebuah rumah di jalan Duta, namun gagal menemui mangsa.

6 September - Polis meneliti kesemua panggilan telefon Sosilawati dan juga tiga mangsa lain bersamanya.
- Kereta milik Sosilawati ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1, manakala kereta milik peguamnya ditemui di sebuah kawasan perumahan di hadapanDorsett Hotel Subang Jaya.
- Polis Kuala Lumpur mengambil keterangan suami Sosilawati di Ibu pejabat Polis daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 3 petang.

7 September - Polis yakin akan menemui keempat-empat mereka berdsarkan maklumat yang telah diperolehi. Tiada sebarang tanda-tanda yang mencurigakan pada kereta jutawan kosmetik itu yang ditemui semalam.
-Polis juga mencari peguam yang dipercayai ingin berjumpa Sosilawati berhubung dengan urusan kontrak penjualan hartanah.
- Akhbar melaporkan Sosilawati dilihat kali terakhir sedang membeli kerepek di Kg Sg Lang, Banting bersama seorang lelaki untuk diberikan kepada kakitangannya pada 2 September lalu.

9 September - Sumber yang rapat dengan Sosilawati mengatakan seorang peguam dipercayai merupakan individu yang dikehendaki dalam kes kehilangan mereka.


10 Sept - Polis membuat tangkapan terhadap 5 individu dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

11 Sept - Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya ditahan.
-11.30pm:Berita penemuan mayat dipercayai milik Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang lagi di Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib, Selangor tersebar.

12 Sept - 12.30am: Pihak media mula berkumpul di laluan masuk lokasi penemuan mayat.
-3.00am: Polis terus mengawal lokasi penemuan mayat.
-8.00am: Penduduk kampung mula memenuhi laluan masuk Ladang Gadong.
-9.10am: Kelihatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa memasuki lokasi dan meninggalkannya kira2 10 minit kemudian.
-12.10pm: Sepasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia Malaysia kelihatan memasuki kaasan lokasi penemuan mayat.
-2.00pm: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan Sosilawati bersama 3 lelaki yang dilaporkan hilang bersamanya mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Polis juga turut menahan seoarang lagi individu.
- Kesemua suspek yang di tahan berusia antara 19-41 tahun membabitkan 8 orang termasuk 2 wanita.

Sumber dipetik dari Sinar Harian

1 Comments

  1. apa motif dia actually? x kan pasal duit je kot. 4 juta share 8 orang apa la sangat.. nak beli BMW 5 series pon x lepas. Tup tap tup tap masuk penjara. Kalau bernasib baik, dapat tiket ke tali gantung. apa da. dah jadi lawyer tu xkan x cukup sangat kot duit tu. Manusia manusia,

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan