Thursday

Ayah Pin VS Kerajaan Malaysia



Mengapakah isu kumpulan ajaran sesat masih lagi timbul sedangkan perkara ini sudah lama dibongkarkan oleh media? Pada perkiraan saya mudah sahaja untuk menghapuskan satu-satu kumpulan ajaran sesat, ketuanya yang memimpin ajaran itulah yang harus ditangkap. Sekiranya tiada lagi ketua, manakan mungkin pengikut-pengikutnya mampu untuk mewujudkan kumpulan Ayah Pin lagi!

Sekiranya Ayah Pin sudah tiada, tiadalah lagi Kumpulan ajaran sesat Ayah Pin! Adakah pihak berkuasa sebenarnya memandang remeh isu sebegini? Isu akidah ini sebenarnya lebih utama dari yang lain-lain! Adakah Ayah Pin yang berkelulusan sekolah rendah ini begitu hebat sehinggakan Kerajaan Malaysia tidak mampu menghapuskan wataknya?

BESUT 7 Okt. – Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan hari ini menafikan laporan dua buah akhbar bahawa ketua ajaran sesat, Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin kembali bergerak aktif di Hulu Besut dan sedang mengumpul pengikutnya.

Katanya, pemantauan polis mendapati tiada sebarang kegiatan berlaku di perkampungan peninggalan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.

"Polis percaya buat masa ini Ayah Pin masih berada di negara jiran,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Raja di sini hari ini.

Dua buah akhbar itu hari ini melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai “Kerajaan Langit” pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini. – Bernama

Penulis: "Tiada angin masakan pokok boleh bergoyang"
sumber: Freemalays.blogspot.com

1 comments so far

Selagi tidak menjejaskan BN dan umno, tidaklah perlu ayah pin diganggu. Dia ada kerajaan langit maka apalah sangat ada pada kerajaan BN yang ciput ini.

Kecuali satu masa nanti jika ayah pin kalah pilihanraya kerajaan langit dan terpaksa mencuba nasib utk menawan kerajaan BN di bumi ini, maka ketika itu mungkin dia akan menerima nasib sama seperti Al Maunah dan Al Arqam dahulu.

Agaknya ayah pin ni presiden umno kat kerajaan langit kot....atau presiden PERKASA kat sana.....hihihihih


EmoticonEmoticon