Thursday

FELCRA Johor sah bankrap!



Pelik tapi benar, mengapa isu Felcra Johor yang bankrup seolah-olah kurang mendapat liputan? Sepatutnya isu ini harus menjadi isu yang cukup sensasi untuk melariskan akhbar terutama Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV3 suku. Jelas sekali kerana di dalam keadaan bahang PRK Galas yang sedang membara, maka isu ini sengaja disembunyikan bimbang dijadikan peluru oleh pihak Pakatan Rakyat untuk menembak mati UMNGOK dan Be End! Mahkamah hari ini telah mengeluarkan arahan untuk menyita pejabat FELCRA Johor kerana gagal membayar pampasan kepada penduduk!

Berikut Laporan Sinar Harian

JOHOR BAHRU – Ekoran gagal membayar ganti rugi RM6,395,834 kepada 38 penduduk Felcra Tebing Tinggi seperti yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 10 Januari lalu, pejabat Felcra Berhad wilayah Johor yang terletak di Bandar Baru Uda, disita.

Notis penyitaan telah diserahkan kepada wakil kakitangan jabatan berkenaan di pejabat Felcra negeri semalam.

Peguam yang mewakili 38 penduduk, K. Sasidran berkata, penyitaan terpaksa dilakukan berikutan kegagalan membayar nilai ganti rugi sehingga sekarang meningkat RM11 juta.

“Mahkamah telah mengarahkan Felcra Berhad membayar ganti rugi sejak bulan Mei lalu, namun pihak Felcra gagal membuat bayaran terhadap 38 penduduk yang terlibat.

“Semua barang di bangunan berkenaan tidak boleh dikeluarkan dan kita juga telah menyediakan dua orang pegawai keselamatan untuk mengawal di sekitar pejabat berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Felcra negeri.

Sasindran berkata, pihaknya memberi tempoh selama 14 hari dari tarikh penyitaan untuk Felcra Berhad menjelaskan bayaran ganti rugi berkenaan.

Menurutnya, sekira pihak Felcra Berhad gagal membayar ganti rugi berkenaan tindakan lanjut akan diambil.

Tindakan lanjut akan diambil ke atas Felcra Berhad sekiranya pihaknya gagal menjelaskan bayaran ganti rugi, termasuklah melelong bangunan dan mengisytiharkan bankrap".

“Kita telah memberi tempoh 48 jam kepada Felcra Berhad untuk memberi penjelasan kepada kami namun gagal.” katanya.

Tambahnya, ketika ingin menyerahkan notis penyitaan, pihaknya turut sukar untuk membuat perundingan berikutan ketiadaan pengarah agensi terbabit.

Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan Felcra Berhad membayar RM6,395,834 kepada 38 penduduk Felcra Tebing Tinggi sebagai ganti rugi bagi pengambilan tanah mereka di Gelang Patah untuk tujuan pembangunan pada tahun 1999.

Sementara itu, wakil penduduk berkenaan, Madon Johan, 55, berkata, tindakan berkenaan terpaksa diambil berikutan kedegilan pihak terbabit membayar ganti rugi berkenaan.

“Penduduk terpaksa menunggu lama dan setelah dibicarakan, kita menang kes ini tetapi pihak berkenaan gagal membayar dalam tempoh yang diberikan maka tindakan telah diambil,” katanya.

Menurutnya lagi, penduduk hanya menunggu keputusan dari peguam sekiranya pihak Felcra gagal membuat bayaran dalam tempoh 14 hari pada tarikh penyitaan bangunan.

Sinar Harian Johor dah jadi media UMNGOK?

Akhbar Sinar Harian yang selama ini bolehlah dianggap sebagai akhbar yang bebas dari sebarang pengaruh politik kali ini nampaknya turut sama menyembunyikan cerita sensasi ini. Adakah kerana Sinar Harian Johor yang masih baru bertapak di Johor, maka ia terpaksa mengikut telunjuk Negeri Kubu Kuat UMNGOK itu?

Tajuk utama akhbar untuk isu ini dilihat sengaja tidak disensasikan. ReJaM© lihat di website Sinar Harian, sepatutnya tajuk untuk isu ini ialah "Gagal bayar pampasan Bangunan FELCRA Berhad Johor disita" namun sebaliknya tajuk yang tertulis hanyalah, "gagal bayar ganti rugi". Maka secara tak langsung berita ini menjadi kurang sensasi, apabila gagal menarik perhatian mata pembaca untuk meng 'klik' tajuk begitu.

Malaslah cerita banyak korang klik sendiri gambar screenshot di bawah ni yang diambil dari Akhbar Sinar Harian online.



ReJaM© "Kita tengok lepas ni adakah UMNGOK nak kata FELCRA Johor bankrap pun adalah fitnah? kah kah kah.... no no no..."

4 comments

Ape nak heran..Baru Felcra nak bankrap...lepas nih Felda Plak.. thehehe :P



-Amri-

Tak lama lagi FELDA pulak yang bankrap kah kah kah pening kepala najib...

apa nak heran...dlm business memanglah ada maju mundurnya. 1001 masalah dalaman..mana ada perfect. kalau dlm 100 tu ada satu bangkrap kira ok, apa...lainlah kalor dah otak bangkrap macam korang ni...asyik nak ngutuk aja...check lah dulu apa-masalahnya.Mungkin mis manage ke, legal tangle ke hape ke.Felcra tempat aku begitu banyak berjasa pada keluarga aku yg miskin.

Aku harap Sinar Harian masih bebas... Sekurang-kurang dia masih terbitkan berits ini... Daripada tidak menceritakan langsung... -123-


EmoticonEmoticon