Bank Milik KWSP Beri Pinjaman RM880 Juta Kepada Adik KM Sarawak


Hasil dari pendedahan website Sarawakreport.com sebelum ini tentang penyelewengan yang dilakukan oleh adik kepada ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang pada mulanya dihebohkan di dalam blog Raja Petra.

Tidak sampai seminggu rakyat dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan membenarkan pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ditingkatkan daripada 7 peratus kepada 20 peratus membabitkan dana awam hampir RM75 bilion, kini RHB Bank yang dimiliki KWSP dilaporkan telah memberi pinjaman USD285 juta atau RM880 juta kepada adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud dan suami ketiga beliau, Robert Geneid.

Menurut laman web sarawakreport.com yang terkenal dengan pendedahan kekayaan dan aset serata dunia yang dimiliki Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarganya, daripada maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pinjaman besar tersebut diperolehi pada Jun sebuah syarikat persendirian yang dipunyai oleh pasangan tersebut, Kumpulan Construction Sdn Bhd.



Maklumat SMM menunjukkan Kumpulan Construction didaftar dengan modal berbayar saham RM1 juta di mana 5 peratus sahamnya dipegang oleh Zaleha Mahmud, kakak kepada Raziah dan selebihnya dimiliki oleh Mastim Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Raziah dan Robert, yang merupakan warganegara Australia.

Tanpa laman sesawang rasmi, tidak banyak informasi mengenai syarikat yang diketahui umum namun menurut sarawakreport lagi sumber terhad yang diperoleh daripada akaun syarikat tersebut melalui SSM menunjukkan Kumpulan Consruction memcatat perolehan sebanyak RM43 juta pada 2009, dengan untung bersih kira-kira RM4 juta setelah ditolak cukai.

Di samping modal saham berjumlah RM1 juta, modal simpanannya hanya lebih kurang RM4 juta sementara liabiliti serta aset keseluruhan syarikat bernilai RM42 juta.

Persoalan yang timbul bagaimana KWSP yang diamanahkan untuk mengawal serta menjaga kepentingan "Simpanan Hari Tua" kaum pekerja di negara ini dengan senang sekali meluluskan pinjaman RM880 juta kepada sebuah syarikat yang dikategorikan sebagai sederhana.

Lebih mengejutkan walaupun nama Kumpulan Construction membawa maksud syarikat itu terbabit dalam aktiviti pembinaan namun ia dikatakan tidak pernah langsung melaksanakan sebarang projek kecuali hanya mengsubkontrakkan projek yang diperolehi kepada pihak ketiga.

Memetik sumber dalaman RHB, sarawakreport berkata, "syarikat itu tidak pernah melaksanakan sebarang kontrak yang diperolehi dan kesemuanya disubkontrakkan kepada pihak lain terutamnanya Hock Seng Lee Bhd(HSL)".

Sebelum ini sarawakreport juga mendedahkan Kumpulan Construction adalah antara tiga pada 2008 bagi projek pembentungan bandaraya Kuching 2008.

Selang sebulan konsortium tiga syarikat itu - Kumpulan Construction, Nishimatsu Construction dan Hock Seng HSL - memperolehi kontrak tersebut, projek itu disubkontrakkan kepada HSL dengan nilai sebanyak RM452 juta.

Ini bermakna dengan mudah Kumpulan Construction dan Nishimatsu mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM78 juta dalam tempoh sebulan.

Laporan tahunan RHB Capital Bhd bagi 2009 menunjukkan KWSP memegang 56.14 peratus kepentingan dalam RHB Capital yang memiliki 70 peratus saham dalam RHB Bank Bhd

RHB Bank pada masa ini adalah kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dengan saiz aset sebanyak RM103 bilion dan mempunyai 200 cawangan di seluruh negara dan beberapa cawangan di luar negara yang majoritinya di Singapura.



ReJaM© "Habis jahanam duit orang-orang tua pesara kena tibai"

4 Comments

  1. Beginilah caranya Adik Firaun Sarawak merompak harta! Rakyat sarawak jangan terus jadi buta! Jom tumbangkan BN Sarawak!

    ReplyDelete
  2. Bro... CiLiK mana? lama tak nampak die tulis artikel? Dia kalau tulis mesti meletup2 aku dah lama tak dengar cerita panas ni!! dia cari sumber tak dapat2 lagi ke?!! Ckp dgn die cepat sikit!!

    ReplyDelete
  3. saya tak anti sapa-sapa atau sokong sapa-sapa. Bg saya, yang meluluskan pinjaman tsbt perlu dipersalahkan. msg-msg punya hak untuk memohon, meminta atau merayu sama ada cara betul mahupun salah..pihak yg meluluskan pinjaman;walaupun dipaksa, terpaksa mahupun sengaja atau tidak sengaja;rela dan tidak rela dan kroni atau bukan kroni perlu tanggung akibatnya dunia akhirat. Justeru, bg org yg dah matang berfikir dan bijak menilai tindakan yang dilakukan oleh org2 yg berkuasa akan tahu apa yang perlu dilaksanakan...samada terus dengan apa yang ada sekarang tapi tidak puas hati..atau memerlukan perubahan..dengan tidak pasti org yg akan melakukan perubahan itu berkaliber atau tidak...kalau setakat nak perubahan kewibawaan org yg akan menggantikan itu mcm lalang...kehancuran bumi kenyalang berada di ambang pintu..lihat apa dah berlaku disemenanjung, keluar mulut buaya yang makan tak kira ape tapi masuk mulut naga yang berapi..mcm pasarpun ade,mcm gangsterpun ade..kate mewakili rakyat..kawasan yng diwakili...tp perangai macam org yg tak beriman..ajak rakyat merusuh, demonstrasi..jadi ketua pulak tu....justeru...bijak2lah kita..sarawak masih belum dicemari lagi..tukar ape yang ade sekarang...pilihlah org yang betul2 berwibawa..saya dan org2 saya yg ikhlas dan ingin melihat negeri kesayangan selamat akan terus memberi sokongan...kita perlu perubahan..tapi perlu bijak memilih sapa yg mewakili kita.

    ReplyDelete
  4. 'Tak sokong sapa2' ialah bahasa lunak biasa penyokong bn. Hihihiih

    Sebagai umat, kita kena sokong yg betul dan menolak yg salah. Tidak ada berkecuali. Memang kita tidak tahu masa akan datang samada pemimpin itu baik atau tidak. Kita menilai masa kini rekod mereka. Tetapi bagi yg telah membuktikan mereka tidak layak, maka perlu ditukar. Memang pemimpin macam lalang tidak layak di sokong. Bukan setakat yg macam lalang, pemimpin dayus dan kaki angguk demi perut juga perlu ditolak. Apa tah lagi pemimpin yg terlalu rakus mengaut hasil bumi amanah Tuhan utk diri sendiri sedangkan rakyat masih dikekalkan dgn keadaan hidup tradisional. Menuding jari kepada semenanjung apabila perlukan bantuan tetapi membiarkan pemimpin sendiri membolot kekayaan.

    Pemimpin utama PR tidak bercirikan lalang DSAI rela dan sanggup terbuang dan dihina kerana menyanggah seorg pemimpin no.1 yang autokratik yg mana semua org lain menjadi pak turut yg dayus. Inilah kualiti pemimpin yg diperlukan.

    Disemenanjung tidak ada keluar mulut buaya masuk mulut naga bahhh! Yang ada ialah keluar mulut buaya nasional(bn)masuk ke alam lebih adil dan perihatin. Tanyalah org PPinang yg bukan umngok totok, mereka akui keadaan lebih baik dari dulu.

    Demontrasi dulu hanya dituduh pada PR, sekarang bn pun dh belajar betapa perlunya demonstrasi. Demonstrasi perlu sebagai menunjukkan pendirian dan mendapat perhatian. Bagi yg tiada media perdana demontrasi adalah salah satu cara. Bagi yg menguasai media bolehleh bercakap dgn muka sedih tak bersalah dan alim kambing depan tv, meraih simpati rakyat. Kalau media diberi sama adil kepada pihak PR, tidaklah perlu demonstrasi lagi.

    Banyak yg kamu kena belajar dari semenanjung baaahh. Pertama sekali kamu kena keluar dari kepompong kenegerian baaah. Orang asal(asli) semenanjung sudah mengikut arus politik semenanjung dan mereka lebih bijak dari penyokong2 totok parti pemerintah baaah.

    Kamu bila lagi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan