Gambar Ariel Peterpan dalam penjara


Gambar Ariel Peterpan dalam penjara kini sudah mula tersebar di seluruh internet. Kelihatan gambar yang disebarkan tidak berapa jelas. Mungkin gambar ini diambil dengan camera dari telefon mudah alih yang murah. Ariel kelihatan gembira bersama dengan rakan-rakan lain di dalam penjara tersebut.

Titik permulaan Ariel terpaksa merengkok di dalam penjara bermula daripada kes kecurian laptopnya yang heboh diperkatakan di internet terutamanya di facebook. Dipercayai pencuri yang mencuri laptop tersebut telah menyebarkan video skandal seks Ariel bersama beberapa orang model jelita Indonesia iaitu Cut Tari dan Luna Maya.

Namun begitu, sehingga kini pihak Polis Indonesia masih gagal untuk menyiapkan bukti bagi mendakwa Ariel di mahkamah. Berdasarkan undang-undang "120" di Indonesia, Ariel kemungkinan besar dibebaskan sekiranya genap 120 hari pihak Polis gagal mendakwa penyanyi popular Indonesia itu. Sekiranya Polis gagal, maka Ariel akan dibebaskan tanpa syarat pada 22 Oktober ini.




ReJaM© "Kalau lepas Ariel ni tanpa sebarang hukuman siaplah jemaah Islam Indonesia mesti mengamuk buat demonstrasi!"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan