Cuti bersalin bergaji penuh 90 hari serupa manifesto Pakatan


Sebelum mengulas serba sedikit tentang pembentangan budget 2011 ReJaM© nak mengucapkan tahniah kepada golongan wanita dan kaum ibu kerana pada bajet 2011, Najib memberikan cuti bersalin dan hamil bergaji penuh kepada para wanita sehingga 90 hari berbanding hanya 60 hari sebelum ini. Terlalu banyak yang perlu dianalisis, jadi kali ini ReJaM© hanya ingin menyentuh tentang salah satu budget 2011 yang baru dibentangkan petang tadi oleh Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

Apapun ianya satu keputusan yang baik dan ReJaM© sebagai rakyat turut menyokong cadangan itu. Apa yang baik takkanlah nak bantah pulak kan? Apapun nampaknya unjuran ini begitu serupa dengan manifesto pakatan rakyat pada pilihanraya umum yang lalu. Pakatan Rakyat, dengan manifesto utama 'negara berkebajikan' telah lama mencadangkan unjuran untuk cuti bersalin selama 90 hari dengan gaji yang dibayar penuh.

Dahulu ramai para blogger pro-kerajaan yang menentang manifesto ini kononnya dikatakan tidak realistik dan hanya sekadar janji kosong Pakatan Rakyat. Namun apabila ia sudah dilaksanakan sendiri oleh Najib, apa mereka nak kata? Senyap-senyap sudahla kah kah kah... berikut keratan manifesto Pakatan Rakyat yang lepas, sila klik untuk membesarkan image.





ReJaM© "Diam-diam sudahlah....."

4 Comments

  1. salam tuan,

    saya rasa 90 hari ni tak sama sebab ada limit untuk 3 orang anak sahaja... betulkan jika saya silap...

    ReplyDelete
  2. "TAWARAN KAMI SEKIRANYA DIPILIH DI SELANGOR".. nak tanya sebab aku xtau, kat selangor lepas PR memerintah, ade ke dilaksanakan cuti 90hari eh?

    ReplyDelete
  3. yup sekarang cuti bersalin selangor 90 hari.... :)

    ReplyDelete
  4. setuju ckp pelik..ad ke ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan