Ahli Parlimen Resah dirompak pagi tadi

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dikejutkan awal pagi ini oleh lima perompak yang bersenjatakan parang di rumahnya di Seremban. Beliau dan dua ibubapanya yang uzur kemudiannya diikat.

NONELoke yang dihubungi Malaysiakini berkata, kejadian 4 pagi tadi itu berlaku apabila perompak berkenaan memotong mangga pintu depan.

“Mereka masuk dan ke bilik sya dan menghidupkan suis lampu. Mereka kemudiannya dengan terus mengikat saya. Ibu bapa saya yang berusia dalam lingkungan 70an yang sedang tidur di bilik bersebelahan juga dikejutkan dan perompak mengarahkan mereka ke bilik saya.

“Mereka menghabiskan kira-kira 30 minit untuk gelidah rumah saya,” katanya.

Menurut ahli parlimen DAP itu, perompak berjaya melarikkan RM3,000 wang tunai, televisyen, komputer peribadinya, blackberry dan beberapa botol arak.

Loke berkata kerugian ditaksirkan berjumlah hampir RM10,000.

1 Comments

  1. Tidak salah kalau org luar kata malaysia memang tidak selamat kerana jenayah tidak terkawal. Salah satu sebab ialah kes hanya akan dibereskan apabila melibatkan org ternama.

    Bukan dlm aspek ekonomi saja rakyat rasa terpinggir malah dalam usaha melindungi mereka dari jenayah juga rakyat rasa terpinggir.

    Tidak selamatnya rakyat, terhimpitnya kehidupan rakyat adalah tanda2 bala yg datang secara sedikit demi sedikit. Ada sesuatu yang menyebabkan berlakunya ancaman bala kepada kehidupan rakyat ini. Pemerintah seharusnya merujuk kepada ulamak. Kalau rahsia kerajaan boleh diserah kepada APCO dgn kos berpuluh juta ringgit untuk diurus, mengapa dalam menangani perkara seperti ini tidak mahu dirujuk kepada para ulamak yang tidak meminta wang ringgit pun?

    Anyway kita dh tahulah jawapannya , saja tanya umno.

    ISU AZMIN 'MENGHINA' DR. MAHATHIR

    Amatlah marahnya org umno konon Azmin sgt celupar dan tidak hormat kepada bekas PM itu kerana mengatakan Dr. M tersungkur di Australia.

    Dulu Dr.M perli Dr Harun Din konon menipu dgn air jampi tetapi bedah jantung di Australia juga. Roda sudah pusing daaa...sikalang itu olang sudah kena maaa...

    Azmin sebenarnya sangat lemah lembut dgn Dr. M jika diimbas kembali jenayah yg Dr. M buat terhadap Azmin. Org umno memang melayu mudah lupa tetapi melayu PR tidak akan lupa. Maka disini hamba mengambil kesempatan mengingatkan kembali org umno akan sejarah tersebut.

    Mahathir lah org yang telah mengaibkan Anwar dgn fitnah liwat selama sedekad hingga kini. Setiap yg mempercayai fitnah itu adalah saham utk Mahathir diakhirat nanti. Kaya ooo Mahathir di akhirat nanti.

    Mahathirlah org yang telah MENUDUH ISTERI AZMIN BERZINA DENGAN BOS AZMIN MASA ITU HINGGA MELAHIRKAN ANAK YANG MEREKA FITNAH SEBAGAI ANAK HARAM BOS AZMIN.

    Tuduhan itu sangat berat dan melibatkan seorg kanak2 yg tidak berdosa. Ianya sgt mengaibkan keluarga yang dituduh. Segala tekanan dan sengsara dipikul dek kerana kejahatan yang disebarkan keseluruh dunia itu oleh seorang yang PERKASA angkat sebagai penaung mereka utk memperjuangkan melayu kunuuuun.

    Dosa Mahathir terhadap Azmin sekeluarga tidak terampun lagi dan jauh lebih berat, lebih tidak beradab dan lebih tidak bersopan daripada Azmin mengatakan 'Mahathir tersungkur di Australia'.

    Janganlah penjilat2 najis umno hendak membela Mahathir kunun sangatlah beradab dan bersopan santun budi bahasanya org2 umno ini dan terlalu marah kepada Azmin. Geli aku mendengarnya laaaaa.

    Tersungkur di Austalia itu sebagai amaran Allah kepada manusia yang tidak pernah merasa akan tersungkur seumur hidup. Tersungkur di Australia itu masih ok lagi tetapi jika tersungkur ke liang lahat nanti bagaimana? Maka berat sungguh memikul beban perbuatan2 didunia ini.

    Mengapa marahkan Azmin,, patutnya insafi diri itu yg semakin renta dan bersawang yg mana dulu dia janji lepas pencen nk beribadat saja tetapi kini masih menjadi pm bayangan lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan