Bas tanpa pemandu rempuh rumah

Satu kejadian yang berlaku di Tumpat Kelantan, gara-gara brek tangan lupa ditarik oleh seorang pemandu bas City Liner yang melakukan perjalanan Kota Bharu-Tumpat, bas itu telah bergerak sendiri bersama penumpangnya lalu merempuh sebuah rumah anggota polis trafik di Kampung Sedar di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 7.40 pagi, akibat rempuhan itu, rumah sewa milik Lans Koperal Ikhwan Abdullah rosak teruk di bahagian bangsalnya juga turut merosakkan kereta Wira hingga terpaksa menanggung kerugian hampir RM8,000.

Sekadar gambar hiasan.

Isteri Ikhwan, Rohani Salleh, 28, berkata, dia tidak menyangka gegaran kuat yang dirasainya ketika dia sedang melipat kain di ruang tamu rupa-rupanya bas rempuh garaj rumahnya.

“Bila terdengar dentuman kuat, saya terus membuka pintu, alangkah terkejutnya apabila nampak kepala bas di dalam garaj rumah saya dan menghimpit kereta kami.

“Dalam masa itu juga, suami saya serta tiga anak saya tersedar dari tidur dan bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku,’ katanya.

Namun begitu penumpang dalam bas terbabit seramai lima orang tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketika kejadian pemandunya berusia 40-an tiada dalam bas kerana turun untuk membeli nasi kerabu di kedai makan berhampiran rumah tersebut.



ReJaM©"Syukurlah tiada perkara lebih buruk berlaku..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan