Hari Raya hanya untuk UMNO?



Lucu bila terlihat gambar banner di blog Khalid Samad yang dipasangkan di kawasan Shah Alam, di dalam banner tersebut terlihat jelas sekali gambar Noh Omar dengan ucapan "Selamat Hari Raya kepada keluarga UMNO Selangor". kenapa begitu sekali ye? Adakah hanya keluarga UMNO Selangor sahaja yang menyambut Hari Raya?

Ucapan Selamat Hari Raya secara tidak langsung adalah satu doa yang mana si pengucap mendoakan kepada orang yang diucapkan selamat itu semoga selamat. Kalau ucap selamat jalan umpamanya, bermakna mendoakan seseptang supaya selamat di dalam perjalanan. Maka kalau ucap selamat Hari Raya maka ia bermakna mendoakan supaya selamat menyambut Hari Raya. Jadi Noh Omar hanya mendoakan keluarga UMNO Selangor sahajalah?

Gambar di bawah ini lebih jelas, sila klik untuk membesarkan image.



ReJaM© "Mungkin UMNO hanya mementingkan keluarga UMNO sahaja"

6 Comments

  1. Dalam sedar atau tidak, itulah yg terluah dr apa yg ada dlm pemikiran & hati2 mereka. Umpama faedah2 atau manafaat yg dapat hanyalah ahli, penyokong, atau dalam bahasa yg lebih mudah kroni, w/pun t/jwb sbnr (kalu mereka pemimpin) adalah utk semua rakyat, tidak kira siapa. Apakah ini gambaran org yg nk memimpin kita? Kita boleh menipu org lain dgn bahasa, ucapan, tulisan dan sebagainya, tetapi kita sebenarnya TIDAK BOLEH menipu pada diri kita sendiri. Kesimpulannya, dari apa yg diucapkan (tulisan banner) itu mungkinkah secara sedar atau tidak menzahirkan apa yg sebenarnya tersirat dalam hati2 mereka?

    ReplyDelete
  2. Kecik ati aku dia tak ucap selamat kat aku pun haha...

    ReplyDelete
  3. itu di Selangor. Di DUN Jabi dalam Parlimen Setiu Terengganu pula, ada di kalangan penyokong adun BN yang tidak hadir ke majlis hari raya yang dianjur oleh MP BN sendiri ekoran adun berkenaan pernah berebut jawatan dalam pemilihan parti peringkat bahagian dengan MP terbabit dan adunitu kalah dalam pemilihan tersebut. Usahkan di kalangan ahli-ahli parti lain, sesama sendiri pun mereka bersikap asobiah kepuakan. Boleh jadi ini tanda-tanda akhir zaman bagi UMNO kot.......

    ReplyDelete
  4. hmmm... memang parti yg jenis pentingkan diri sendiri...
    kalau parti dia dah macam tu tak mustahil pemimpin dia pun berfikiran pentingkan diri sendiri macam tu jugak... hmmm... nasib lah korang... sape yg suruh pilih BN time PRK / PRU... Lu Pikirlah Sendiri!

    ReplyDelete
  5. baik terus tulis " Selamat Hari Raye Utk Kroni2 " jew... kan senang terang dan jelas.... huhuhuhuh

    ReplyDelete
  6. Itu tanda baik! BN tidak akan dapat memerintah Selangor lagi....maka sebarang majlis hanya bersifat dalam keluarga sahaja.

    Lagi pun selepas banyak isu dan kebusukan umno diperbetulkan oleh kerajaan negeri, maka sumber2 kewangan mereka mula terjejas...kalau dulu dapat duit pasir berjuta2, kini hanya makan pasir...kalau dulu hutan dibotakkan utk dapat habuan, kini kepala semakin botak kerana memikirkan habuan baru.

    Kalau dulu senyum lebar seperti tempe kini masam mencuka seperti tempe basi....seperti kata Muharam kepada bapa mertua dia dalam filem 'Ahmad Albab'.."dulu muka cantik sekarang sudah buruk...ini org tua sudah kena"...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan