Bangunan Pentagon Amerika syarikat diserang


WASHINGTON 20 Okt. - Seseorang telah melepaskan tembakan dan menghentam bangunan Pentagon awal pagi semalam sehingga menyebabkan berlaku sedikit kerosakan, kata pegawai pertahanan.

Polis yang melindungi bangunan agam ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu telah menutup buat sementara beberapa batang jalan raya dan laluan pejalan kaki menuju ke bangunan tersebut selepas orang awam dilaporkan mendengar bunyi tembakan datang dari arah selatan kemudahan di situ.

Jurucakap Pentagon, Kolonel Marin Dave Lapan berkata, seorang tukang sapu di kawasan kemudahan itu telah menemui beberapa kesan tembakan dan hentaman di bangunan tersebut.

Lapan bagaimanapun tidak tahu berapa banyak kesan dan dari senjata jenis apa.

Berpuluh-puluh anggota polis kemudian kelihatan berlegar-legar di sekitar kawasan yang menjadi sasaran tembakan di bahagian selatan bangunan tersebut.

Lapan berkata, tidak kecederaan berlaku tanpa menjelaskan sama ada mereka mengetahui mengenai suspeknya. - AP




ReJaM©

3 Comments

  1. Nak tambah fitnah pada umat Islam lagi la kot si zionis dajal tu. Sama macam biras-biras mereka kat sini juga kot. Kerja2 fitnah ni memang kerja mereka, kerja ahli neraka.

    ReplyDelete
  2. Nak buat alasan baru serang negara orang... inilah amerika...

    ReplyDelete
  3. the kind of story that the gog and magog of america love the most, they create and they'll destroy..in order to overthrown every Muslim's country then to be under their spell, the spell of dajjal that will rule the one world order...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan