Wednesday

Berita Harian Online buat bancian merepek



Berita Harian Online sememangnya sudah lama terkenal dengan kecenderungan penulisan berita dan rencana yang condong kepada Barisan Nasional. Sebarang hasil penulisan dapat dilihat jelas menyokong kerajaan Barisan Nasional meskipun isu-isu yang salah akan cuba diputar belitkan supaya dapat diterima oleh rakyat.

Namun kali ini isu yang hendak dibangkitkan ialah tentang bancian yang selalu dibuat oleh pihak Berita Harian Online di sudut kiri website berkenaan. Kali ini ReJaM© lihat soalan bancian yang dibuat kelihatan merepek. Selain itu bancian ini tampak memaksa pembaca untuk bersetuju sekiranya ingin turut serta memberi pandangan di dalam bancian ini. Berikut bancian yang dimaksudkan.

Bancian jenis apakah ini? Apa yang yang dia BHO nak tahu? Anda lihat pada soalan bancian dan pilihan jawapan yang diberikan. Sebagai warga yang rasional, apakah jawapan yang akan anda pilih sekiranya ingin menyertai bancian ini? Anda tidak boleh tidak untuk mengundi setuju sebagai jawapan sekiranya anda warga yang rasional.

Ibarat seperti soalan begini, UMNO menggalakkan rakyat menjaga kesihatan agar sentiasa cergas dan sihat untuk membangunkan negara adakah anda setuju? Bolehkah anda kata tak setuju? Tentu sekali anda terpaksa setuju walaupun anda anti kepada UMNO sepenuh jiwa!

Contoh lain, Langkah Perdana Menteri Israel memberi bantuan makanan kepada penduduk palestin adalah sesuatu tindakan yang baik. Tentu sekali kita sebagai rakyat yang rasional akan berkata atau menjawab setuju untuk bancian ini.


Sepatutnya Berita Harian Online membuat bancian-bancian yang lebih kritikal seperti Konsep 1 Malaysia telah berjaya menyatupadukan rakyat? Calon Barisan Nasional akan memenangi PRK Galas? atau Barisan Nasional mampu memenangi PRU 13? Soalan-soalan bancian yang kritikal begini barulah bermakna kepada pembaca, inilah yang pembaca nak tahu. Malah kerajaan Najib tentu sekali perlukan bancian seperti ini untuk mengukur sejauh mana sokongan rakyat kepadanya.

Ini soalan mengarut mencarut nak buat apa? Orang nak ikut bagi pendapat pun rasa macam bangang! Ini namanya Akhbar Pencacai taik Barisan Nasional.


ReJaM© "BHO tak berani buat bancian kritikal, pemimpin UMNO tak berani tengok keputusannya! Kah kah kah... "

12 comments

Biasala Brita Hairan. Banyak pulak sibodoh yang turut vote.

bancian ini jitu dan bagus

UMNO ialah satu satunya parti yang menghormati agama kaum lain

kalau nak ikut pas semua benda dia akan haramkan. jangan menipu wahai lebai beragama penipuan. agama kamu itu sesat. jangan sesatkan kami orang yang berfikiran bersih dengan agama gembala kambing kamu!

sudah sudahlah sebarkan agama dakyah ini

kembali lah ke jalan sebenar

Jesus Christ akan menerimamu semula. Jesus mati di salib kerana dosa kamu. Dia sayangi kamu maka janganlah kamu menidakkan ketuhanan Jesus

Sayangnya, Aku tidak mengenali siapa itu Jesus.
Aku hanya mengenal Isa Alaihissalam, seorang nabi sebelum Muhammad SAW. Apapun para nabi dan rasul sentiasa menyeru umatnya mengakui dan keEsaan tuhan yang satu iaitu ALLAH SWT.

islam itu indah....sempurna..ajaran yang tiada tolok bandingnya. Sejauhmanakah kebenaran ketuhanan jesus yang dimuliakan oleh golongan kafir? dalam al-quran jelas menyebut keEsaan Tuhan Allah yang satu..bukan 3 in 1 oleh kitab bible.

masing-masing ada pandangan tersendiri..cuma sejauh mana pemahaman tentang agama masing-masing sebelum membuat sesuatu keputusan untuk menghakimi agama yang lain.

sbb paper pn jd hal la...cm budak2...

kau x critical thinking la anon 1:36. nak kata kau budak kau 2 da tua. mmg x bleh pakai kepala otak kau kan.

dah tua2 pun nak bangkit isu mcm ni mcm budak yang bodoh je.....

Rahman Darwin tu adalah seorang ahli UMNO berketurunan Dayak dari sabah seorang bumiputera.. org2 jenis macam ni banyak terdapat dalam UMNO serana dalam UMNO asalkan bumiputera semuanya boleh menjadi alhi UMNO tanpa mengira agama.. mcm SINO di sabah rata2 beragama Buddha dan kristian mereka dikira Bimuputera sabah so mereka juga menjadi ahli UMNO.. begitu juga di Sarawak walaupun bukan islam tetap digalakkan menjadi ahli UMNO asalkan bumiputera. di semenanjung malaysia Portugis juga di kira bumiputera dan kebanyakkan nya ahli UMNO walaupun mereka beragama kristian.. sebenarnya dakyah keristian telah masuk ke dalam UMNO sejak dahulu lagi...!!

Bagaimana UMNO nak memperjuangkan islam yang sebenarnya kalau dalam UMNO terdapat 35% ahlinya yang bukan muslim..??

"Renung2kanlah.. selamat menjahanamkam UMNO.."

kepada :Rahman Dawkins Darwin

jesus(Nabi Isa) tidak pernah mengajar umat dia menyembah dia..dia mengajar agama yg mengtauhidkan Allah yg Esa iaitu Islam..Nabi Isa tk pernah disalib dan dibakar tp diangkat oleh Allah ke langit..yg disalib hanyelah seorang Yahudi dari kalangan mereka juga yg dimiriplan Allah dgn Nabi Allah Isa..dan nabi Isa akan diturunkan semula utk membunuh org kafir diakhir zaman..

Nabi Isa bukan Anak Tuhan..Kerana tuhan itu tidak beranak dan tidak diperanakkan..kerana Allah itu tidak akan menyerupai makhluknye yg lemah dan tak berdaya..

Jika Tuhan kamu sudah mati??yg kamu sembah selama ni ape??Jesus??buat ape kamu sembah tuhan kamu yg dah mati yg tidak mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada kamu..Tuhan yg sebenar2 ialah ALLAH yg ESA tidak akan mati seperti tuhan kamu...

sedarlah Nabi Isa(jesus) itu adalah makhluk Allah yg hanye menyampaikan agama Allah..bukan anak Tuhan..ternyata kamu dan agama kamu jauh terpesong dan sesat..

Jgnlah kamu nak berdakwah agama yg sesat lagi menyesatkan kepada org lain..cukuplh hanye utk diri kamu..

Semoga kamu mendapat Hidayah kepada Agama yg sebenar iaitu Islam..amin.

Kepada anon 6:37. Nabi Isa akan turun semula bukan untuk membunuh org kafir, tapi membunuh dajjal serta menyelamatkan manusia dari fitnah Ya’juj dan Ma’juj. Nabi Allah tidaklah kejam sehingga sanggup membunuh org kafir sesuka hati.

Aku rasa "vote" bgini lg bagus.. sape yg x makan nasi tentu akan lapar..
A: Betul
B: Salah
C: Berkecuali

Confirm 99.99% jwb betul, itu laaa tanda2 rakyat sokong statement "aku".. Yg 0.1% tuh jwb C psl dia makan roti je katanya (x makan nasi)..

Aku sokong ko anon atas aku nih hahaha...


EmoticonEmoticon