Angkasawan negara sah bergelar suami


PUTRAJAYA, 10 Okt — Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 38, dan Dr Halina Mohd Yunor, 30, sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pagi ini.
Dr Sheikh Muszaphar mengukir satu lagi detik bersejarah dalam hidupnya pada pukul 11.40 pagi tadi.

Beliau dinikahkan oleh ayah Dr Halina, Mohd Yunos Mohd Ali sambil disaksikan oleh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali.

Kira-kira 500 peminat, anggota keluarga termasuk sebahagian angkasawan asing jemputan juga hadir pada majlis pagi ini.

Awalnya seramai 10,000 orang dijangka akan menghadiri majlis pernikahan itu yang diadakan pada hari ini sempena genap tiga tahun beliau berlepas ke angkasa lepas.

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina, 30, yang melangsungkan pertunangan di Hotel Klana Resort, Seremban pada 1 Januari lalu.

Beliau menetapkan 10 Oktober sebagai tarikh perkahwinan mereka bersempena tarikh angkasawan terbabit dipilih berlepas ke angkasa tiga tahun lalu.

Bertemakan “Pahlawan Melayu di Istana Kayangan”, pasangan berkenaan dijangka melangsungkan pernikahan pagi ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada orang ramai sebelum majlis resepsi pada malamnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


ReJaM©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan