Saturday

Ariel Peterpan kemungkinan besar dibebaskan 22 oktober ini



Setelah hampir empat bulan tinggal di sebalik jeriji besi di dalam tahanan Polis Indonesia kini Ariel mampu menarik nafas lega berikutan kebarangkalian besar kesnya akan digugurkan. Ariel vokalis kumpulan popular dari Indonesia itu sudah hampir 120 hari di dalam tahanan Polis Indonesia. Menurut undang-undang Indonesia, sekiranya pihak pendakwaan gagal menyediakan bukti yang secukupnya untuk mendakwa Ariel di dalam masa 120 hari, maka secara automatik Ariel boleh dibebaskan tanpa syarat.

"Minimal 22 Oktober 2010 ini (berkas penyidikan harus dilengkapi). Itu kan sesuai dengan undang-undang 120 hari," jelas Marwoto seorang pegawai polis Indonesia.

"Setelah itu Ariel bisa dibebaskan begitu saja, tanpa ada status sebagai tahanan. Kalau masa tahanannya habis, ya sudah kita keluarkan saja," tambahnya lagi.

Sehingga hari ini Polis Indonesia masih gagal untuk menyediakan bukti yang lengkap bagi mendakwa penyanyi yang dikaitkan dengan skandal video lucah bersama 2 orang model terkenal Indonesia, Cut Tari dan Luna Maya. Sekiranya Polis masih gagal menyiapkan bukti sehingga 22 Oktober ini iaitu tempoh masa genap Ariel ditahan, maka dia akan dibebaskan tanpa syarat.



ReJaM©


EmoticonEmoticon