Anak Sosilawati Lawiya masuk UMNO!



Anak Arwah jutawan yang dibunuh sebelum ini Datuk Sosilawati Lawiya menyertai UMNO dan bergambar di saat menyerahkan borang keahlian UMNO di PWTC. Ada siapa-siapa kesah? Lantak dialah nak masuk UMNO ke nak masuk MCA ke MIC ke siapa pun tak kisah. Tapi kalau dia masuk PAS PKR atau DAP memang akan ada orang yang kisah! Iaitu orang UMNO kah kah kah.

Biasalah emaknya dulu pun UMNO, anak dia pun ikutlah. Tapi kalau anak dia masuk Pakatan Rakyat, baru suatu perkara yang pelik dan harus digembar gemburkan ha ha ha.



ReJaM©

5 Comments

  1. Rambut mayang mengurai, mana mungkin nak masuk PAS? Lagipun orang banyak wang, mana mahu masuk PAS atau pembangkang, takut wang tak bertambah, malah lagi menyusut. Pelaburan dalam UMNO amat menguntungkan, terutama bagi mendapat projek mudah, sokongan mudah dan serba serbi mudah. Lebih mudah lagi, apabila menjadi pemimpin UMNO, lebih mudah mengambil hak rakyat dan berikan kepada keluarga dan kroni kemudian laungkan "hidup melayu" dan "ketuanan melayu", mudah kan?

    ReplyDelete
  2. ha3 mana ko tahu,... masuk umno tu tandanya petaka laa... kalau tak dah lama artis2 pompuan malaysia join umno..... kalau pru13 umno kalah mcm mana? diaorg nak lari masuk pakatan plak ke? sure pakatan rakyat kena baut tapisan yang mana karat teruk tak yah bg masuk laaa

    ReplyDelete
  3. kalau kau tak kesah,kenapa nak post jugak?
    biar je lah, kenapa mesti nak mintak pendapat orang lain kalau dah tau org tak amik kesah pun pasal benda alah ni?
    hadoiiii...

    ReplyDelete
  4. Teringat hamba pada tulisan Tok Kenali:
    'Musa as dipelihara Firaun menjadi nabi, Dajjal dipelihara malaikat menjadi kufur'
    Teringat juga kata2 Almarhum Ust Fadzil:
    'Utk mengenal baik, kita kena kenal buruk, utk mengenal islam kena kenal jg kufur, utk mengenal iblis kena kenal malaikat, utk mengenal syurga kena kenal neraka...begitu juga utk mengenal PAS kena juga kenal umno'.

    Biarlah anak muda anak arwahnya itu masuk umno dan kenal umno tu dulu. Jika jiwanya terpelihara, dia akan tahu menilai benar dan salah. Semuga beliau mendapat bimbingan dariNya dan akan sentiasa tertarik dgn kebenaran dan haq sahaja.

    Kita optimis sebagai anak org kaya yang mendapat vitamin kelas pertama yg merangsang otak, tak macam kita org kampung makan vitamin ubi kayu saja, sampai masanya semuga dititipkan hidayah olehNya dan dapat berjuang bersama PR satu masa nanti.

    ReplyDelete
  5. kalau kau tak kesah,kenapa nak post jugak?
    biar je lah, kenapa mesti nak mintak pendapat orang lain kalau dah tau org tak amik kesah pun pasal benda alah ni?
    hadoiiii...

    Dah tu kau kesah ke nabila? kah kah kah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan