AUKU tidak diguna pakai kalau mahasiswa sokong UMNGOK




Bila mahasiswa menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat, akta AUKU diguna pakai untuk mendakwa mahasiswa terbabit. Namun bila mahasiswa menunjukkan sokongan kepada UMNO, tiada istilah AUKU akan diguna pakai. Undang undang apa ni? Memang dasar UMNGOK yang bongok!

Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.


KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok.


ReJaM© "Bongok lagi membongokkan!"

3 Comments

  1. seyes..dasar k'jaan skrg mmg mnyekat idea2 super bernas siswa utk mluahkn idea2 mnarik utk kbaikn n kamjuan MALAYSIA..tp SYSTEM skrg mmbuatkn aktiviti2/idea2 disekat dan di anggap penderhaka negara..? hm..current gov=u r da besh..!

    -STUDENT XBRAPA SKEMA-

    ReplyDelete
  2. terdapat banyak kemungkinan....
    1. mungkin pelajar tersebut ditawarkan wang yang boleh menyara mereka...jadi hati mereka join itu kerana wang...bukan semangat politik....[boleh la utk kaburi akta auku tu]
    2. bezanya mereka...yg kena tahan tu join parti kerana smangat politik...sedangkan mereka dlm gmbr tu..semangat utk teruskan hidup...silap2 ditawarkan kerja....itu yg dikejar....

    ReplyDelete
  3. hakikat yg telah hmpir disepakati..mhasiswa x patut dihalang drpd berppolitik..baek bg phk kerajaan mhupun pmbgkg..

    alasan dr mahathir mnubuhkn auku krna mahukan mahasiswa lebih fokus kpd peljaran adalah alasan yg kelihatan x jujur dan x munasabah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan