Demo bantah HINDRAF, UMNO tak sedar diri


Kalau dulu, selalunya yang berdemonstrasi ni hanyalah pihak pembangkang, baik dari PKR, ataupun PAS. Dahulu UMNO mendabik dada kononnya membantah dengan cara berdemonstrasi ni bukan budaya Melayu, bukan budaya mereka. Sehinggakan mereka menggelarkan orang-orang yang berdemonstrasi ini sebagai beruk-beruk di jalanan. Namun hari ini, semua dah sibuk nak berdemo, ada sahaja yang tak berkenan di hati, pasti keluar ramai-ramai berdemo di jalanan termasuklah UMNGOK. Mereka pun dah jadi beruk-beruk di jalanan. Ibarat "meludah ke langit, akhirnya jatuh atas muka sendiri".

Kali ini isu bantahan UMNO terhadap HINDRAF yang diadakan di Larkin, Johor Baharu. Bertempat di Larkin Sentral, jam 9 pagi. Pemuda UMNO Johor telah mengadakan Demonstrasi Mengecam Kenyataan Biadap Ketua HINDRAF P Waythamoorthy terhadap Baginda Sultan Johor pada 7 Oktober lalu. Kenyataan biadap seolah - olah ingin mengajar Sultan itu, telah menimbulkan kemarahan segenap orang-orang UMNO Johor, yang kononnya begitu menyanjungi sultannya.


Lucu melihat telatah geng-geng gerombolan ini. Kalau dilihat inilah yang dikatakan "mendedahkan keburukkan orang lain supaya diri sendiri nampak baik". UMNO dah lupa ke yang sebenarnya mereka lebih biadap terhadap sultan? Di bawah ini bukti-bukti keratan akhbar yang menunjukkan betapa biadapnya UMNO. Sila klik untuk membesarkan image.







ReJaM© "Terlalu bodohnya lembu sampai dia sendiri tak tahu bahawa dia seekor lembu"

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan