Arak Halal di negara arab - Pelajar Arab


NILAI 22 Okt. – Sebagai helah untuk melepaskan diri, sekumpulan pelajar Islam dari sebuah negara Arab memberitahu bahawa arak adalah halal di di negara mereka.

Namun pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) tidak termakan dengan kelentong para pelajar berusia 20-an itu.

Malah mereka menjadi terkedu apabila diberitahu bahawa pegawai JAINS pernah belajar di negara mereka dan apa yang disebut mereka adalah bohong.

"Saya tidak peduli. Ini negara saya dan negara saya tidak benarkan orang Islam seperti kamu minum arak. Kamu melanggar peraturan dan undang-undang Islam di negara saya akan menghukum kamu,” kata salah seorang pegawai JAINS.

Dalam drama selama 15 minit itu, turut menyaksikan salah seorang dari tiga pelajar terbabit terlentang di tengah-tengah pusat hiburan tersebut akibat terlalu mabuk.

Mereka adalah antara 25 orang yang diberkas dalam operasi JAINS di tiga pusat hiburan di sekitar Nilai yang bermula 11 malam tadi hingga 3 pagi tadi. – Bernama



ReJaK©

1 Comments

  1. Bukan setakat warga arab je yg buat hal malah warga Afrika yg study kat Nilai ni memang terkenal ngan kaki arak,tak dak lesen memandu,memandu macam dok kat negara dia orang,buat bising etc....nyampah dgn gelagat derang nih!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan