Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' difitnah

Dua tiga menjak ni ada laporan mengatakan sms berantai beredar di kalangan orang ramai terutama penduduk kawasan Titiwangsa yang kononnya mengatakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dalam keadaan yang kritikal. Malah sms tersebut mengandaikan akan berlaku PRK bagi parlimen Titiwangsa. Namun begitu tuan punya diri menafikan sms berantai yang disifatkan sebagai 90% palsu.

KUALA LUMPUR, 21 Okt: "Saya ingin maklumkan bahawa saya tidaklah berada dalam keadaan kritikal dari sudut fizikal sebab masih berjalan sendiri, solat, makan dan minum seperti biasa, boleh urus diri dan menggerakkan urusan-urusan Parlimen Titiwangsa.

"Memanglah saya kurang sihat, tetapi tidaklah kritikal. Tidak pun terbaring atas katil. Ada masalah spine iaitu tulang belakang menyebabkan kaki kanan agak lemah sedikit dan tidak boleh berjalan jauh."

Demikian kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali kepada Harakahdaily bagi menjawab beberapa sms yang beredar sejak kebelakangan ini yang mendakwa kononnya beliau tidak sihat.

Menurut Lo' Lo' kini beliau kini sedang menjalani rawatan intensif secara allopathy, fisioterapi dan komplementari.

"Tidak ada majlis bacaan Yaasin atau solat hajat di rumah saya hari ini atau esok atau dalam masa terdekat," beritahu Lo' Lo' yang kesal dengan sms yang memfitnah beliau itu.

"Saya harap penghantar sms tersebut membetulkan balik keadaan kerana sms tersebut 90 peratus tak benar. Kepada yang menerima tolong jangan sebarkan sms yang mungkin datang dari musuh PAS," katanya


ReJaM©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan