Saturday

Bukti ADUN lindungi suspek bunuh Sosilawati


KUALA LUMPUR 8 OKT: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
Ahli Parlimen S Manikavasagam berkata beliau mempunyai bukti wakil rakyat itu mempunyai kaitan dengan suspek tersebut.
Adalah dipercayai, suspek itu juga terbabit dalam beberapa kes orang hilang sebelum ini.
Manikavasagam berkata beliau hanya akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu bila tiba masanya.
"Saya mempunyai bukti, dan saya akan dedah siapa yang terlibat. Saya akan dedah!" kata Manikavasagam.
Sebelum ini, ahli Parlimen itu dibidas polis kerana menganggu siasatan, semasa beliau berkata mahu membawa isteri salah-seorang mangsa suspek ke lokasi pembunuhan.
Manikavasagam berkata, beliau tidak boleh mengelak apabila isteri kepada Allal Kathan Muturaja itu datang menemuinya, meminta pertolongan.
"Usharani datang dari India mencari saya untuk meminta bantuan. Beliau hubungi saya dan saya bantu. Tetapi saya kesal bila dibidas polis, yang kata saya campur siasatan. Saya sekadar mahu membantu dan polis sekurang-kurangnya patut berterima-kasih," kata Manikavasagam.
Beliau turut memaklumkan, Usharani yang telah pulang ke India akan kembali ke Malaysia untuk membawa lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis.
"Usharani akan kembali ke Malaysia. Dia nak bawa bukti, dan saya mahu bantu. Usharani akan bagi kerjasama dengan polis," ujar Manikavasagam.


ReJaM©: "Tunggu dan lihat"

3 comments

Manikavasagam berkata beliau hanya akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu bila tiba masanya.
"Saya mempunyai bukti, dan saya akan dedah siapa yang terlibat. Saya akan dedah!" kata Manikavasagam.

ayat ni dh jemu dngar.. dedah jer lah..nk tunggu masa bila.. esok..?? lusa..?? minggu dpan.. ?? kalo sempat.. kalo kojol..??

Biasalah bro, ini lawak bangang je sebenarnya...

Beri pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. kita hanya doa yg terbaik.
View Profile: Mohd Amir®


EmoticonEmoticon