Budget 2011, gula-gula PRU 13

Najib menyatakan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam kerana impak kewangan yang besar. Menurutnya lagi, pembayaran bonus sebulan gaji akan mengakibatkan kerajaan terpaksa membelanjakan wang sebanyak RM3.1 billion.

Namun ia digantikan dengan bayaran khas Rm500 untuk membantu meringankan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang akan bersekolah tahun hadapan. Bayaran itu akan dibuat pada hujung tahun ini.

"Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," katanya pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, pagi ini.

Gula-gula Pilihanraya untuk Luar Bandar

Najib sudah sedia maklum bahawa pengundi yang masih setia untuk menyokong kerajaan adalah masyarakat Luar bandar. Kebanyakkan masyarakat bandar sudah mula menolak Barisan Nasional. Ini jelas sekali dilihat kepada kekalahan besar majoriti Calon Barisan Nasional di kawasan bandar pada PRU lalu.

Beberapa peruntukan disalurkan kepada kawasan kampung atau desa, misalnya penambahan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800, berbanding RM450 sekarang. Bukan itu sahaja, malah elaun imam, guru KAFA turut dinaikkan.

Namun Najib bijak mengatur strategi dengan memberikan gula-gula kepada ketua-ketua masyarakat di kawasan luar bandar. Ini kerana ketua masyarakat mempunyai pengaruh tertentu untuk mempengaruhi orang-orang bawahan mereka untuk mengundi BN pada PRU depan. Najib tidak perlu memberikan kesemua penduduk luar bandar gula-gula yang belum tahu kesannya, namun dia tidak perlu berbelanja besar, cukuplah gula-gula kepada ketua masyarakat untuk membantu Najib.

Sasarannya jelas apabila Najib menyatakan "kerajaan tidak akan meminggirkan rakyat luar bandar" - lantas RM6.9 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar, meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tanpa pertikaian, Belanjawan tahun 2011 jelas sekali berbaur politik. Ia semakin terhidu apabila Najib mengambil kesempatan untuk mencuit Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (gambar kanan) tanpa menyebut nama, mendakwa bahawa kerajaan BN "bukan saudagar mimpi yang memperdagang dongengan". "Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata," katanya sambil meyakinkan rakyat dengan "kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi yang akan datang".

Persoalannya, apakah Belanjawan tahun 2011 ini membawa Malaysia kembali ke landasan yang tepat untuk meluncur ke arah kejayaan?



ReJaM© "Senang saja duit bonus sebulan gaji tak payah bagi, bagi duit pada luar bandar, duit lebih tu baru bagi RM500 duit khas kah kah kah..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan