Tuesday

Hadi Awang bergurau senda dengan Sharizat Jalil




Kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, kalau korang setakat penyokong tahap pencacai parti masing-masing dok gebang lebih kat kedai kopi mengalahkan ahli parlimen, korang tak payahla nak tunjuk samseng lebih-lebih hanya kerana perbezaan ideologi politik. Otai-otai tenang-tenang je lepak sama-sama bawah satu khemah.

Hari ini Ustaz Hadi Awang sempat bergurau senda dengan Shahrizat Jalil dan Rais Yatim di dalam majlis penamaan calon DUN Galas sebentar tadi. Malah Rais Yatim juga menawarkan 'lubang' untuk pakatan rakyat menggunakan masa 15 minit di RTM untuk program bersama rakyat.


GUA MUSANG, 26 Okt: “Kita tak pergi ke khemah sana (BN) sebab presiden sana (Umno) tak ada," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berseloroh.

Jawapan bersahaja Ahli Parlimen Marang itu merujuk ketidakhadiran Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bagi mengiringi calon BN pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, pagi tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai membalas kehadiran Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke khemah yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Shahrizat dengan nada selamba berkata, beliau pergi ke khemah tersebut untuk bertemu Presiden PAS.

"Kita datang sebab nak bertemu presiden (PAS)," katanya sewaktu menunggu pengumuman rasmi SPR mengenai calon-calon yang akan bertanding pada PRK Galas, 4 November ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh turut berbual dengan Shahrizat.

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim juga berbuat demikian sambil bersetuju memberikan ruang selama 15 minit kepada Pakatan Rakyat melalui RTM.

PRK N.45 Galas menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Dr Zulkefli Mohamad daripada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan calon BN, Abdul Aziz Yusoff. [Harakahdaily]





ReJaM© "Macam ada terbau kerajaan perpaduan je? Takkan dengan DAP sekali? Lim Kit Siang nak jadi Melayu? kah kah kah..."

12 comments

Lim Kit Siang nak jadi spy tu... nak anta laporan pada karpal Singh! kah kah kah...

Biasalah tu, selalunya yang sebok suke nak gaduh2 ni geng gerombolan pencacai jek. org atas pro mnana ada gaduh tak tentu pasal...

nie bru btl krajaan yg demokrasi..bg phak pembangkang b'suara kat media..

ADMIN BODOH MAMPOS! HANYA TAHU MELAGAKAN ORANG! TUNJUK LA ADAB SIKIT, BIAR ORANG HORMAT PAGE KAU. SENGAL.

Kpda Anonymous 2:41am... admin yg bodoh ke ko yg bodoh nk mampos?.. tegur org srh tunjuk adab tp dia dia BIADAP.. SENGAL!!!

Admin laga2kan org? mane? Quote ayat nak baca skit. Takde pon. Kpd anonyetmon 2.41am tuh, kalo tak paham dok diam2.

Kpd anonyetmon 2.41am tuh, macam pencacai je aku rasa.. hahaa

tu le penyokong spai bgaduh adayg becerai dia seronok je sapa yg bodoh fikirkan le

ini yg kita mahu!
nmpk dmkrasi d situ..=)

Anonymous 2:41am antara pencacai tu kot...tu yg die terase tu...hahaha

ADE ORANG TERASA DIRINYA PENCACAI RUPANYA KAH KAH KAH

ada masa gaduh ada masa baik.

moral: jgn la ikut pemimpin2 ni sgt. org politik mmg gebang je. esok lusa gaduh la semula..


EmoticonEmoticon