Askar Israel yang membunuh Rachel Corrie tampil mengaku

Dari sebalik sekeping papan dan kepingan plastik sebagai dinding pembahagi, seorang askar Israel yang memandu sebuah bulldozer yang telah melenyek mati seorang aktivis keamanan Amerika buat kali pertamanya mengakui perbuatannya Khamis lalu.

Rachel Corrie terbunuh lebih tujuh tahun lalu, namun identiti pemandu bulldozer yang melenyeknya tidak pernah sekali pun didedahkan dan dia juga tidak dikenakan sebarang hukuman apabila penyiasatan tentera Israel mengumumkan bahawa tiada tentera Israel yang terlibat untuk dihukum.

Ibu bapa dan keluarga Corrie sudah sekian lama mencari jawapan tentang pembunuhan anak perempuan mereka, adakah disengajakan? Siapa yang bertanggung jawab? Namun hari Khamis lalu akhirnya mereka dapat mendengar sendiri pengakuan dari si pembunuh yang bertanggung jawab mengakibatkan kematian Rachel corrie.

Semasa hayat Rachel Cory sebelum dilenyek dengan Bull Dozer Israel


Pembunuh itu telah mengakui bahawa dialah yang telah memandu bulldozer tersebut. Menurut Stacy Sullivan, seorang jurucakap bagi keluarga Corrie semasa di Haifa Courtroom. Dia menyedari bahawa di sana terdapat aktivis yang membantah, dia telah diperintahkan untuk menjalankan tugas dengan berhati-hati.




Dia berulang kali mengatakan bahawa dia tidak nampak langsung Rachel Corrie sebelum dia melanggarnya kerana terdapat selonggok bebatuan yang menghalang penglihatannya.

sullivan menambah "Dia langsung tidak menunjukkan rasa kesal".

Askar yang dilahirkan di Soviet Union itu tiba di Israel dalam tahun 1995 telah disaman oleh keluarga Corrie terhadap Kementerian Pertahanan israel. Namun begitu keluarga Corrie tidak dapat membawanya ke mahkamah kerana mahkamah agong Israel telah membuat keputusan untuk melindunginya.

"Kami merasa sangat kecewa bagaimanakah negara Israel boleh melihat wajah orang-orang ini dan bahasa tubuh mereka, sehingga mereka menganggap boleh menimbulkan ancaman bagi tentera," kata ibu Rachel, Cindy Corrie.

Pada bulan Mac 2003, Rachel Corrie bekerja dengan Gerakan Solidariti Antarabangsa yang dipimpin oleh Palestin. Dia berada di antara aktivis yang berusaha untuk menghalang tentera Israel dari menghancurkan rumah-rumah Palestin namun akhirnya dia dibunuh.

Jabatan Pertahanan mengatakan hari Khamis bahawa mereka menyesal kematian Corrie. "Tapi ia berada di daerah pertempuran yang terkenal menyebabkan [Pasukan Pertahanan Israel] tidak mempunyai tanggung jawab," kata juru bicara CNN. "Kes ini hal mahkamah dan merekalah yang akan membuat keputusan."

Craig corrie berkata, dia tidak pernah sekali pun berharap pemandu yang membunuh anaknya itu dihantar ke penjara. "Namun semakin dia mencari jawapan, semakin jelas kelihatan bahawa pembunuhan anaknya adalah disengajakan ataupun kecuaian yang nyata." tambahnya.

"Dan sebagai bekas anggota tentera, saya juga pernah ditugaskan untuk memandu bulldozer semasa di Vietnam. Anda boleh lihat dengan jelas apa yang ada di hadapan anda, dan saya percaya mereka nampak!"

"Saya tidak akan terus membenci orang ini, namun saya mahu dia tahu perbuatan membunuh anak perempuan saya adalah terlalu kejam!"


ReJaM© "Dari gadis inilah kapal misi bantuan Malaysia Rachel Corrie mendapat nama"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan