Hutang Isi rumah Malaysia tertinggi di Asia

Sebelum ini telah didedahkan oleh Anwar Ibrahim semasa Perbahasan bajet 2011 di dewan parlimen tentang prestasi buruk negara pada masa ini. Anwar mendakwa berdasarkan fakta di tangannya, hutang isi rumah Malaysia adalah yang paling tinggi di dalam Asia. "Perkara ini sangat membimbangkan" ujar beliau.

Dalam laporan tahunan 2009 Bank Negara Malaysia (BNM), hutang isi rumah dilaporkan meningkat kepada 76.6 peratus bagi tahun ini, yang tertinggi di Asia, daripada 63.9 peratus KDNK pada 2008.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bimbang dengan peningkatan paras hutang isi rumah yang berjumlah 77 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas.

''Nisbah Pinjaman-kepada-nilai (LTV) perlu dikurangkan untuk menangani kenaikan ini Pada masa depan, sepatutnya terdapat lebih banyak pinjaman perniagaan berbanding pinjaman isi rumah. Lebih banyak pinjaman perniagaan akan menyumbang kepada pertumbuhan kita," kata Felo Penyelidikan Kanannya, Dr. Foong Kee-Kuan.

Kebimbangan itu dibangkitkan semasa taklimat media mengenai laporan Prospek Ekonomi Malaysia yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Memetik laporan Petunjuk Perbankan dan Monetari bank pusat itu, MIER berkata, pinjaman isi rumah pada April, Mei, Jun, Julai dan Ogos tahun ini masing-masing berada pada 10 peratus, 11.7 peratus, 12.5 peratus, 11.9 peratus dan 11.8 peratus.

"Paras hutang isi rumah kita membimbangkan dan tiada langkah-langkah disebut untuk menangani isu ini dalam Bajet 2011.

"Sekiranya senario ini berterusan bersama dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, ia boleh menterjemahkan kepada pengangguran dan menyebabkan orang bermasalah untuk membayar pinjaman mereka," katanya.

Beliau berkata walaupun langkah mengurangkan LTV tidak memberi kesan yang baik bagi sektor perbankan kerana ia akan dicerminkan dalam pendapatan, peningkatan hutang isi rumah perlu ditangani untuk mengelak risiko di masa depan.

Dalam laporannya, MIER berkata ia menjangkakan OPR kukuh pada 2.75 peratus sehingga akhir tahun ini.

"Ini bersama dengan pengurangan dalam nisbah gadai janji LTV dan syarat-syarat kad kredit yang ketat akan menyelesaikan masalah hutang isi rumah yang semakin meningkat," jelasnya.

OPR dijangka berada dalam aliran tinggi kepada 3.25 peratus pada 2011.


ReJaM©

3 Comments

  1. Peduli apa umno dgn semua ini. Yang penting perut sendiri. Rakyat jgn diizinkan hidup selesa nanti mereka akan ada masa dan duit utk banyak membaca. Bila banyak membaca minda mereka akan terbuka. Bila minda terbuka mereka jadi org berilmu dan kritikal.

    Bila kritikal mereka akan boleh menilai umngok dan bn betul atau tidak. Maka akhirnya kuranglah sokongan rakyat kepada bn. Sebab itu pemimpin di barat tidak sebebas umngok dan bn dalam penyelewengan kerana rakyat mereka terbuka minda. Mereka lebih liberal dan adil kerana pemerintahan kuku besi, kuku tembaga telah ditolak oleh rakyat yg celik minda.

    Ini yg ditakuti oleh umngok dan bn. Mereka mahu rakyat biar bodoh dan boleh diperbodohkan. Pulangkan semula duit hasil judi konon, selama ini buat masjid, beri gaji pun hasil campuran duit judi, tidak pula demonstrasi. Tidakkah itu contoh mudah betapa rakyat bodoh diperbodohkan.

    Rakyat mesti sentiasa sibuk mencari rezeki dan duit yg tidak pernah kunjung cukup. Rakyat jangan diberi banyak masa untuk membaca dan berilmu yang nanti mereka akan mengkritik umno dan pemerintahan bn. Peneroka mesti bersyukur kerana ujudnya felda,satu2 nya dalam dunia, jgn peduli apa org atasan felda nk buat.

    Dengan hutang isi rumah yg tinggi, maka itu menjadi fokus rakyat tiap masa. Maka bekerjalah rakyat siang malam pagi petang utk menampung kehidupan. Jangan peduli dgn politik, sokong saja parti pemerintah. Mereka tahu lah tugas mereka memerintah. Kalau tak percaya tgk tv dan bahasa media perdana, kan semuanya elok, maju sana maju sini, berkembang sana berkembang sini. Pembangkang hanya pengacau yg cemburu dgn kejayaan umngok dan bn.

    Begitulah modus operandi penerapan minda hampas yg diterap umngok dan bn dan yg ada kaitan dgn artikel di atas.

    ReplyDelete
  2. bajet, DEB, MEB semuanya kaedah temberang warisan Umnok turun temurun

    dari koridor sampai buat bangunan semuanya trick nak kebas duit

    ReplyDelete
  3. Betul, ini semua adalah trick halus mereka untuk melemahkan kita.

    1)Gaji sikit/hutang banyak - untuk sibukkan kita cari duit jadi sudah tak berdaya nak berjuang.

    2)Banyak sure heboh, AF, dan mentor - untuk sentiasa hiburkan kita supaya kita lalai dan lupa untuk berjuang.

    3)Program agama yang menolak politik, PPSMI, TV3, utusan. semuanya membodohkan kita.

    4) kasl;djfiweoruaewtgasd fg -- penat menulis bukannya diorang ambik port punnnnnnnnnnasd fakl;sdgjla;shd g;lkahsdlgas

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan