Monday

Cuti bersalin 90 hari Najib menipu kaum wanita!



Macam biasalah Najib Razak ni memang kaki kencing, konon kerajaan baik hati bagi cuti bersalin 90 hari bergaji penuh, tapi kaum wanita kena tipu rupanya! Berikut kenyataan penjelasan budget 2011 yang lalu diumumkan oleh Najib tentang cuti bersalin.

Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.

Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya.

“Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka,” katanya. -Malaysianinsider

Apa yang jelas sekali di sini kalau dahulu cuti bersalin hanya 60 hari namun penjawat awam dibenarkan cuti sebanyak 5 kali kelahiran, bermakna 60 hari x 5 kelahiran = 300 hari cuti bergaji penuh.

Kali ini Najib spin sikit supaya kaum wanita rasa gembira, lihat baik-baik,

Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari - Najib

Kaum wanita dibenarkan cuti bersalin 90 hari tetapi dalam had 300 hari sahaja, maka sama sahaja dengan yang lama 300 hari juga sepanjang tugas penjawat awam! Najib memang kaki klentong!


ReJaM©"Kaum wanita penjawat awam sabar ye... PRU depan kita tumbangkan kaki klentong nih!"

9 comments

dia rasa penjawat awm ni sume bodoh kot, mudah nya kena tipu...

Haha najib memang penipu rakyat! kaki spin...

maknanya lepas nie boleh dapat anak cuma 3 orang bukan 5 orang sebelum nih? WOW hebatnya penipuan... kerajaan nak anak kurang terutamanya melayu sebab penjawat awam ramainya melayu..... pastu komposisi bukan melayu naik peratusan dan melayu jugak yang terkubur di malaysia..... baik nyer UMNGOK.... ketuanan melayu konon

wait n see next pru lor..

kene selidik dulu betul ke tidak..fitnah berdosa besar

Apa yang nak diselidik tu? nak kepastian senang je... tengok surat khabar! tengok utusan Meloya pun boleh atau berita hairan...

ape pun kite tetap kene terima...sbb kite ni hanye kuli diorg...diorg hanya tpu kite jer...so xde ape yg perlu ckp....selagi dia yg kita nak...terimala apa yg dia buat...tepuk dada...tanya selera...

betul tu sama ja.....kalau nak 90 hr boleh ambik tp setakat anak 3 je la.....pas tu kalau nak bersalin lg,kena la cuti tanpa gaji........hihihi

Nama lagi flexibility. Pandai2 la adjust cuti sendiri kalau rasa nak beranak satu team bola. Tak wajib pon 90 hari tu.


EmoticonEmoticon