Guru dipecat kerana hidang babi

Seorang guru di sebuah sekolah yang disiarkan media digantung tugas tujuh bulan kerana menghidangkan daging babi kepada pelajar Islam, telah dipecat daripada jawatannya semalam.

Pihak pengurusan sekolah berkata keputusan memecat guru terbabit, yang sudah berkhidmat 18 tahun diambil selepas mengambil kira sensitiviti pelajar Islam di sekolah berkenaan.

Dalam kejadian itu, guru berkenaan didakwa menghidangkan dua sajian tanpa label kepada pelajar, satu mengandungi empat ketul daging dan satu lagi 11 ketul yang diberikan kepada pelajar Islam tanpa mengetahui jenis daging itu.

Tindakan itu dilihat sebagai satu niat jahat guru berkenaan kepada para pelajar Islam.

“Seorang daripada murid bertanya kepada guru tetapi beliau menjawab tidak tahu. Pelajar itu yang berketurunan Turki tidak menyentuh daging berkenaan sebaliknya memberikannya kepada rakannya yang lain.

“Guru terbabit menyangka masalah itu sudah selesai, tetapi beberapa hari kemudian, 15 orang ibu bapa pelajar keturunan Turki datang ke sekolah dan mendesak beliau dipecat,” kata jurucakap pengurusan sekolah.

Pihak sekolah bertindak menggantung tugas serta-merta guru terbabit dan beliau tidak lagi dibenarkan mengajar.


ReJaM©: "Apalah bangang cikgu ni?! Takda kerja cari kerja tak pasal-pasal hilang kerja"

3 Comments

  1. org nak cemarkan islam sanggup wat ape je..

    ReplyDelete
  2. ni lah akibatnya bila UMNO mula mencacji dan memaki warganegara melaysia keturunan cina dan mengelar mereka sebagai pendatang...

    Kalau UMNo tak bersikap Racis dan perkauman tegar sudah tentu pekara2 mcm ni tak kan berlaku...

    UMNO yang mula kan dulu pastu nak salahkan org lain...
    Hang dah berak depan rumah org pastu bila org baling taik kat rumah hang... hang pi marah kat org tu.. ada akai ka..??

    UMNO kena belajar agama islam semula...
    Buat taubat nashuha...

    kena faham al-quran dan ilmu hadis..

    sedarlah sikit Allah menglaknat org2 yang berjuang atas dasar Assobiyah ( perkauman ) dan rasulullah tidak mengaku umat kpd mereka2 yg berjuang kerana bangsa...

    Kalau Rasulullah dah tak mengaku umat kat Akhirat esok UMNo nak minta syafaat dgn sape..??

    Dgn Hang Tuah kerr..??

    tak pun Minta syafaat dgn Tongkol Bedul Raman atau pun Tong Mahathir Kutty Mohamad..

    ReplyDelete
  3. sokong komen di atas!
    sbenarnye kita warga malaysia secara tidak langsung dibentuk secara luaran dan dalaman olehpihak kerajaan (UMNGOK)...
    pengaruh skeliling la memainkan peranan camni, disebabkan pemerintahan umngok selama ni la malaysia penuh dgn hasad dengki dan perkauman...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan