Peguam bangang bakar Quran dan Bible


Kalau sebelum ni kita dah saksikan bagaimana seorang paderi gila Terry Jones yang mengajak para penganut kristian seluruh dunia untuk membakar Al-Quran bersempena dengan memperingati peristiwa 11 September, namun tindakan itu telah dibatalkan. Kali ini seorang peguam bangang dari Australia pula menunjukkan kebanganggannya dengan merakam perbuatan biadapnya terhadap Al-Quran di dalam laman web Youtube.

SYDNEY - Seorang peguam di Australia bertindak biadab dengan mengoyakkan halaman kitab al-Quran dan Injil, serta merakam perbuatan terkutuk itu untuk disiarkan di laman YouTube.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa yang masih belum pulih daripada rancangan paderi dari Florida, Amerika Syarikat, Terry Jones yang menyarankan pembakaran al-Quran pada 11 September lalu sebagai memperingati tragedi 9/11 dan bantahan terhadap pembinaan sebuah masjid berhampiran tapak bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York.

Peguam berkenaan, Alex Stewart yang mengisytiharkan dirinya tidak mempercayai kewujudan Tuhan bertindak biadab mengoyak halaman al-Quran dan Injil, lalu membakarnya serta dirakam dalam klip video sepanjang 12 minit.

Stewart yang ternyata tidak menghormati agama-agama lain membuat kenyataan dalam rakaman di YouTube bahawa dia mahu menguji kitab mana yang terbakar dengan lebih baik.

Klip video itu sudah dibuang oleh pengendali YouTube setelah mendapat bantahan masyarakat pelbagai agama di seluruh dunia sejak ia mula disiarkan di laman berkenaan, Sabtu lalu.

Presiden Persekutuan Islam Australia, Sheik Muhammad Wahid melahirkan rasa kecewa atas tindakan seorang terpelajar yang tidak tahu menghormati sensitiviti penganut agama Islam.

"Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Perbuatan peguam itu boleh mewujudkan ketegangan dan menggugat perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai etnik, budaya dan agama di Australia," katanya.


1 Comments

  1. Tak hairan la kalau mangkok ayun kat atas ni nak bakar Quran sebab die memang bukan Islam maknenye die memang xde hidayah. Tapi yang hairan dan jijiknyer apabila org Islam lebih2 lagi pemimpin Islam sendiri yang menolak,menghina dan membakulsampahkan ajaran2 Al-Quran walaupun hidup dalam 'negara Islam'-kononnyer

    Kalau sipeguam kat atas ni bakar Quran pun,dosa tu die tanggung sendiri dan mungkin kesannya tak seberapa.Tapi kalau pemimpin yang tak menegakkan hukum Allah walaupun die x bakar Quran,tapi kesannya pada seluruh negara dan masyarakat.Jadi x hairanlah bile kes2 jenayah makin meningkat setiap tahun,rasuah pulak makin berleluasa,kes buang bayi x payah cakapla dah bersepah dah,inikan pulak kes2 maksiat..

    Ya Allah,Kau selamatkanlah kami semua daripada semua masalah yang sedang melanda umatmu ini,tunjukkankan dan pimpinlah kami ke jalan keluar, dan tegakkankanlah kembali Daulah Khilafah agar umat Islam kembali menguasai dunia,Ya Rahman Ya Rahim Ya Fatah...
    Renung2kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan