Friday

UMNGOK Juara Fitnah




Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukan Imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan. Tindakan cybertrooper Umno yang mengunakan nama “PAS Beruk” mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guang Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline “Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??” adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah. Demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP-Serdang-Teo Nie Ching beri ‘tazkirah’ dalam surau. Ucapan aluan sengaja ditukar kepada ‘tazkirah’ bagi mencetuskan polemik awam.
Dua hari lepas Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga manta Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat. DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat. Semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno. Semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno. Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun.


Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

5 comments

tahukah apa sifat munafik? kuat berdusta, suka berbalah, mungkir janji....dan sifat luaran munafik ialah nampak seperti islam. dan semasa maulidur rasul merekalah yang paling marah kalau dihalang utk berarak. tapi jangan sesekali cuba menegakkan ajaran rasul saw. merekalah juga yang akan kedepan menentangnya.

semua sifat tu ada pada umngok. pada umngok berdusta dan fitnah ini macam kencing je. tidak ada salahnya. semuanya halal. apa saja yang zionis israel, freemason dan illuminati buat maka anak didik mereka pun akan buat. melalui APCO pebagai penipuan dan fitnah boleh dibuat.

Bagi mereka Tuhan itu tidak kisah apa mereka buat. saifool bersumpah pun mereka lihat tiada apa2 berlaku. Kalau nk kata saifool benar, Anwar juga tidak ada apa2 berlaku.

kerana itu jiwa mereka semakin jauh dari takutkan Allah. semakin hitam dan semakin dihasut syaitan utk mereka membuang masa dan tenaga utk menyebarkan fitnah demi fitnah kepada PR. Semakin Tuhan berdiam diri semakin mereka menjadi jahat sehingga satu masa nanti mereka akan dihukum...insyaallah...

Lim Guan Eng memang menjadi sasaran utama kerana cenderung kepada islam. kalaulah beliau mengucap satu hari nanti, ia akan memberi pukulan kepada bukan saja umgnok tetapi musuh2 islam yang lain seperti zionis dan APCO. Sepertimana mereka sangat takut kepada Micheal Jackson yang bakal mengiystihar keislamannya(insyaallah) maka dia perlu dihapuskan.

Dan umgnok menjadi alat kepada zionis atas alasan Lim Guan Eng sorang cina yang akan tetapi berfahaman chauvanist cina. Umngok cuba menghidup api perkauman dgn menggunakan ikon Lim Guan Eng.

Munafik sungguh umno, bukankah PPinang telah lama diperintah oleh Gerakan yg juga cina. Tiba2 umngok PPinang tidak suka kepada cina memerintah malah menjadi tersangat warak sehingga org tua renta umngok memulangkan semula duit RM100 hasil judi kononnya.

Cuba bagi RM1J duit hasil judi, mampus ketua umngok botak PPinang nak hasut mereka campak duit tu depan camera. Takan berjaya punya. Sorrylah..

Kita lihat setakat mana waraknya umgnok2 PPinang ini. Jangan pula selepas beebrapa lama mereka lupa, jgn sampai kantoi kerana didapati melakukan judi dan arak pula. Sebba ciri2 munafik ni lain dimulut lain dihati lain diperbuatan. Ikut keadaaaaaannn...kata Hamid Othman sikit masa dulu.

Kalau Allah nk kembalikan fitnah kamu, Dia boleh buat dan insyallah akan berlaku...amiiinn

saya baru melawat ke pulau pinang.kehidupan disana sgt mewah.bayk pub2,disco2,rumah2 urut.sedih melihat keadaan itu,bagaikan cendawan tubuh selepas hujan.hasil daripada semua ini la cukai tuk pulau pinang.
kesian org melayu pulau pinang idup miskin dan tidak dapat seperti org cina di pulau pinang.adakah tiada pelan pembangunan untuk org melayu disana.lihat la dan datag la ke pulau pinang.

cian melayu PP sebb selama sokong bn, jadi merempat.

umno pelaq... fitnah kuat...... mcm ank hram

Tahu takpa... memang lama dah tahu sebab tu aku tak masuk apa2 parti supaya boleh lihat dengan sebenarnya tanpa berat kepada mana2 parti ///


EmoticonEmoticon