Wednesday

Alasan Najib macam alasan Pak Pandir!



Sebelum ini Najib cuba mengelak apabila rakyat mengkritik cadangan membina menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat yang dibentangkan dalam bajet 2011 yang lalu. Dengan memberikan alasan "Menara Warisan bukan idea saya". Kelihatan jelas sekali Najib mula menyerahkan semua kritikan agar ditujukan kepada PNB pula.

PAS hari ini menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa, beliau tidak mengarahkan pembinaan Menara Warisan tetapi sebaliknya ia cadangan oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai alasan “Pak Pandir”.

Menurut ketua penerangan parti itu, Idris Ahmad, kenyataan Najib itu bukan sahaja melucukan tetapi seolah-olah percubaan melepaskan bebanan itu kepada PNB.

“Kerana ia (projek Menara Warisan) mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Idris, jika sekalipun benar cadangan berkenaan datang daripada PNB, Najib selaku perdana menteri seharusnya memahami keadaan kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.

“Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion?

“Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang menteri, kerana bukan bidang kuasanya,” kata Idris.


ReJaM© "Tiba-tiba Najib jadi lemah! PNB jadi penasihat Najib! Apa cerita nih? kah kah kah... PNB dah jadi PM ke?"

9 comments

najib ni memang pandir hahaha...!

nampak sangat tiada keyakinan menjadi seorg pedana menteri...apa yang diucap silap orang lain dipersalahkn...kemudian mempunyai alasan macam-macam...huhhhh!

yang bentang belanjawan baru ni PNB ke PM ye???

Rasa macam menyesal lak kutuk Pak Lah masa dia jadi PM dulu. Walau pun dia nampak slow tapi pada satu masa tak lah seteruk Najib sekarang nih. Apa pun aku memang mengampah dengan UMNO-BN dulu kini dan selamanya.

PM tolonglah sedar..kami rakyat yang perlukan bantuan...nk belajar perubatan yuran pun xde tajaan..menara tu utk ape...kemegahan! cukuplah semua ni! if betul nk bantu rakyat buat betul2..jgn tipu

contoh ketua yg x bertanggungjawab...

Apakahh???? Sukati je dia ni. Dah buat taknak mengaku.

cukup haribulan punah ranahlah malaysia..ish3

najib muke penipu!!!!!!!!!!!


EmoticonEmoticon