Ibrahim Ali masuk ICU kerana sakit jantung


Berita yang baru sahaja diterima berkaitan si bapak Katak yang juga Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung.

Beliau yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dijadual menjalani pembedahan jantung Isnin ini.

Pada 13 Oktober lalu, Ibrahim ketika dibidas pelbagai pihak kerana didakwa gagal berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mendakwa tindakannya itu kerana kakinya kebas.

Katanya, ia akibat penyakit kencing manis dan rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkann beliau seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.

"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."
Selain itu, tidak dapat dipastikan sama ada tekanan yang dihadapinya sejak akhir-akhir ini termasuk tindakan Istana Kelantan Rabu lalu yang melucutkan gelaran 'Datuk Paduka' ke atasnya itu menyumbang kepada masalah kesihatannya.

Pingat Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

Walaupun pingatnya ditarik balik oleh Sultan Kelantan sekarang, namun Ibrahim masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.


ReJaM©

3 Comments

  1. mati jelah kau ni berahim!!! hidup pun nyusahkan org je!!! boleh buat prk lagi!!!

    ReplyDelete
  2. Undang - Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan

    31.A(1) Jika mana-mana ahli Dewan Negeri yang menjadi ahli suatu parti politik meletakkan jawatan atau dibuang daripada parti itu, atau atas apa-apa sebab jua berhenti daripada menjadi ahli suatu parti politik itu, dia hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Negeri dan kerusinya hendaklah menjadi kosong.

    berahim berapa kali 'LOMPAT' sampai tak ingat bumi? kenyataan biadap dan durhaka beliau selepas gelaran dato paduka di tarik balik kembali amat jelas menghina dan mencemar kedaulatan Sultan Muhammad Faris selaku ketua ugama islam dan Sultan N.Kelantan.

    perkasa = perosak kedaulatan sultan. Perosak kedaulatan upahan umNOk nie tidak pernah diiktiraf oleh mana2 sultan dan tidak pernah kedengaran atau melihat hitam putih kaitan antara mereka dengan sultan2, yg ada kedengaran berdengung-dengung gang2 perosak kedaulatan sultan ini memekik macam org kurang siuman kononnya mempertahankan hak sultan melayu lah, berjuang nasib melayu lah sambil memaki hamun, memukul, serta mengancam keselamatan penduduk malaysia.

    Bukan sekali berlaku kes pendurhakaan begini, pada 11/10/2005 kesemua 14 Adun BN yang hadir menolak usul MB tok guru yg telah terlebih dahulu mendapat perkenan dari Sultan Kelantan supaya Undang-undang tubuh kerajaan negeri kelantan di cetak baru dan mengantikan bahasa inggeris ke bahasa malaysia serta penambahan undang2 baru yg telah di buat utk lebih kemas. Mereka tahu Tengku Ismail Petra telah memberi izin kepada tok guru tapi manusia2 munafik ini berlagak sombong dan menganggap diri mereka lebih berkuasa dari Sultan kelantan. Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung UmNok, Sultan Kelantan Tengku Ismail Petra di kritik dan di hina secara terbuka kerana menyebabkan UmNok kalah di Kelantan, mereka memaki Sultan Kelantan dgn kata2 kutukan dan jenaka. Pada 29/4/ 1993 di Ketereh, annuar musa mewakili umNok atas arahan Mahazalim kutik dengan lagak biadapnya melanggar adat resam istana kelantan dengan ‘menabalkan’ tengku ibrahim yg tidak diiktiraf sebagai sultan kelantan dalam satu majlis yg hanya dihadiri org2 umNok kelantan.Ini adalah sikap paling tidak bermaruah dan menghina kedudukan Tengku Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yg sah.

    Sudah terang lagi bersuluh org2 umNok tidak pernah menghormati institusi Sultan sebagai ketua setiap negeri di bumi semenanjung ini yg telah diwarisi turun temurun. Tahun 1983 mahazalim kutik selaku pemimpin puak2 umNOK biadap memaksa YDPA waktu itu Sultan HJ Ahmad Shah dan Sultan2 Melayu yg lain menandatangani surat untuk mengurangi akta pengistiharan darurat dengan kata2 ancaman “surat itu tetap sah walaupun sultan2 melayu dan YDPA tidak tandatangani”, dan secara berterusan puak2 biadap umNOk secara terang benderang menghina Sultan2 di parlimen waktu itu.

    Bermotif dendam,wang dan khianat mereka membelasah institusi sultan2 melayu tanpa segan silu, media2 kawalan mereka membuat fitnah dgn berita2 sensasi utk menipu rakyat dan memberi tekanan dlm usaha mengurang kuasa2 pemerintahan sultan2, akta2 di reka baru dan yg lama di padam, kuasa pemerintahan negeri ditukar kepada pusat, kuasa imuniti di hapus dan memperlakukan sultan2 umpama barang2 permainan .

    Apakah org2 UmNok layak di gelar pemimpin beradap,ikhlas dan alim soleh serta menghormati Sultan2 melayu? ...jawapannya TIDAK. Peristiwa masa kini,sejarah dulu dan perbuatan mereka menjadi saksi betapa angkuh,biadap, zalim serta tidak berakhlak semasa memerintah.

    ReplyDelete
  3. Tq Orang Lama.

    Sudah cukup jelas kenyataan beliau akan siapakah PERKASA(perkakas) ini. Mari kita cetak tulisan beliau utk sebaran mereka yang pekak terhadap siapa itu perkasa. Hamba hanya nak tambah sikit. Perkasa ni tak lebih daripada alat Dr.M sahaja. Konon muka malu2 kucing kerana dijemput perkasa menjadi penaung. Sebenar dialah dalang yg melahirkan perkasa. Tujuan tidak lain tidak bukan, utk membalas dendam menghancurkan org melayu dari dalam. Sokong bawa rebah, gunting dlm lipatan.

    Selain itu perkasa jg akan diguna utk mencetus isu perkauman bodoh. Macam nak berperang konon tetapi dialah jatuh yg menghancurkan melayu dan hak2 melayu. Jika berjaya cetus isu perkauman, pemimpin PR akan menjadi mangsa ISA. Lim Guan Eng akan menjadi sasaran.

    Helo perkasa, baca semula buku Malay Dilema tulisan penaung kau tu. Apa yg dia ckp pasal org melayu dan apa yg dia buat sepanjang jadi PM terhadap hak2 org melayu dan raja2 melayu. Apa benak sangat katak ni. Katak sarkis.

    So kalau jantung tu dah tak elok, ada baiknya. Daripada merapu buat dosa mencetus huru hara tetapi membiarkan hak royalti minyak kelantan yg majoriti rakyatnya melayu ...diulang...majoriti rakyatnya melayu...lebih baik lah kau duduk wad gentel tasbih tu insafkan diri dan jgn jadi alat zionis.

    Mencintai bangsa tidak salah tapi jika memperjuangkan assobiyah Nabi saw tidak mengaku umat. Apa makna tidak mengaku umat. Faham sajalah.

    Kau nasib baik ini negara umat Islam yang menjaga hala haram makanan. Kalau kat siam, kau dah kena buat satay katak.

    Yang Maha Perkasa ialah Dia. Presiden perkasa tidak perkasa mana, hanya seorg insan yg lemah yg terlantar di hospital...insaff lah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan