Gara-gara SPR Kelantan umumkan cuti peristiwa 4 November

Gara-gara Suruhanjaya Pilihanraya, SPR yang disifatkan sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional, apabila menetapkan tarikh mengundi pada hari bekerja iaitu pada 4 November ini, maka Negeri Kelantan terpaksa mengumumkan hari mengundi tersebut sebagai hari cuti peristiwa bagi memudahkan para pengundi untuk balik mengundi di DUN Galas.

Hari ini Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 4 November iaitu Khamis depan sebagai hari cuti peristiwa sempena pilihan raya kecil DUN Galas.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Aiseri Alias menerusi surat pekeliling arahan pentadbiran SUK kepada Bernama hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini.

PAS telah menamakan calonnya - Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin akan mengumumkan calon yang mewakili BN petang ini.


ReJaM©

3 Comments

  1. Jangan marah dengan SPR..kan ke SPR ni umno yang punya...agaknya pengerusi dan setiausahanya presiden umno yang bayar gaji agaknya...bukan duit rakyat yang bayar sebab tu depa boleh buat suka hati depa.

    ReplyDelete
  2. Sebab tulah kena marah dia bro....

    ReplyDelete
  3. SPR kan.. Be end SURUH PASTI RELA.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan